Bab 13

5.8K 391 6
                                    

"Aku bertolak esok" tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba je tegur aku. Nasib baik tak meloncat aku kat sini.

"Kau pergi mana?" tanya Hye Jin. "China" balas Suho sepatah. "Ok" Hye Jin menjawab.

"Ok je? Ni mesti kau suka aku tak de kat rumah kan. Bolehlah kau bawak lelaki lain datang sini kan?" Suho berburuk sangka. Hye Jin memandangnya sekilas. Hina sangat ke aku ni?

"Kau nak ke aku bawak lelaki lain?" pertanyaan yang dijawab dengan pertanyaan. Suho terdiam.

"Aku balik lepas seminggu" dia cuba mengalih topik. Entah kenapa kalau cakap dengan Hye Jin ni menyakitkan hati. Ada je benda yang nak dibidas.

"Tak balik pun tak pe" Hye Jin membalas perlahan. "Ape kau kata?" Suho naik berang. Wah, perempuan ni!

"Ha..? Saya kata, selamat pergi dan selamat pulang" Hye Jin membuat muka gembira.

………………………………

"Hye Jin tak datang ke?" tanya Luhan. Dia tidak nampak kelibat Hya Jin di lapangan terbang bersama Suho. Suho memandangnya pelik. "Nak buat apa di datang? Bukannya dia ikut kita pun" sikit-sikit Hye Jin. Menyampahnya aku!!!

"Yelah!" kali ni Luhan mengalah.

……………………………
Bestnya dia tak de kat rumah. Heaven hidup aku. Kan best kalau dia duduk terus dekat sana.

Hye Jin bergolek ke kiri dan kanan katil. Baru kali ni dia dapat rehat. Sebelum ni, asal nak duduk sikit je kena suruh buat tu lah, ini lah. meluat aku!

Kring...

Hye Jin memandang telefon bimbitnya di tepi katil. Hai, baru 2 hari takkan dah rindu kot?

Dia melihat skrin sebelum menjawab panggilan itu dengan penuh mesra. "Sehunie~" panggilnya.

"Kak Hye Jin!" suara Sehun dihujung telefon juga kedengaran ceria. "Akak tengah buat apa tu?"

"Tak de buat apa-apa. Tunggu Sehun telefon lah" guraunya. Kedengaran tawa maknae di hujung talian. Mereka berbual macam orang tak ingat dunia. Hampir setengah jam lah jugak.

"Woi, kau ni bercakap tak habis-habis. Dengan siapa kau berbual?" Tanya Lay. Sehu memberi isyarat bahawa Hye Jin dalam talian. Akhirnya Lay sekali tumpang sekaki. Bukan mereka berdua je, tapi Kris, Xiumin, Chanyeol, Chen, Baekhyun dan...siapa lagi ek? Senang cerita semua ada kecuali Suho dan Luhan.

"Guys, kita ada show dalam 20 minit lagi" masuk-masuk je, terus buat pengumuman. Mana tak digelar Suhonouncer. "Korang dengar tak apa yang aku cakap ni?!" Nadanya sedikit tinggi.

"Apa Hyung?" Tao dengan muka tak bersalahnya bertanya balik. Suho mengeluh. Penat dengan karenah mereka. Luhan berasa simpati melihat Suho. Jadi dia cuba melihat apa yang membernya sedang leka sampai tak dengar pengumuman Suho.

"Wei, tutup, tutup! Suho Hyung dah naik angin tu" Baekhyun mengarahkan Sehun sebelum sempat Luhan melihat.

"Apa yang korang buat tu? " tanya Luhan pelik. Sehun membisikkan sesuatu di telinga Luhan. "Nak jugak!" Tiba-tiba Luhan menjerit tak puas hati. Semua melihat ke arah mereka berdua. Sehun tersengih.

Tak guna betul diorang ni. Lain kali inform lah dulu kalau nak call Hye Jin. Aku pun nak berbual dengan dia. Cis mozarella betullah!

"Apa pulak tu?" Suho bertanya kerana melihat Luhan yang tak puas hati. "Diorang call Hye Jin tak ajak kita pun.." Luhan merengek persis anak kecil.

"Tak habis-habis dengan Hye Jin! Apesal korang suka sangat dengan si Hye Jin tu? Nak kata cantik, tak adalah cantik mana. Biasa je aku tengok" segala perasaan Suho terhambur. Semua terdiam.

"Tapi dia lain..." Baekhyun seperti berbisik tapi semua dapat dengar. "Apa yang lainnya? Aku tengok dia tu sama je. Ada hidung, ada mata. Tang mana yang lain? Haa..Baekhyun?" Luahnya lagi.

"Apa masalah kau kalau kitorang nak rapat dengan Hye Jin? Dia kan cuma orang gaji kau je. Bukannya bini kau. Kalau dia tu bini kau, bolehlah kau halang kitorang dekat dengan dia" giliran Kris mempertahankan diri.

Suho tersengih kecil. "Tahu pun kau dia tu orang gaji aku. Kita ni artis, dia tu orang gaji. Layak ke artis nak kawan dengan maid?" Sinisnya lagi.

"Kau tak berhak nak tentukan kitorang kawan dengan siapa lah Hyung! Lantaklah kitorang nak kawan dengan maid ke...pengemis ke, yqng Hyung nak marah-marah ni kenapa?" Chen mula meraadang.

Suho cuba berlagak tenang. "Korang terlalu leka dengan Hye Jin. Sikit-sikit Hye Jin. Tadi, berbual dengan Hye Jin sampai aku bacakan jadual hari ni pun korang tak ambil perhatian. Ok, aku tak kisah kalau korang nak kawan ke, kawin ke, aku tak kisah. Tapi jangan sebab perempuan, group kita jadi tunggang langgang" sedikit sebanyak kata-kata Suho itu meresap dalam hati masing-masing.

Sejenak Suho berfikir. Betul ke aku tak kisah diorang kawan dengan Hye Jin. Kawan ok lagi, tadi aku ada cakap kawin pun boleh. Mental aku ni ok ke tak ni?

[C] Dia SuamikuWhere stories live. Discover now