ʜᴇᴇ¹³

131 15 0
                                    

sunhwa membuka pintu rumah lamanya. setelah pintu di tutup selepas memasuki rumah tersebut, lengannya terus di tarik kuat.

"encik—"

"heeseung, panggil aku heeseung ataupun hee yang selalu kau sebut dulu." badannya di peluk erat oleh heeseung yang memotong kata-katanya.

"encik heeseung, macam mana awak boleh ada dalam rumah saya ni?"

"heeseung, jangan lupa nama tu." sunhwa berusaha untuk melepaskan diri, tetapi lelaki itu tersangatlah kuat.

"ish, lepaskan sayalah!" semakin dia memberontak, semakin kuat dirinya di peluk.

"baiklah, saya panggil awak heeseung. haih, lepaskan saya." heeseung tersenyum sinis kemudian melonggarkan pelukan. kepala sunhwa di usap lembut membuatkan gadis itu terdiam.

"aku rindu kau, sunhwa." gadis tu membiarkan lelaki itu, dia terus ke dapur untuk membuat air. memandangkan daripada tadi tidak minum air dan tekaknya haus.

"ada benda saya nak tanya awak, lee heeseung." sunhwa bersuara. mata heeseung tumpu kepada mata sunhwa, dia berasa pelik.

"t-tanyalah."

"kenapa awak kacau saya? dan kenapa awak selalu suka bagitahu yang awak rindukan saya? kita hanya kawan biasakan?" heeseung mendekati sunhwa, gadis tu melangkah ke belakang.

"kau... betul-betul tak ingat? ataupun berpura-pura?" tanya heeseung, sunhwa menelan air liur kelat. dia terlanggar meja makan akibat ralit mengundur, heeseung tersenyum sinis.

heeseung mengangkat sunhwa supaya duduk di atas meja tersebut, dia mengunci sunhwa dengan menongkatkan tangannya di sisi gadis itu.

"s-saya tak ingat."

"sudahlah berpura-pura, sayang. aku tahu kau bukannya betul-betul hilang ingatan. kau tak pandai berlakon sayang." sebelah tangannya menyentuh rambut sunhwa dan menolaknya ke belakang telinga.

sebelah tangannya lagi mendarat di pinggang sunhwa, itu membuatkan sunhwa terhinjut dan memandang tepat pada mata heeseung.

"aku tak pernah bagitahu nama penuh aku, lee heeseung." sunhwa mengalah, memang betul dia hilang ingatan tetapi ingatannya kembali beberapa hari yang lalu.

dia tak mahu membongkarkannya terlalu awal, jadi dia teruskan berpura-pura.

sunhwa sekali lagi memandang mata heeseung, tangannya naik memukul bahu heeseung. air matanya keluar seperti air terjun, kepalanya mendarat pada dada heeseung.

"k-kenapa awak sanggup buat saya macam ni? awak tahu yang saya ikhlas cintakan awak, tapi apa yang awak balas hanya dengan hati kosong awak?"

"sunhwa, kau masih lagi fikirkan tentang itu? ya, semua tu betul sayang tetapi itu dulu dan bukan sekarang." tangannya menepuk belakang sunhwa.

"sekarang aku juga dah ikhlas cintakan dan sayangkan kau, kau buat aku jatuh cinta selepas kau layan aku bukan macam wanita lain."

heeseung menunduk mencari anak mata sunhwa, air mata di kesat kemudian mengucup bibir sunhwa supaya gadis itu menenangkan dirinya.

loading...

𝗰𝗼𝗹𝗱 𝗯𝗼𝘆𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱 , 𝗵𝗲𝗲𝘀𝗲𝘂𝗻𝗴Where stories live. Discover now