ʜᴇᴇ⁰¹

624 36 26
                                    

buku matematiknya di tutup dan di susun pada rak.
cermin mata lelaki tu di letakkan di atas meja dan tualanya di ambil.

selepas beberapa jam belajar, dia perlu bersihkan diri sebelum tidur untuk hilangkan rasa penat.

walaupun setiap hari dia belajar, tidak pernah lagi dia merungut akibat penat belajar.

"heeseung, sunhwa datang ni!" jelas dia mendengar suara dari seorang gadis yang amat dia kenali.

teman wanitanya selalu datang pada waktu yang tidak sesuai. heeseung yang sedang membersihkan diri terdengar jeritan tersebut dan hanya mengeluh.

"tunggu, aku tengah mandi." suaranya yang dingin di dengari oleh gadis tu. sunhwa mengangguk walaupun tahu heeseung tidak nampak.

katil heeseung di dudukinya.

"mesti awak penat belajarkan. awak janganlah terlalu memaksa diri awak, belajarlah perlahan-lahan dan jangan tidur lambat."

"tidur perlu cukup, untuk bertenaga keesokkan hari. makan perlu ikut waktu dan jangan biarkan perut awak kosong."

"dan... kalau awak nak bersendirian, saya tak benarkan. saya dah janji dengan keluarga awak yang saya akan jaga awak dengan baik."

"awak janganlah terlalu dingin dengan saya, sayakan teman wanita awak." lama-kelamaan air matanya mengalir ke pipi.

"aku dingin sangatkah?" sebaik sahaja suara heeseung di dengarinya, terus dia mengesat air matanya.

sunhwa memandang heeseung yang berada di hadapannya dengan wajah dingin menjelingnya seperti biasa. sunhwa tersenyum dan terus tuala di tangan lelaki tu di rampas.

"duduklah, saya keringkan rambut awak."

heeseung menggeleng tidak mahu, tetapi tangannya tetap di tarik dan itu membuatkan dia terduduk di sebelah sunhwa.

"tundukkan kepala awak, saya tak sampailah." heeseung hanya akur dan menunduk sedikit.

dengan senyuman yang manis, sunhwa menggosok kepalanya untuk mengeringkan rambut lebat heeseung. perlahan-lahan dan lembut gadis tu gosok dan itu membuatkan heeseung terdiam melihat senyuman gadis tu.

"kenapa datang sini lagi?"

"erm? untuk bersama dengan awaklah." sekali lagi sunhwa tersenyum ke arah jejaka kacak di hadapannya. tanpa di sedari, rambut sunhwa menghalang wajahnya.

heeseung mengangkat tangannya dan helaian rambut yang menghalang sunhwa daripada melihat tadi di selit ke belakang telinga gadis itu.

"terima kasih, tahu-tahu je dia."

heeseung mengangguk kecil dan tuala di tangan sunhwa di ambil. lelaki tu bangun daripada duduk dan sangkut tualanya kembali.

"nak tidur dah?" sekali lagi heeseung mengangguk kecil. sunhwa mencebik.

"awak taknak makan dulu ke? isilah dulu perut yang kosong tu. kesian dia tengah menangis lapar."

"dia tak lapar."

"yeke? last awak makan bila?" anak mata lelaki tu mengerling sunhwa.

"petang tadi." jawabnya ringkas.

"eh awak, manusia makan tiga kali sehari tahu tak? awak ni saya rasa pagi tadi pun tak sarapan."

"jomlah~ kita makan dulu. penat saya bawa makanan tu, heeseung." dalam keadaan duduk, sunhwa terus memeluk erat pinggang heeseung menghalangnya daripada baring di atas katil.

heeseung mengeluh, dia memisahkan kedua tangan gadis itu daripada terus memeluknya dan berjalan menuju ke arah meja dan sofa biliknya.

sunhwa tersenyum gembira, dia terus bangun dan mengikuti heeseung. bungkusan makanan di bawanya tadi di buka.

ianya semua makanan kegemaran heeseung. lelaki tu diam melihat makanan di hadapannya.

"beli kat mana?"

"mana ada belilah, saya buat sendiri." heeseung tersenyum nipis memandang sunhwa. kepala sunhwa di usap lembut.

"terima kasih untuk makanan ni, aku suka."

"sama-sama, nah." sudu di berikan kepada heeseung. lelaki tu mengambilnya dan menghirup kuah yang tidak berapa panas.

loading...

𝗰𝗼𝗹𝗱 𝗯𝗼𝘆𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱 , 𝗵𝗲𝗲𝘀𝗲𝘂𝗻𝗴Where stories live. Discover now