ʜᴇᴇ¹⁰

154 15 1
                                    

sunhwa merenung jejaka yang sedang membancuh kopi, jake sibuk bekerja kerana ramai pelanggan yang datang. dengan mood yang tiada pula kepalanya serabut.

sunhwa melangkah ke arah lokasi jake.

"tepi, biar saya buat. awak rehatlah." tangannya memegang bahu jake dan menolak lelaki itu ke tepi. mata jake fokus kepada sunhwa.

"sebab ni lah kenapa aku jatuh cinta dekat kau. baik sangat dan naif." lelaki itu menjelingnya, kemudian ke kaunter mengambil pesanan pelanggan.

"haih, awak janganlah marah saya." kata sunhwa dengan perlahan. dia tak mahu jake memarahinya kerana jake saja yang boleh dia berkawan.

kling~

loceng di pintu kedai berbunyi, menandakan pelanggan datang. sunhwa terlihat terkejut apabila seorang lelaki yang amat dia kenali tersenyum ke arahnya.

"encik?" sapa sunhwa, heeseung tersenyum manis sehinggakan matanya turut tersenyum.

"sunhwa." sunhwa hanya mengangguk perlahan dan terus berpusing, menghiraukan kehadiran lelaki itu.

jake menyaksikan kehadiran heeseung dan riak wajah mereka berdua apabila bertemu, tetapi dia buat tidak tahu saja. tak mahu ambil kesah lagi.

cepat dia move on dari sunhwa, agar tidak melukakan perasaan seorang gadis lagi yang di sayanginya.

selalunya jake tidak berperangai dingin, tetapi selepas kejadian pagi tadi dia langsung tidak bersuara dengan sunhwa seperti biasa.

jake melakukan hal yang sama seperti mana heeseung lakukan dahulu walaupun gadis tu tidak mengingati lelaki itu.

"sunhwa sayang, boleh saya cakap sekejap?" lelaki tu muncul lagi di hadapannya.

"encik nak order apa? lepas ni saya duduk dengan encik, saya tak boleh sekarang kerana sibuk." heeseung mengangguk sebelum order.

"ermm, creamy latte satu dan hati awak." senyuman menggoda heeseung tewas dengan jelingan sunhwa, heeseung pula hanya ketawa kecil.

"maaf, creamy latte sahaja." sambungnya lagi.

jake pelik, heeseung selalunya tidak mesra seperti sekarang. sekali lagi dia mengendahkan mereka berdua.

lima belas minit kemudian, sunhwa menarik kerusi di hadapan heeseung. di dudukinya kemudian matanya tepat memandang ke dalam anak mata heeseung.

"hm? kenapa pandang aku macam tu? rindu eh?" sunhwa membuat muka menyampah.

"sayang~ kenapa ni?" kaki heeseung di sepak oleh sunhwa memandangkan mereka berdua duduk saling memandang.

"aduh, sunhwa!" lelaki tu menjerit perlahan sambil mengusap kakinya yang di sepak gadis di hadapannya.

"nak cakap apa tadi? saya tengah sibuk ni tau." heeseung tersenyum memandang atas dan bawah wajah sunhwa. tangan sunhwa di capai kemudian mengetatkan pegangannya.

loading...

𝗰𝗼𝗹𝗱 𝗯𝗼𝘆𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱 , 𝗵𝗲𝗲𝘀𝗲𝘂𝗻𝗴Where stories live. Discover now