ʜᴇᴇ⁰⁴

200 21 7
                                    

heeseung membuka buku latihannya, helaian di selak satu persatu. sebatang pen yang berwarna hitam di ambil dan di gunakan untuk menulis.

selama satu jam heeseung belajar, dia hanya membuat satu soalan kerana hanya soalan itu yang dia tidak faham.

guru di sekolah selalu menegurnya tentang soalan tersebut. heeseung juga selalu di marahi oleh gurunya.

heeseung memukul kepalanya sendiri dengan kuat, rambutnya di cengkam dan di tariknya. bibirnya bergetar menahan rasa sakit. air matanya mengalir di pipi sedikit demi sedikit.

lengan bajunya di selak, matanya mengalihkan pandangan ke arah lengannya. kesan gigitan di lengannya di usap lembut.

"sakit."

rasa cemas datang menyelubunginya, heeseung menggigit lengannya kuat sehinggakan darah mengalir. tanpa sedarinya, sunhwa datang menekup pipinya.

"heeseung, apa awak buat ni?" sunhwa mengangkat kepala heeseung supaya memandangnya.

"inikah sebab awak nak saya teman awak? untuk tak teruskan menggigit lengan sendiri?" darah di bibir heeseung, sunhwa mengesat.

"jangan sakitkan diri awak, hee sayang. awak tak patut buat macam ni. ini takkan membantu awak untuk hilangkan rasa cemas ni." sunhwa memeluk heeseung, dahinya di daratkan pada dada sunhwa.

"tak apa, menangislah. saya ada, jangan risau."

sunhwa menjenguk ke arah lengan lelaki tu, matanya berkaca melihat banyak kesan gigitan pada lengannya. parut yang sebelum dia tahu tentang habit lelaki tu apabila cemas.

"maafkan saya biarkan awak macam ni. saya tak sepatutnya marah apabila awak suruh saya teman awak tadi. saya patut dengar cakap awak."

sunhwa sudah separuh jalan mahu sampai ke rumahnya, dia teringat yang ada kesan parut di lengan heeseung. dia terus berpatah balik.

"baru saya tahu kenapa lengan awak ada parut." dia ada ternampak lengan heeseung berparut sebelum ni, cuma dia takut ingin bertanya.

patutlah heeseung jarang memakai baju lengan pendek di hadapannya. kalau ada pun, dia akan balut dengan bandage yang biasa orang sekarang gunakannya sebagai fesyen.

"maafkan aku, menyusahkan kau." sunhwa menggeleng. "mana adalah." jawabnya perlahan.

"saya ambilkan kotak ubat kejap, tunggu sini." tangan sunhwa segera di tarik. tarikannya membuatkan sunhwa terduduk di pangkuannya.

"tak apa, aku ada letak ubat khas dalam laci meja." sunhwa turut tersenyum melihat heeseung senyum kepadanya.

senyumannya membawa maut, tiba-tiba sahaja heeseung menghapuskan jarak antara mereka berdua. bibir heeseung bertemu dengan bibir sunhwa.

dengan darah yang mengalir di lengannya, sunhwa terpegang secara terpaksa dan terlupa akan luka lelaki tu. sunhwa terkejut dengan tindakan heeseung.

ciuman di lepaskan, mereka mengubah jarak. mata sunhwa menaik melihat wajah heeseung.

"hilang rasa sakit di lengan aku." heeseung ketawa kecil, dan itu membuatkan sunhwa turut ketawa.

"hampir gugur jantung saya di buatnya, ish!" lengan heeseung di pukul lembut. kesan darah di tapak tangannya melekat di lengan heeseung.

"eh maaf! sakit ke?" heeseung menggeleng dengan senyuman di bibir.

"dah lah terpegang luka awak lepas tu pergi pukul-pukul pula. mesti sakitkan, maafkan saya."

"dah, jangan minta maaf lagi. aku tak apa-apa." kepalanya di usap oleh heeseung. perlahan-lahan sunhwa mengangguk.

"ubat." segera sunhwa membuka laci meja heeseung mengambil ubat. lengan heeseung di tarik supaya di dekatkan lagi dengannya.

"tahan kalau sakit."

"taknak." anak mata mereka bertentangan.

"ikut suka awaklah." heeseung menjegil matanya, awalnya berputus asa. dagu sunhwa di angkat heeseung dengan jarinya.

"nak kiss."

"ohh, baru tak sakit?" heeseung mengangguk. dada lelaki itu di pukul oleh sunhwa. heeseung mengaduh sakit manja.

"sakitlah." bibirnya laju terasa sesuatu yang lembut mendarat. sunhwa dengan senyuman di bibir menghapuskan jarak mereka.

"dah, itu yang last malam ni." lengan heeseung di sapu ubat. selesai itu, lengannya juga di balut oleh sunhwa.

"thank you, darling."

loading...

𝗰𝗼𝗹𝗱 𝗯𝗼𝘆𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱 , 𝗵𝗲𝗲𝘀𝗲𝘂𝗻𝗴Where stories live. Discover now