ʜᴇᴇ¹⁵ ✓

174 16 5
                                    

sunoo menjerit melihat kakaknya dengan heeseung bersama. matanya terbeliak apabila ternampak yang heeseung sedang mengucup pipi kakaknya.

"HEH, MAKSIAT!" jake di sebelahnya terhinjut mendengar jeritannya. lengan lelaki itu di siku jake, menjelingnya dengan tajam.

"kakak aku buat maksiat, hyung kenapa?" balas sunoo. sunhwa dan heeseung memandang ke arah mereka berdua yang sedang bertengkar.

kemudian memandang satu sama lain kembali.

"lari nak? macam bahaya je duduk sini." kata sunhwa, heeseung tersenyum lalu mengangguk. tangannya di tarik sunhwa, perlahan-lahan mereka melangkah tidak mahu tertangkap.

comel.

"nak pergi mana? kubur ke?" mereka tersentap, sunoo menegur mereka. sebaik sahaja sunhwa dan heeseung berpaling ke arah sunoo, mereka tersengih. adiknya sedang menjeling tajam, mana tak takut.

"sunoo..."

"pergi duduk." terus dia mengarah kakak dan bakal abang iparnya. mereka hanya menurut dan duduk di sofa.

"korang kahwin je lah. menyampah tengok maksiat sana maksiat sini." heeseung menahan gelak, dia hanya boleh pandang wajah sunhwa. apabila dia memandang sunoo, ingin saja dia ketawa.

"diamlah budak single." jake membalas. sunhwa pula yang menahan gelak. jake nampak seperti cemburu dan dalam masa yang sama suka saja.

"eh, kau ke heeseung?" heeseung berpaling ke arah tuan badan. macam kenal saja suara yang menegurnya itu.

"jay? kau buat apa kat sini?" heeseung berdiri, menuju ke arah jay yang tiba-tiba sahaja muncul.

"takdelah, aku terdengar ada orang jerit maksiat tadi. aku pun serbulah nak rekod, mana tahu femess masuk tiktok."

"bodo." semua yang berada di dalam rumah tersebut menahan ketawa sebaik sahaja balasan heeseung daripada kata-katanya.

"kak, bakal suami kau ni takde hati eh?" bisik sunoo. sunhwa tersenyum, kemudian menggeleng.

sunhwa bangun dan menuju ke arah heeseung dan jay. sebelah tangannya naik memeluk pinggang heeseung dan menegur jay.

"kawan heeseung ke?" jay membalas dengan senyuman dan tunduk sedikit.

"heh, tepi-tepi. jangan nak ngorat isteri aku ni." sunhwa mendongak merenung heeseung. lelaki tu mengusap kepalanya.

"aku dah ada isteri okey, tengah duk baca wattpad kat rumah." heeseung menjeling jay yang memandangnya atas dan bawah.

"hah, sudah. esok sunoo nak hyung kahwin dengan minah ni." heeseung hanya melayankan perangai sunoo yang tidak matang dengan mengangguk.

"kau ingat perkara ni boleh main-main ke?" sunhwa menjawab. menyiku kepala adiknya.

"kahwin sajalah!"

"ish, memaksa pulak."

jake pula hanya diam melayan filem aksi di hadapannya. hampir bertumbuk jadinya, heeseung menarik lengan sunhwa menguncinya dengan pelukan yang kemas.

"baguslah dia bagi kita kahwin, tak payah berjauhan dah nanti." kata heeseung. sunhwa menepuk lengan heeseung, marah.

"okey, okey. kita kahwin harini."

the end.

🎉 You've finished reading 𝗰𝗼𝗹𝗱 𝗯𝗼𝘆𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱 , 𝗵𝗲𝗲𝘀𝗲𝘂𝗻𝗴 🎉
𝗰𝗼𝗹𝗱 𝗯𝗼𝘆𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱 , 𝗵𝗲𝗲𝘀𝗲𝘂𝗻𝗴Where stories live. Discover now