ʜᴇᴇ¹¹

131 14 0
                                    

sunhwa cepat-cepat menepis tangan heeseung yang kemas memegang tangannya. jake memberi pandangan risau, tetapi badannya tidak bergerak.

"lepaslah, encik nak cakapkan apa ni? kalau tak mahu cakap saya sambung buat kerja saya." heeseung bangun secara mengejut, membuatkan sunhwa terdiam.

lelaki tu melangkah ke arah sunhwa lebih dekat dan menarik kerusi di sebelah sunhwa. dia duduk dan menungkat tangannya serta merehatkan kepalanya sambil memandang sunhwa.

"kau makin cantik, tak puas aku pandang kau. lagi pula, kita dah lama tak berjumpa." sekali lagi heeseung di jeling sunhwa.

"aku just nak tanya, kenapa kau seperti berpura-pura tidak mengenali aku? apa kau dah tak ingat aku?" sunhwa menggigit bibir bawahnya tidak mahu menjawab.

dia rasa, dia kenal siapa lelaki ni.

"bukankah awak yang tinggalkan saya?" matanya memandang tepat pada anak matanya lelaki tu. heeseung membuat wajah pelik.

"apa maksud kau?"

"bukankah awak yang biarkan saya di sini dan ke luar negara? hanya di sebabkan hendak belajar, awak terus putuskan hubungan dengan saya. kawan jenis apa awak ni?" air matanya hampir menitis.

"aku tak faham, jadi kau fikir hubungan kita hanyalah sebagai kawan? sekejap, apa dah jadi ni sayang?"

tiba-tiba sahaja bahu heeseung di tepuk oleh jake. lelaki tu menyuruh heeseung mengikutinya ke belakang.

"aku nak bagitahu kau sesuatu sebagai kawan sunoo, dan jangan sesekali bocorkan semua ni dengan mulut kau." heeseung memandangnya dengan pandangan dingin.

"kau tak ada masa lain ke nak bagitahu, aku sibuk dengan sunhwa."

"kalau kau rasa nak tahu kenapa dia tak mengenali kau, baik kau diam." sentap, heeseung terus diam.

jake memberitahunya semua, termasuklah yang sunoo tahu dia dahulu hanya bercinta dengan kakaknya di sebabkan dare dan bukanlah di sebabkan sayang.

heeseung tanpa bersuara dia keluar daripada bilik staff dan menuju ke meja sunhwa duduk. daripada tadi gadis tu menunggunya tetapi heeseung hanya memandang sunhwa dari belakang.

kemudian heeseung terus mengubah riak wajahnya kepada wajah yang mesra dan duduk kembali di sebelahnya.

"i'm back, sorry lama. ada bincang sesuatu dengan jake sikit." sunhwa hanya melihatnya sekilas kemudian memandang ke hadapan semula.

"aku dah tahu semuanya, patutlah kau tak kenal akan aku." sunhwa masih lagi tidak memandangnya mahupun bersuara.

"mungkin ini... masa yang tak bagus tetapi, aku nak... ajak kau keluar." sunhwa terus berpaling memandangnya dengan wajah yang tertanya-tanya.

sekali lagi heeseung ketawa kecil.

loading...

𝗰𝗼𝗹𝗱 𝗯𝗼𝘆𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱 , 𝗵𝗲𝗲𝘀𝗲𝘂𝗻𝗴Where stories live. Discover now