Bab 14

5.9K 408 4
                                    

Tak pasal-pasal nak kena jemput dia dekat airport. Dia ni betul-betul tak tahu atau buat-buat tak tahu yang aku ni banyak kerja. Haih! Nasib kau suami aku tau!

Aku nampak diorang lagi jauh. Suho ada ingatkan pada aku, kalau nak parking tu, parking jauh-jauh. Takut kena kejar peminat lah katakan.

Dia berjalan dengan kaca mata hitam+mask hitam+hoodie. Nasib baik aku cam dia walaupun dia berpakaian serba hitam. Macam mana aku boleh tahu yang itu dia? Senang je. Dia kan tak berapa nak tinggi. Hihi

"Ahh...panas" dia membuka mask dan kaca mata hitamnya. Dia mengibas-ngibas mukanya dengan tangan walaupun kereta aku ni beraircond. Aku pun meneruskan pemanduan ke rumah kami.

Hye Jin tergelak apabila Suho menyelak hoodie nya. "Apesal kau gelak?" tanya Suho pelik. Kali ni Hye Jin mengatup bibir agar tawanya tak terhambur.

"Woi?!" tegur Suho lagi. Tawa Hye Jin pecah. Suho bertambah pelik. Ada apa-apa dekat aku ke? Aku tumbuh ekor ke? Tak de pun...

"Dekat China tak de sumber air bersih ke? " ayat yang keluar dari mulut Hye Jin masih bertapis. Suho kelihatan bingung. "China kan dah maju. Mestilah ada air bersih. Apesal kau tanya gitu?" jawabnya naif. Sekali lagi tawa Hye Jin terhambur.

"Habis tu apesal kau pergi mandi pakai air berkarat? Habis rambut kau macam lumpur" Suho ketap gigi. Owh, dia nak kenakan aku rupanya.

"Ni fesyen lah!!" tegasnya. Warnakan rambut warna perang kan fesyen. Betul tak? "Fesyen? Fesyen ekor tupai ke?"

Tawanya masih berbaki. Lawak betullah suami aku ni. Rambut warna bulu tupai pun dia kata fesyen? Kalau tupai duduk atas kepala dia pun tak dapat nak bezakan mana satu tupai, mana satu rambut dia.

"Hisy, kau ni kan!" Suho menarik rambut Hye Jin. Hye Jin mengaduh kesakitan.

Aku warnakan rambut warna putih, kau panggil aku atuk. Aku warnakan rambut warna perang, kau kata aku mandi air berkarat lah, warna ekor tupai lah. Aku gigit jugak kang perempuan ni!

"Apa yang kau tercongok depan pintu tu? Cepatlah masuk!" Hye Jin menyergah Suho yang sedang mengelamun di depan pintu.

"Yelah!" Suho tak mahu mengalah.

…………………………

Ding...dong...

"Siapa pulak malam-malam datang ni?" Hye Jin bergegas ke pintu. Dia terserempak dengan Suho waktu di tangga. Almaklumlah, dah pindah bilik atas balik. Suho juga membuntutinya dari belakang. Jangan budak-budak tu sudah.

Pintu dibuka dan...

………………………

"Tolong ye Hye Jin, Suho" rayu kak long a.k.a akak si Suho. "Akak tak nak lah susahkan mama dengan papa jaga anak kak long" sambungnya lagi.

Suho dah garu kepala. Anak kak long dalam pegangan Hye Jin di sebelahnya di tenung. Boleh tu memang lah boleh. Tapi, aku sibuk dengan show sana sini. Hye Jin pulak dengan syarikat dia. Macam mana nak uruskan budak kecik ni selama seminggu.

"Jangan risau kak long. Kitorang boleh jaga" Hye Jin yang sememangnya sukakan anak kecil cepat saja bersetuju. Jadi kak long pun angkat kaki bila anak dia dah ada orang yang jaga sepanjang dia ke Paris.

"Siapa nak jaga budak ni?" tanya Suho sebaik saja pintu ditutup. "Kita lah" balas hue Jin. kokk tanyanya soalan yang bodoh banget ye?

"Kita? Aku tak cakap pun nak jaga budak ni" Suho mula bermain kata. "Jahatnya pak ngah tak nak jaga Baby..." Hye Jin membuat mimik muka kepada Baby. Nama panggilan anak sedara dia ni Baby.

"Aku punya show berlambak. Kau pulak sibuk dengan ofis kau. Siapa nak jaga kalau kita berdua sibuk?" Hye Jin mengangkat bahu.

"Alah...kau jangan risau lah. Aku bawak budak ni pergi ofis aku" dengan selamba dia menjawab. "Amboi..macam ofis tu bapak kau punya"

"Memang bukan bapak aku punya, tapi aku punya" Suho terdiam. Nampak gaya macam isteri aku ni lagi berkuasa daripada aku.

••••••••••••••••••

Selamat berpuasa guys!

[C] Dia SuamikuWhere stories live. Discover now