ʜᴇᴇ⁰⁶

165 23 3
                                    

pintu kereta di buka, kemudian di tolaknya masuk ke dalam perut kereta. sunoo ketawa kecil, suka saja mengusik kakaknya.

"nasib kepala aku tak terhantuk tadi." kata sunhwa sebaik sahaja sunoo memasuki kereta. tali pinggang keledar di tarik dan di cucuk.

"baguslah, kenapa nak marah." jawab adiknya. matanya mengerling si sunoo.

"apa yang kau nak bagitahu tu?" sunoo terus menggeleng. dia rasa dia tak patut bagitahu tentangnya sekarang. baru sahaja lelaki tu naik pesawat, takkanlah nak buka cerita lain pula.

"tak jadilah, lain kali aku cerita."

"kau saja je kan? nak bagi harapan? sepak kang." sunoo ketawa.

"kau sepaklah kalau nak kemalangan." nasibnya malang, baru sahaja dia sebut tentang kemalangan. kereta mereka berdua terbabas dengan kereta putih yang sangat laju.

kereta tadi melanggar kereta yang di bawa sunoo dan sunhwa tercampak dari tempat duduk depan ke luar dengan menghempaskan diri ke cermin.

h-heeseung..." sunhwa separuh sedar, dia berada dalam keadaan baring.

hanya dia yang cedera berat akibat tidak sempat memakai tali pinggang keledar. matanya sayup memandang sunoo yang masih berada di tempat duduk pemandu.

"sunoo—" matanya kemudian tertutup. orang ramai melingkungi tempat kejadian. ada yang sibuk menelefon ambulans.

darah mengalir di atas jalan dengan banyak, sunoo membuka matanya apabila dapat mengawal diri daripada pening.

"kakak, sunoo datang ni." terhuyung-hayang lelaki itu keluar daripada kereta. kakinya tidak dapat berjalan dengan betul, kepalanya semakin pening.

sunoo tiba-tiba rebah sebaik sahaja sampai di lokasi kakaknya. dia terduduk di sisi sunhwa, kepalanya di angkat dan terlihat pesawat yang di naiki heeseung sudah berlepas.

"aku harap kau nampak kami di bawah ni dan rasa bersalah menyelubungi kau." kata sunoo sebelum kembali memandang sunhwa yang berada di ribanya.

kepala sunhwa di usap lembut dan rambut yang menghalang wajah cantik sunhwa di selit ke belakang telinga. dia kesian kepada kakaknya kerana perlu lalui kesedihan hidup ini, walaupun dia tak sedar.

"aku harap kau lupakan lelaki tu, kak." sudah setahun setengah heeseung dan sunhwa bersama, sudah tentulah sunoo terseksa melihat kakaknya di tipu oleh teman lelakinya sendiri.

"aku harap kau sedar yang dia jadi teman lelaki kau bukanlah sebab dia sayang kau."

ayat yang ingin sunoo katakan kepada sunhwa tetapi hanya di diaminya selama setahun setengah.

loading...

𝗰𝗼𝗹𝗱 𝗯𝗼𝘆𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱 , 𝗵𝗲𝗲𝘀𝗲𝘂𝗻𝗴Where stories live. Discover now