ʜᴇᴇ⁰⁸

150 18 3
                                    

sunhwa segera memukul tangan yang memeluknya erat itu, pukulan tadi tidak berjaya untuk membuat dirinya bebas.

mahu sahaja dia menjerit, tetapi mulutnya terus di tekup dengan tangan lelaki tu. apabila berpeluang,
dia menarik tangan lelaki itu dan menggigitnya kuat.

"lepaskan saya! apa encik buat ni?!" jeritnya sebaik sahaja dapat bersuara.

"i just miss you so much, love. don't you remember me?" satu bisikan hinggap di telinganya. dia merengus, masih lagi ingin melepaskan pelukan erat tersebut.

"saya tak kenal awaklah, lepaskan saya encik!" memandangkan ada seseorang lalu di kawasan itu, lelaki tu melepaskan pelukan.

"encik salah orang, saya langsung tak kenal encik." sambung sunhwa tanpa memandang ke arah lelaki tu. dia takut untuk mengangkat wajahnya.

"pandang aku." dagunya di sentuh lelaki tu, jarinya menaikkan wajah sunhwa memandangnya. senyuman lelaki tu membuatkan sunhwa terdiam.

"hm? sunhwa sayang?" sekali lagi sunhwa terdiam tidak berkata. lelaki tu menunduk mencari perhatian sunhwa.

"kau okey?" mata sunhwa tiba-tiba sahaja berair. dia juga pelik kenapa matanya bertindak sebegini.

"m-macam mana encik tahu nama saya?" dalam keadaan bingung, sunhwa bertanya. dia sekarang berasa tidak selesa apabila namanya di kenali orang yang baru sahaja memeluknya.

"kau... tak ingat aku?"

"maafkan saya encik, tapi saya sudah lewat untuk pergi kerja. saya pasti yang encik salah orang, saya tak pernah bercinta sebelum ni." senyuman sekilas sunhwa membuat heeseung juga terdiam.

"tak mungkin yang kau lupakan aku, maafkan aku kerana langsung tak mesej ataupun telefon." rayu heeseung, dia mula rasa yang keadaan ini serius.

baru sahaja berpisah beberapa bulan, takkanlah teman wanitanya tidak mengenalinya. rasa cemas kembali menyelubungi perasaan lelaki tu.

selepas mereka berpisah, rasa cemas tersebut sudah tidak lagi datang menyeksanya. kesan gigitan pada lengannya juga sudah pudar.

"encik, encik tak apa-apa?" sunhwa risau, heeseung tercungap-cungap mencari nafas.

"j-jangan tinggalkan aku." jawabnya sambil mengurut dadanya yang sakit. sunhwa pelik, kenapa dia seperti pernah lalui situasi ini sebelum ni.

tangannya di tarik lelaki itu. sunhwa mengelak, dia mengundur perlahan-lahan.

"sunhwa?" gadis itu terus menoleh ke belakang. tepat di belakangnya terdapat susuk tubuh seorang lelaki.

"jake?" lelaki tu tersenyum, kemudian matanya mengalih ke arah heeseung yang sedang tercungap-cungap. jake tidak membuat muka terkejut.

"encik? encik okey?" jake bertanya.

"saya rasa, dia di serang paniklah jake. boleh awak bantu saya?" segera jake mengangguk. sudah tentu dia boleh, jake suka menolong orang dan baik hati.

loading...

𝗰𝗼𝗹𝗱 𝗯𝗼𝘆𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱 , 𝗵𝗲𝗲𝘀𝗲𝘂𝗻𝗴Where stories live. Discover now