ʜᴇᴇ⁰⁹

150 16 3
                                    

heeseung membuka penutup botol pil kemudian menelan beberapa butir pil tersebut berserta dengan air kosong.

"pelik, takkan dia dah lupa aku?" kata-kata heeseung tersebut di dengari oleh jay, teman sebiliknya.

"teman wanita kau ke?" tanya jay merampas sekeping gambar yang berada di tangan heeseung.

lelaki itu mengangguk kecil, kemudian merampas kembali barangnya. sebelah tangannya lagi naik bertindak untuk menampar bahu teman sebiliknya.

"suka hati je rampas barang aku, tumbuk kang." atas bawah heeseung memandangnya. jay hanya tersengih lalu berjalan ke luar bilik.

"girlfriend kau cantik siot!" sempat dia menjerit, dan itu membuatkan heeseung menggeleng.

"sibuklah mamat ni."

"so, semalam tu lah jake? nampaknya dia pun macam tak ingat aku." sambung heeseung setelah lama berfikir tentang kejadian tersebut.

"haih, i miss you sunhwa."

jake menunggu sunhwa di dalam kereta, katanya ingin ke tempat kerja bersama-sama. sunoo hanya mengintai kakaknya yang baru sahaja turun daripada tangga.

"lambat kau siap, jake hyung dah tunggu dah tu. baliklah lambat sikit, boleh pergi dating dulu." sunoo tersengih mengusik sunhwa.

"sudahlah sunoo, aku tak suka jake lah."

"ye lah tu, nanti tersuka kau mesti terdiam." sunhwa mengangkat tangannya ke udara, buat-buat ingin menampar adiknya kerana tidak sampai hati ingin tampar betul-betul.

"heh, janganlah! eishh, buat takut orang je!" sunoo menghentak kaki kemudian berlari memasuki biliknya.

"sibuklah dia ni."

sunhwa terus berpaling ke belakang dan tiba-tiba sahaja wajahnya terhempap ke dada seseorang. wajah jake terlihat jelas sebaik sahaja sunhwa mengangkat wajahnya.

"j-jake?!"

senyuman sinis jake terdampar di wajahnya, sunhwa melangkah ke belakang selangkah membuatkan badannya seimbang.

"so, you don't love me huh?" sunhwa terdiam.

"hati kau masih lagi ada pada dia? melepaslah, aku takkan sempat tunggu kau." sunhwa memandang jake tepat pada anak matanya.

jake terlihat sedih dan dalam masa yang sama gembira. dia terpaksa, kerana sukar untuk mencintai dua orang wanita dalam satu masa.

"a-apa yang awak cakapkan ni?"

"aku cakap, aku akan biarkan kau pergi dan tak lagi mengurung kau dalam hidup aku." sekali lagi gadis itu terdiam, dia masih tidak faham akan kata-kata jake.

loading...

𝗰𝗼𝗹𝗱 𝗯𝗼𝘆𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱 , 𝗵𝗲𝗲𝘀𝗲𝘂𝗻𝗴Where stories live. Discover now