Bab 11

5.9K 406 5
                                    

"Diorang nak datang rumah" Suho separuh berbisik. "Datang je lah!" Hye Jin separuh menjerit. Ape masalahnya kalau diorang nak datang rumah?

"Masalahnya, diorang nak tidur rumah aku. Faham...?" Separuh geram Suho mengatur kata. "So...? Eh boleh tak kau cakap terus terang. Janganlah cakap berputar belit macam ular sawa kena palu!" Marah Hye Jin.

Suho ketap gigi. Dia marah aku? Cis! "Ok, aku cakap terus terang! Kau turunkan semua barang kau dan letak dekat bilik orang gaji" kali ni Suho berterus terang.

"What the...?! Apesal pulak? Rumah kau kan banyak lagi bilik kosong. Suruhlah diorang tidur dekat bilik lain!" Hye Jin meradang.

"Puan Hye Jin, kalau saya cakap awak bodoh, awak marah. Tapi takkan awak tak boleh fikir langsung? Tempat tidur orang gaji adalah dekat bilik orang gaji. Mestilah diorang pelik kalau orang gaji saya tidur dekat bilik tetamu" Suho menekan perkataan orang gaji dalam percakapannya.

Kali ini giliran Hye Jin termangu seketika. "Siapa nak jadi orang gaji kau?!" Wah! Main kasar kau Hye Jin.

"Kau lah!" Suho sepertinya hilang sabar. "Apesal pulak?" Hye Jin pura-pura tak tahu. "Kita kena rahsiakan perkahwinan kita daripada umum. So, kita kena berlakon kita berdua ni tak ada apa-apa hubungan!" Suho berkata tegas.

"Excuse me, bukan kita. Tapi kau yang nak sembunyikan perkahwinan kita daripada umum. Takut peminat mengamuk" Hye Jin mencebik. Too much drama nih.

"Ok, aku bagitahu pada umum pasal aku dah kawin. Amacam? Mesti esok kau tak boleh pergi kerja sebab kena kacau dengan fans aku" Suho menggedik.

"Aku kena kacau? Bukan kau ke masuk hospital sebab kena kerat 14 dengan kau punya fans. By the way, kau ada ke fans?" Sengaja Hye Jin menekan 's' dibelakang fans itu.

"Hello...cakaplah kau jealous yang aku ni ada fans!" Suho menjegilkan matanya. "Well... aku punya fans? tak banyak, tapi ada lah jugak. Kau pun termasuk fans aku jugak kan?" Hye Jin mula mengungkit kisah lama. Suho terkedu. Dia macam dah termasuk perangkap.

Ni nak story sikit pasal kisah 7 tahun dulu. Dulu waktu zaman sekolah, Hye Jin ni popular tau. Disebabkan terlalu popular, dia ni ramai peminat tak kiralah lelaki, perempuan atau pun cikgu. Hebat tak?

Nak dijadikan cerita, Suho pun satu sekolah dengan Hye Jin. Dia ni pun popular gak. Kiranya coklat dengan bunga memang tak pernah lekang di meja Hye Jin. Biasanya yang bagi hadiah tu akan tulis nama dan kelas masing-masing. Tapi satu hari ni, Hye Jin terima satu hadiah coklat bertulis from your secret admire. Dan yang paling tak boleh blah bila dia dapat tahu secret admire tu adalah Suho.

Dengan kejamnya Hye Jin canang kat satu sekolah yang Suho minat pada dia. Ingatkan Suho duduk diam je. Rupanya tak. Dia mula menganjing pada Hye Jin balik. Dia buli Hye Jin cukup-cukup sampai Hye Jin menyesal aibkan dia kat satu sekolah.

Antara cara dia buli aku adalah:
1. Masukkan katak dalam beg sekolah aku. Tapi cara ni tak berkesan. Yelah, bagi pelajar biologi macam aku ni, setakat katak tu apelah sangat.
2. Letak gam gajah atas kerusi aku sampai skirt aku melekat dekat kerusi. Yang ni paling siot. Aku dengan tak tahu ada gam dekat kerusi tu pun bangun bila cikgu masuk dalam kelas. Tup tup kerusi tu melekat dekat punggung aku. Habis 1 hari aku jadi bahan dekat sekolah. Nak tanggalkan gam tu pun payah gak.
3. Letak telur busuk dalam kasut aku time waktu PJ. Pergh! 1 kelas bau telur.

Itulah antara cara dia buli aku waktu sekolah dulu. Bila dah besar ni, aku harap sesangat aku tak jumpa lagi dengan dia. Tapi bukan setakat jumpa, kawin pulak tu. Haih! Malangnya nasibku ini.

"Kau tak payah ungkit kisah lama eh! Daripada bertekak dengan aku, baik kau kemas barang kau" Suho mula berhati-hati bila bercakap dengan Hye Jin.

"Baiklah wahai secret admire ku..." Hye Jin mengekek ketawa. Ada hati nak lawan cakap dengan kita. Tengok kaki dulu lah Suho. Aku dulu team hoki tau! Erk, ada kena mengena ke?

[C] Dia SuamikuWhere stories live. Discover now