ʜᴇᴇ⁰⁷

150 18 10
                                    

lima bulan yang lalu, sunoo mendapat berita yang kakaknya hilang ingatan setelah sedar.

sunoo berasa lega juga apabila kakaknya tidak mengingati lelaki tu. dia tak tahu yang sunhwa kemalangan dan juga hilang ingatan.

tidak mahu dia menyibuk di dalam keluarganya lagi. sudah berbulan-bulan sejak dia sambung belajar, tetapi mesej daripadanya tidak pula terlihat di mana-mana telefon.

"aku pergi kerja dulu. aku ada masak tadi semuanya atas meja, makanlah." sunoo hanya mengangguk. sudah beberapa bulan kakaknya ingin membuat kerja sambilan, jadi dia benarkan.

"tak perlu risaulah, sunoo. aku okey, saja nak buat kawan. kalau kawan dengan kau je sampai ke tua lah otak tak berkembang." sunoo mencebik.

"ish, mengata kita pula. yelah, aku tak risau pun, cuma takut kau terjumpa dia tu je."

"siapa? oh, yang kau cerita hari tu eh?" sekali lagi adiknya mengangguk. sunoo tidak menceritakan semuanya tentang heeseung. sekadar tahu lelaki itu wujud hanya sebagai kawan rapat.

"ala, biarlah dia. dasar kawan lupa kawan, aku pun tak inginlah nak jumpa dia. mentang-mentang bijak." terdiam sunoo, tak sangka kakaknya akan fikir sebagai negatif.

"hmm, b-betullah tu. dasar kawan lupa kawan." sedikit terasa benar, tetapi sunoo masih rasa bersalah.

"dahlah, cau lu~"

sunhwa menutup pintu rumah dan berjalan menuju ke tempat kerjanya. sunhwa terasa seperti seseorang memerhatinya tetapi dia endahkan kerana tidak mahu berfikir pelik-pelik.

noti telefon sunhwa berbunyi, gadis itu mencapainya dan membaca pesanan daripada nombor yang tiada di dalam kenalan.

"hi, love." wajah sunhwa mengerut. dia memandang ke kanan dan kiri.

"salah orang kot." dia hanya mengendahkan mesej tersebut dan menyimpan telefonnya kembali.

sekali lagi mesej masuk, dia mengeluh. telefon di ambil semula dan di buka.

"don't ignore me, i'm missing you love." entah kenapa, sunhwa tidak berasa takut malah berasa biasa sahaja. mungkin ianya seseorang yang dia kenal.

"macam mana dia tahu aku ignore?" sebaik sahaja dia kembali menyimpan telefonnya, dia terasa nafas hangat hinggap di lehernya.

sunhwa terkaku. setelah merasakan suatu nafas hangat, dia juga merasakan dua tangan menyentuh pinggangnya dari belakang kemudian badannya di peluk erat.

"do you miss me, love?" satu ayat yang membuatkan sunhwa lemah, di sebut oleh seorang lelaki yang sedang memeluknya daripada belakang.

loading...

𝗰𝗼𝗹𝗱 𝗯𝗼𝘆𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱 , 𝗵𝗲𝗲𝘀𝗲𝘂𝗻𝗴Where stories live. Discover now