ʜᴇᴇ¹²

137 13 0
                                    

"aku nak betulkan keadaan, sebab itulah aku nak ajak kau keluar sayang." tangannya naik menggosok kepala sunhwa, kemudian pipinya turut di kucup lembut oleh lelaki itu.

sunhwa tersentak, sebaik sahaja mereka mula menjauh dia terus menyentuh pipinya.

"esok, pukul 4 petang. jap, kau dah pindah rumah eh? kita jumpa di rumah lama dulu, kalau tak ingat tanya sunoo." lelaki itu terus lesap dari pandangannya.

"saya ingat..." tanpa sempat sunhwa membalas langsung. dia hanya mengangguk kecil, kemudian bangun sambung membuat kerja.

heeseung mengenggam lengan sunoo kemas, sunoo naik menumbuk heeseung tanpa sengaja.

"h-hyung? maaf, sunoo tak perasan." dia membantu heeseung bangun dengan memaut heeseung.

"lain kali kalau nak tegur orang janganlah mengejut, kan dah kena tumbuk." heeseung menyentuh wajahnya, kesan tumbukan sunoo.

dia ketawa kecil.

"dah besar dah budak ni."

"apa? berapa bulan baru tak jumpa tiber je dah besar. hyung kenapa balik awal sangat? kene reject ke cane pendaftaran?"

"bukanlah budak, aku rindu sunhwa."

"oh, rindu ke? ke buat-buat rindu?" heeseung menatap sunoo, dia kembali mengimbas masa lalunya.

memang dia tak ada perasaan terhadap sunhwa, tetapi dia di paksa oleh rakannya akibat bermain truth or dare. memandangkan dia memilih dare jadi dia juga di paksa untuk date sunhwa.

"kalau kau jadi buat dia sayang kau, aku bagi 500." heeseung tersenyum sinis.

kemudian tidak berapa lama selepas itu, rakan-rakannya yang lain pindah sekolah akibat ingin memilih aliran lain.

sejak daripada itulah, heeseung menjadi pendiam. seminggu berada di dalam hubungan bersama sunhwa, heeseung tidak pernah merasakan bosan jadi dia teruskan hubungan tersebut.

selama tiga minggu, dia sudah mula rasa suka terhadap sunhwa. jadi dia pilih untuk buang sifat dinginnya perlahan-lahan.

sebulan kemudian, dia daat merasakan yang sunhwa seorang gadis yang baik dan naif. dia rasa selesa apabila bersama dengannya. jadi dia juga mula belajar bersungguh-sungguh.

sehinggakan namanya di sukai ramai, akibat dia bijak dan ada rupa. sunhwa juga sudah sedar perubahan perangai heeseung.

tetapi heeseung selalu di perbandingkan oleh pelajar bijak yang lain, jadi dia suka cederakan diri sendiri.

loading...

𝗰𝗼𝗹𝗱 𝗯𝗼𝘆𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱 , 𝗵𝗲𝗲𝘀𝗲𝘂𝗻𝗴Where stories live. Discover now