Bab 8

6.2K 433 23
                                    

Kami semua sedang berbual di ruang tamu apabila Kai masuk dengan muka puas.

"Bestlah kereta tu. Hyung, nanti belikan kereta macam tu untuk Kai eh?" Hye Jin menyimpan senyum. Of course, tengoklah kereta siapa.

"Banyak hensem muka kau. Ingat aku ni kerja cop duit ke apa?" Suho mencebik. "Hensem tu taklah sangat. Tapi kalau setakat nak kalahkan Hyung tu bolehlah.." Kai keluarkan muka poyo. Sekali lagi Suho mengetap bibir. Semua gelak. Yang paling tak boleh blah bila bini aku pun bantai gelak sama. Cis. Siotlah kau ni Kai. Dah lah Hye Jin pernah cakap muka aku ni tak ada nilai komersial. Betul ke? Takkan? Muka aku hensem kan?

"Hyung, kitorang balik dulu lah. Thanks tau Hye Jin sebab masakkan untuk kitorang" semua mula mengangkat kaki bila Xiumin keluarkan arahan. Hye Jin dan Suho menghantar mereka hingga ke muka pintu. Mereka berdiri bersebelahan melambai ke arah MVP yang keluar dari pagar rumah mereka.

"Diorang nampak macam suami isteri lah pulak" Baekhyun memulakan bicara dari dalam kereta. "Kan?" Celah Kai.

..............................

"Amboi kau, bukan main rapat bebenor dengan D.O" suara persis jealous kedengaran sebaik Hye Jin menutup pintu. Dia merenung Suho yang berjalan ke arah sofa.

"Jealous lah tuh" Hye Jin turut mengambil tempat di sofa berhadapan dengannya. Suho tergelak. "Aku jealous?" Dia menunjukkan ke arah mukanya. Hye Jin memandangnya sinis.

"Tolonglah wei. Kau ingat aku tak ada kerja lain nak jealous bagai ni?" Senyuman sinisnya seperti dibuat-buat. Dalam masa yang sama, senyuman itu seperti 100% original.

"Kau kena ingat, kita ni kawin paksa. Aku ulang, paksa! Tak ada maknanya aku nak jealous pasal kau dengan lelaki lain. Kau nak dating dengan lelaki mana pun, aku tak kisah. Itu hal kau. Kau buat hal kau dan jangan sibuk hal aku faham?!" Tengkingnya.

Han Hye Jin ketap bibir. Badannya seperti terkena renjatan elektrik bila mendengar ayat yang keluar dari mulut Suho. Tubir matanya mula memberat tapi tak mahu mengalirkan air mata.

Suho mengangkat kaki menuju ke tingkat atas ke biliknya meninggalkan Hye Jin berseorangan di ruang tamu.

Hari semakin senja. Hye Jin menuju ke pantai. Bayu meniup lembut wajahnya memberikannya ketenangan. Dia berkaki ayam berjalan meniti pasir pantai yang putih kekuningan. Kakinya direndam ke dalam air. Tiada apa-apa rasa walaupun suhu pada waktu itu ialah -5 darjah celcius.

Han Hye Jin berfikir:
Tahu tak kenapa laut tak pernah membeku? Sebab air sentiasa mengalir, ombak sentiasa membelah pantai. Sekali pun air itu beku, masih ada matahari untuk mencairkannya.

Habis tu kalau hati beku? Nak ketuk pakai apa? Nak ketuk pakai hammer? Ke nak ketuk pakai cinta? Tak bahaya ke main ketuk-ketuk ni? Kang cedera hati tu kena ketuk macam mana? Boleh ke hati tu nak cantum balik?

Dahlah. Malas nak bermadah. Kau buat hal kau.... . Fine! As other says, going with the flow.

[C] Dia SuamikuWhere stories live. Discover now