Bab 6

6.2K 457 28
                                    

"Ding dong" Suho menoleh ke arah pintu. Takkanlah Hye Jin dah balik? Baru pukul 11 pagi.

"Hyung!!" Aiseh! Budak-budak ni ke? Baru nak suruh masuk, diorang dah masuk. Baru nak suruh duduk, dah baring dah pun. Diorang ni buat rumah aku macam rumah sendiri. Hesy, bala... bala...

"Apesal korang datang sini ni?" Baekhyun dan Chanyeol melihat muka aku. "Selama ni kitorang datang sini boleh jek. Apesal hari ni tak boleh pulak?" Suho menggaru tengkuknya yang tidak gatal. Salah soalan la bro!

"Maksud Hyung, biasanya pagi-pagi buta macam ni kan korang masih membuta lagi. Tiba-tiba hari ni dok tercongok kat sini macam pelik la pulak" tipunya.

"Owh..Kai ni ha...dia kata nak datang sini nak cari ketenangan..." Chanyeol bergurau. Kai yang sedang baring terus duduk tegak. Dia mencampak kusyen kecil ke arah Chanyeol." Aku pulak? Kau yang kata nak suprise kan Hyung" jeritnya.

Tahniah Chanyeol! Aku memang tersuprise sekarang ni. Macam mana kalau diorang terjah bilik then jumpa bilik Hye Jin? Mati aku nak jawab.

"Hyung!!!" Suho menoleh ke arah Sehun yang sedang menggedik berlari ke arahnya. "Ape?" Jawabnya acuh tak acuh. "Tak ada makanan pun dekat dapur" rengeknya. "Kau dah cari dekat dalam almari?" Dia mengangguk. "Semua tempat dah geledah" haa? Kau geledah? Suho memanjangkan kaki ke dapur. Betullah budak-budak bertuah ni geledah dapur aku. Bersepah nauzubillah! Aku mengurut kepala.

"Order la makanan Hyung. Lapar ni" rengek Chen pulak. Yelah wahai anak-anak sekalian. Aku pun keluarkan telefon untuk mendail nombor kedai.

"Ding dong" aik? Baru nak dail dah sampai makanannya. Hebat! Baekhyun membuka pintu.

"Err...ya? Cari siapa?" Aku hanya memandang pintu. Kenapa dia ni sopan sangat ni? Siapa tu? Oh no!

"Hye Jin!!" Jerit Suho bila nampak Hye Jin di muka pintu. 10 orang yang lain turut membontoti aku. Suasana senyap di depan pintu.

"Cantik" Chanyeol berbisik kepada Baekhyun namun dapat didengari semua orang. Baekhyun memukul lengan Chanyeol.

"Siapa tu Hyung?" Tanya Kai dibelakang. Aduh, ape nak jawab ni? "Dia ni...orang.." belum habis cakap, orang lain dah sambung. "Orang rumah? Seriously!" Sambut Tao.

"Orang gaji lah!" Sambungnya tegas. 11 pasang mata melihat Hye Jin di hadapan pintu. Hanya mata Suho saja yang tak mahu melihatnya. Buat ape nak tengok, hari-hari aku tengok muka dia.

'Orang gaji kau panggil aku? Tak pe. Hari ni hari kau, esok-esok kau tunggulah..' sempat Hye Jin menjegilkan matanya ke Suho.

"Wahai maid, cepatlah masuk. Alang-alang awak dah beli barang dapur ni, pergi masak sekali. Masak sedap-sedap tau" perintahnya.

Ish! Geramnya!!

[C] Dia SuamikuWhere stories live. Discover now