Bab 19-Chanyeol pov

5.3K 344 35
                                    

Dia mula memetik gitar. Apa yang keluar hanya lagu sedih.

"Buat lah lagu happy. Macam mana aku nak menari kalau kau buat lagu sedih? Kau nak suruh aku menari ballet ke kat sini?" Sehun menggaru kepala yang tidak gatal. 3 kali buat lagu, semua lagu sedih.

Chanyeol berhenti memetik gitar. Bila dia dapat idea, dia mula bermain kembali. "Lagu sedih lagi!!" Kris, Tao dan Sehun berkata serentak. Annoying betul la dia ni.

"Chanyeol, macam mana aku dangan Tao nak rap kalau asyik keluar lagu sedih?" Kris menepuk bahu Chanyeol.

"Aku tak boleh buat lagu happy!" Chanyeol menghentak kaki. Mereka bertiga menukar pandangan. "Apa masalah kau sebenarnya?" Tanya Sehun.

"Bukan ke kau happy virus?" Tao pulak menyambung. Chanyeol menghela nafas berat. "Aku rasa aku dah jatuh cinta" luahnya.

Sehun dan Tao tercengang. Kris pulak menepuk-nepuk tangan tanda kemenangan. "I knew it!" Jerit Kris. Terlalu jelas si capang ni dah jatuh cinta. Pagi petang siang malam kerjanya termenung je.

"Tapi bukan sepatutnya kau happy ke?" Tanya Sehun. Kris juga pelik. "Macam mana nak happy kalau ada orang lain kacau daun" jelas Chanyeol.

"Siapa kacau daun?" Tanya Tao. Chanyeol memuncungkan mulut menunjuk ke bilik sebelah. "Baekhyun?" Mereka berkata serentak. Dia mengangguk. "Si bacon ni..." Kris menjeling ke bilik Baekhyun.

"Btw sape wanita yang bertuah tu?" Tanya Tao. Kris dan Sehun juga mahu tahu. "Korang kenal..." balasnya ringkas. "My! Jangan kata Hye Jin?!" Tao menutup mulut. Chanyeol mengangguk.

"Kau kena cepat Chanyeol. Kau kena confess dulu sebelum Baekhyun" Kris memberi semangat.

"Aku takut Hye Jin tak terima aku" lirihnya. "Apesal pulak? Antara Baekhyun dengan kau, lebih baik dia pilih kau. Kalau dia pilih Baekhyun, mesti anak diorang kemetot-kemetot" Tao pulak beri semangat. Sehun menahan gelak. Kesian Baekhyun...

"Macam mana aku nak confess. Aku tak pandai lah" Chanyeol mula menunjukkan minat. "Firstly, kau kena buat macam ni. Lepas tu macam ni" Kris menunjukkan demonstrasi melamar cara omputeh.

"Kalau macam tu kita kena cari cincin" sambung Tao. "Aku tak de duit banyak nak beli cincin mahal-mahal" Sehun dengan Kris menepuk dahi. Nak kahwin tapi tak de duit. Nanti dah kawin nak bagi anak bini kau makan apa? Makan pasir?

"Tak pe, ada satu kedai gucci ni...dia dah kenal aku. Dia kata kalau aku beli barang dekat situ, dia bagi potongan harga 50%. So, cepat siap" Tao memberi arahan. Mereka semua menukar pakaian untuk melunaskan impian Chanyeol.

[C] Dia SuamikuWhere stories live. Discover now