ʜᴇᴇ¹⁴

134 18 1
                                    

heeseung sambung memeluk sunhwa erat, pelukan tersebut di balas sunhwa. sesungguhnya dia merindukan teman lelakinya, tetapi dia perlu tahan demi diri dia sendiri.

"saya rindukan awak, maaf sebab berpura-pura." heeseung tersenyum, pelukan di longgarkan dan menarik gelas yang berada tidak jauh daripada mereka di atas meja.

air kosong di dalam botol di letakkan ke dalam gelas tadi, dan di berikan kepada sunhwa.

"minum ni dulu, lepas tu kita duduk dekat ruang tamu. tak sukalah duduk dapur, buatkan saya lapar." heeseung mengubah cara dia bahasakan dirinya dan sunhwa.

sunhwa tersenyum kemudian mengangguk kecil.

"sejak awak kat sanakan... dah banyak saya tengok awak berubah, banyak senyum dan semakin mesra." sunhwa mencubit pipi heeseung lembut.

"berubah sebab awaklah sayang, hajatnya nak bawa awak kat sana nanti. bolehlah selalu bersama dan tak perlu menjauh."

"ish, cakap pasal awak kat luar negara... kenapa awak tak mesej saya ataupun telefon?! risau saya tahu tak apabila sunoo bagitahu yang saya langsung tak dapat noti dari awak." sunhwa sekali lagi memukul bahu heeseung.

"maaflah, sayang. telefon saya kena curi, sebab tu saya tak dapat mesej ataupun telefon awak."

"haih, cuai betul heeseung sunhwa ni. tumbuk kang." jelingan sunhwa membuatkan heeseung tergelak kecil.

sunhwa turut tergelak, lama sudah dia tidak bermesra dengan heeseung.

kemudian baru dia perasan yang lengan heeseung tidak ada parut lagi, kesan parut tersebut langsung tidak kelihatan.

"hm?" sekarang heeseung sudah tidak lagi membalut atau memakai baju lengan panjang.

"hebatkan? parut tu dah tiada. saya ada jumpa dengan doktor dekat sana untuk beberapa minggu dan dia suruh saya berhenti mencederakan diri sendiri dan bagi saya ubat penenang."

"tapi... saya dah buang ubat tu." kening sunhwa menaik tertanya-tanya.

"saya dah dapat kawal diri daripada mencederakannya. selepas saya tahu yang awak tak kenal saya haritu, benda tu datang balik dan saya tak dapat kawalnya."

"maaf." sunhwa menunduk setelah meminta maaf. dia rasa bersalah. heeseung kembali tersenyum manis.

"jangan risaulah, heeseung okey. heeseung tak buat dah lain kali." dagunya di angkat oleh jari heeseung, lelaki tu mengucup pipinya.

"HEH, MAKSIAT!"

loading...

𝗰𝗼𝗹𝗱 𝗯𝗼𝘆𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱 , 𝗵𝗲𝗲𝘀𝗲𝘂𝗻𝗴Where stories live. Discover now