Bab 12

6K 402 30
                                    

"Kak Hye Jin..." Sehun masuk ke dalam rumah. Hye Jin tersenyum ke arah Sehun. "Arh! Lebatnya hujan!" Tiba-tiba diorang masuk macam anak kambing keluar kandang. Mereka menyapu baju mereka yang sedikit basah.

"Tiba-tiba je hujan..." bebel Tao. Hye Jin masih mampu tersenyum melihat telatah member Exo. Kemudian dia seperti teringat sesuatu. Baju aku!!

Cepat-cepat dia berlari ke ampaian mengangkat baju yang dah pun lencun terkena hujan. Mereka hanya melihat Hye Jin yang berdesup berlari ke dapur. Kemudian mereka melihat Hye Jin masuk dengan basah lencun.

"Kenapa ni?" Tanya Suho yang melihat muncung Hye Jin panjang sedepa. "Habis semua baju basah. Penat je basuh tadi" dia seperti mahu menangis.

"Kan nanti boleh basuh lagi" Suho mahu memujuk tapi ayatnya seperti memarahi Hye Jin.

"Janganlah nangis. Nanti kitorang tolong basuh bajunya eh?" Chanyeol memegang tangan Hye Jin yang sedang mengalirkan air mata.

Tak tahu kenapa hari ni dia cengeng sangat. Baru kena marah dengan Suho sikit, dah nangis.

Suho melihat adegan drama tak berbayar di hadapan matanya. "Dah, jangan nangis" Chanyeol menyapu air mata Hye Jin.

"Ehem!" Sergah Baekhyun yang sedang duduk di meja makan. "A'ah lah Hye Jin. Nanti kitorang basuh kan baju awak eh?" Tambah Baekhyun lagi. Entah kenapa dia cemburu lihat Chanyeol dan Hye Jin.

"Aku tak cakap pun nak tolong" Kris cuba membuat lawak. Nasib baik jadi sebab senyuman mula terhambur di wajah Hye Jin.

"Thanks korang. Tapi tak pe, saya boleh basuh sendiri" ujarnya mengelap sisa tangisannya.

"So, sekarang ni boleh kita makan?" Kai tak mahu mambuang masa lagi. Dia sedari tadi lapar melihat ayam panggang di atas meja itu. Hye Jin tersenyum kemudian mengangguk.

…………………………

"Sini, biar saya tolong" Baekhyun menawarkan pertolongan membasuh pinggan. Hye Jin hanya mengangguk dan memberi ruang kepada Baekhyun untuk membasuh.

"Hye Jin, tengok ni" aku menoleh ke arah Baekhyun. Dia meniupkan buih sabun basuh pinggan. buih itu kemudian berterbangan di depan muka kami.

"Ouch!" aku menenyeh mata aku yang dah masuk sabun. Boleh pulak sabun tu meletup time-time macam ni.

"Oohh, Hye Jin. Sorry. Ok tak? Sini saya tengok" kata Baekhyun dengan gelabah bila Hye Jin langsung tak boleh buka mata.

"Sakit..." lirih ku bila Baekhyun suruh aku bukak mata. Pedih wo!

"Sini, biar saya basuhkan mata awak" tambahnya lagi. Basuhkan  mata di sini bermaksud bersihkan bahagian mata yang kena sabun tau. Bukannya keluarkan biji mata lepas tu basuh then masukkan balik.

Dia pun basuhkan lah mata aku ni. Bila dah agak-agak boleh bukak mata, aku pun bukak. Tiba-tiba wajah aku merona. Mana taknya, muka Baekhyun dan muka aku sangat dekat. Macam orang nak bercium. Tapi aku tahu dia bukannya nak cium aku pun. Dia nak tengok keadaan mata aku je.

……………………………

Apesallah buih tu boleh meletup pulak? Kesian mata Hye Jin kena sabun. Aku pun menawarkan diri untuk bersihkan mata dia. Bila dia bukak mata, baru aku sedar satu perkara. Muka aku dengan dia terlalu dekat. Aku nampak muka dia dah blushing. Bangga? Tak delah. Jantung aku sekarang ni pun tengah berdegup kencang macam bunyi Chanyeol punya drum.

Tapi aku rasa lain macam lah pulak tengok Hye Jin ni. Walaupun aku pernah jumpa orang yang lagi cantik and lagi sexy dari Hye Jin, tapi jantung aku tak pernah berdegup sekencang ni. Aku tak nafikan yang dia ni punya tarikan tersendiri.

"Ehem!!" bunyi suara jantan mana lah pulak ni? mengacau scene romantik betul la. Alamak! Jangan Chanyeol sudah.

Kami pandang pintu dapur. Xiumin dengan Luhan. Fuh! Nasib baik.

…………………………

"Korang buat apa ni?" tanya Luhan was-was. Posisi yang sangat menganehkan. Meremang lah jugak bulu tengkuk aku tengok.

"Mata Hye Jin masuk sabun" jawab Baekhyun jujur. Ye lah tu baek, macam lah aku nak percaya.

"Jom lah pergi depan. Kita berbual dekat sana" ajak Xiumin mengakhiri segala kekalutan.

"Apa yang korang buat lama-lama kat dapur tu ha?" tanya Chen sebaik saja Hye Jin, Baekhyun, Luhan dan Xiumin sampai di ruang tamu.

"Basuh kereta" Baekhyun memerli. Mau tanya lagi ka? "Baekhyun ni tengah cuba nasib kat Hye Jin" Luhan tak semena-mena mencelah. Suho yang tengah minum kopi tersedak.

"Ni mesti Eunji sebut nama Hyung ni" sebut Kai sambil menepuk-nepuk belakang Suho.

Kali ni giliran Hye Jin yabg sedang minum air tersembur. Malunya lah hai! Tersedak macam Suho tak pelah jugak. Ni tersembur. Suho menghulurkan tisu pada Hye Jin, begitu juga Baekhyun. Tapi tisu di tangan Baekhyun yang di ambil.

Suho ketap gigi. So, kau dengan Baekhyun? Walaupun aku tak tahu sejauh mana kebenarannya, tapi aku nampak korang macam serius. Ada aku kisah? Baekhyun, kalau kau nak sangat dekat Hye Jin ni, ambil lah. Aku bagi free je.

[C] Dia SuamikuWhere stories live. Discover now