ʜᴇᴇ⁰⁵

169 23 5
                                    

setahun berlalu, heeseung dan sunhwa mengambil gambar bersama. sudah tiba masanya untuk berpisah, mereka perlu menjalani hidup sendiri kerana heeseung perlu ke luar negara.

"belajar elok-elok kat sana. kalau boleh, mesejlah saya kalau ada masa."

"aku taknak pergi, tapi terpaksa." sunhwa mengangguk kecil, dia tahu. heeseung di tarik dan di peluk kemas.

"jumpa nanti, jangan lupa untuk makan ubat. kawal perasaan awak dan jangan gigit lengan awak lagi." heeseung tersenyum.

"aku tak janji."

"tak payahlah macam tu! janji dengan saya." lelaki tu ketawa kecil, lalu mengangguk faham. dia saja mahu mengusik gadis tu.

"bang! sunoo dah sampai!" jerit adik sunhwa. hampir saja mereka menganggap sunoo tak boleh datang.

"kenapa lambat? lama aku tunggu kau." sunhwa menampar belakang sunoo. adik lelakinya merengek kecil.

"tertidur tadi, nasib jake kejutkan aku." heeseung menggeleng.

"oh, jake yang jaga anak orang tu? budak gedik tu?" sunhwa bertanya.

"haah, nama dia hyewon kot. mentang-mentang anak orang kaya, sibuk pula nak upah orang jadi bodyguard dia. dah takda masa aku nak bermanja dengan jake."

"dia jaga sebab ayah perempuan tu nak pergi umrahkan? jangan cakap macam tu, tak baiklah." sunoo mengangguk kecewa. dia mencebik lalu berlindung ke belakang sunhwa.

"kak, asal heeseung kau ni hensem sangat? nak goda sunoo ke?" sunhwa sekali lagi menpar belakang budak tu.

"aku takda masa nak goda orang lain, selain kakak kau." heeseung membuka mulut.

"wooo~ ape ni? kau saja je kan bang? tumbuk kang!" sunoo membuat wajah ingin menangis sambil mengesat air mata halimunan.

"awak ni... ada-ada jelah." kata sunhwa, malu. heeseung menggosok kepalanya lembut, membuatkan sunhwa lagi rama-rama.

sunoo diam, sekali lagi dia mencebik cemburu.

"dah lah, aku pergi dulu. jaga kakak kau baik-baik, dan jangan lupa marah dia kalau jumpa lelaki lain."

mata sunhwa menoleh ke arah sunoo, dia tersenyum menganjing sambil mengelip matanya berkali-kali.

"nak kena terajang ke kak? tepilah." dia menolak kakaknya perlahan tidak mahu dia jatuh. sunoo menghulurkan tangannya kepada heeseung.

"janji, kau baliklah awal sebaik mungkin. rindu nanti masalah pula." huluran tangan sunoo di sahut. dia mengangguk kecil memandang sunhwa di sebelah adiknya.

"mesej saya selalu ye." tanpa sempat heeseung menjawab, sunhwa laju mengucup pipinya. kemudian di lambai pula kepada heeseung.

mata si adik beradik tumpu kepada badan lelaki itu yang semakin menghilang dari radar. bahu sunhwa di tepuk lembut oleh sunoo.

"dah jom balik. aku nak bagitahu sesuatu." sunhwa memandang sunoo pelik.

loading...

𝗰𝗼𝗹𝗱 𝗯𝗼𝘆𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱 , 𝗵𝗲𝗲𝘀𝗲𝘂𝗻𝗴Where stories live. Discover now