ʜᴇᴇ⁰²

273 32 13
                                    

sunhwa membuka matanya selepas lena tidur, dia merasakan satu nafas hangat di lehernya. ternyata heeseung masih lagi tidur di sebelah menghadapnya.

dengan perlahan-lahan sunhwa berpusing ke arah heeseung. wajahnya menghadap wajah tampan heeseung dengan senyuman.

"awak tidur pun hensemlah, heeseung sayang. mesti awak tak tahukan?" kepala heeseung di usap lembut melenakan lagi lelaki tu.

tangannya jatuh ke pipi heeseung, ibu jarinya bergerak-gerak mengusap pipi heeseung. gadis tu kemudian memeluk jejaka itu dan merapatkan kepalanya di dada heeseung.

lelaki tu tersedar, senyuman halus di hujung bibirnya di biarkan dengan matanya masih tertutup dan menongkat dagunya atas kepala sunhwa.

"hee, awak dah bangun?" heeseung menggeleng perlahan. sunhwa ketawa kecil, mana ada orang tidur menggeleng apabila di tanya soalan.

"bangunlah, dah lambat ni." sambung sunhwa.

tangan heeseung di tarik oleh gadis itu. kini heeseung berada dalam keadaan duduk, sunhwa menariknya lagi supaya turun daripada katil dan dia hanya akur.

"awak pergi bersiap lepas itu kita sarapan."

heeseung mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air, manakala sunhwa ke dapur membuatkan sarapan untuk mereka sebelum bergerak ke sekolah.

dua keping roti bakar dan air susu di hidangkan di atas meja. saja untuk mengalas perut supaya perut tidak memulas, dia hanya sempat membakar roti sahaja.

selesai sahaja sarapan, mereka berdua pergi ke sekolah seperti biasa.

"mesti heeseung sunbae bosan dengan sunhwa sunbae, dia terlalu bising."

"sunhwa sunbae mesti menyesal couple dengan heeseung sunbae sebab dia tak sweet macam lelaki lain."

"erh, tak sukalah kalau tak sweet ni."

dah masuk dua bulan diorang bersama tapi pelajar-pelajar di sekolah masih lagi bercakap-cakap tentang mereka. seolah-olah dengki dan dia pula yang couple.

"heeseung, awak okey?" anak mata lelaki tu mengerling sunhwa sekilas.

"hm, kau?" sunhwa tersenyum manis ke arah heeseung.

"saya tak apa-apa, dah muak dengar diorang merapu. mana ada awak tak sweet, terlebih sweet adalah." sunhwa menekup mulutnya, terlebih cakap.

"maaf, saya mesti banyak cakapkan?" heeseung menggeleng perlahan.

"aku suka."

sekali lagi sunhwa tersenyum gembira, walaupun dia tahu yang heeseung dingin tak sukakan orang. dia cuba sebaik mungkin untuk membuatkan heeseung tidak membencinya seperti orang lain.

selepas mendengar dua patah perkataan heeseung tadi, dia cair.

di dalam kelas pula, nama heeseung di panggil oleh gurunya. semua memandang kepada guru yang memanggil nama lelaki itu.

"ya saya, cikgu."

"tahniah, gred kamu terpaling tinggi di dalam kelas. maksud saya, di dalam sekolah ni." semua menepuk tangan tanda sorakkan akan gred heeseung.

"terima kasih."

"tapi kamu perlu belajar lagi matematik, sepuluh markah lagi nak seratus peratus. tahniah sekali lagi."

senyuman heeseung menawar sebaik sahaja mendengar kata-kata gurunya. dia sensitif akan markah matematik, dia terlalu inginkan seratus peratus.

heeseung juga suka memaksa dirinya untuk mendapat markah yang lagi tinggi dalam matematik.

sunhwa hanya memandang heeseung yang kembali dingin. dia mengeluh berat memikirkan lelaki itu setelah pulang ke rumah nanti.

setelah selesai sesi pembelajaran, mereka berdua berjalan pulang ke rumah. heeseung hanya diam membisu. sunhwa pula sibuk mencuit heeseung.

"hee, awak okey tak?"

dia masih lagi diam tanpa melakukan sebarang amaran. selalunya dia marah sunhwa mencuitnya beberapa kali.

"heeseung?"

"sampai bila awak nak diamkan diri ni? sampai saya mati? ataupun awak nak saya panggil awak sayang baru awak nak bercakap dengan saya?"

lelaki tu diam lagi, sunhwa mencebik kecewa. lelaki tu di jelingnya dan dia mula menjauhkan diri daripada heeseung. jarak antara dia dan heeseung tidaklah terlalu jauh tetapi muat seorang untuk di selit di tengah-tengah.

sunhwa turut diam membisu. seminit berlalu, heeseung menarik lengan sunhwa kembali rapat dengannya.

"nak apa?" heeseung bersuara.

"tak ada apa, dah lupa nak tanya apa tadi." heeseung berhenti melangkah seketika, tangan sunhwa di pegangnya supaya gadis itu turut berhenti.

"erm? kenapa?"

heeseung mendekatkan dirinya dengan sunhwa, kepalanya semakin rendah separas dengan sunhwa. semakin rapat mereka berdua, semakin keras tangan sunhwa menahan dada heeseung daripada merapat dengannya.

"h-heeseung?" sunhwa terkedu, heeseung terlalu rapat dengannya sehingga hidung mereka berdua bertemu rapat.

"ulang balik apa yang kau sebut pagi tadi."

"a-apa? saya lupalah." matanya berkelip-kelip ketakutan, dia sedang gugup jadi semua benda dia lupakan. teman lelakinya memandangnya atas dan bawah.

"heeseung sayang."

loading...

𝗰𝗼𝗹𝗱 𝗯𝗼𝘆𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱 , 𝗵𝗲𝗲𝘀𝗲𝘂𝗻𝗴Where stories live. Discover now