Zhi Kai | 01

9.2K 580 31
                                    

Nura Adelia membaringkan tubuhnya diatas tilam katil. Lega dia rasa apabila dapat merehatkan diri diatas katil empuk setelah menempuh 13 jam perjalanan dari kota London pulang ke tanah air. Dapatlah dia menbongkang sekejap sebelum masuk waktu solat zohor.

Badan dia pun dah mula rasa sengal-sengal dah ni, sejak semalam lagi dia tak dapat rehat. Habis sahaja sisi bergambar sempena tamat konvo, dia terus terbang ke Malaysia. Rindu tanah air sendirilah katakan, terakhir kali dia pulang ke Malaysia 5 tahun lepas, sewaktu menyambut hari raya. Dia tak habis melantak lagi nak makan satay. Sekarang, bolehlah dia food hunter dekat area Kuala Lumpur ini.

Baru sahaja Nura mahu melelapkan mata, jeritan Mama sudah memecah tajam menusuk gegendang telinga.

"Nura! Turun bawah! Mama nak ada bincang sedikit dengan kamu!" Hah, dari bunyi jeritan yang kuat, sah mamanya menjerit dari hujung tangga. Kacau betul! Baru nak mimpi pangerang putera raja Pahang.

Dalam malas-malas, dia tetap menjejakkan kaki menuruni katil. Sebaik sahaja berada dihujung anak tangga, wajah papa, mama dan abang- abangnya, sudah berkumpul diruang tamu. Semua mata mengarah kearahnya. Macam dia ada buat silap pula.

"Sini Nura, papa dengan mama nak minta kamu sesuatu." Ujar Datin Nuliha bersama senyuman mekar dibibir. Tempat duduk disebelahnya ditepuk lembut, mempelawa satu-satunya anak perempuannya duduk disitu.

Nura mengangguk. Tanpa bicara, dia mengambil tempat duduk disebelah mamanya.

Datin Nuliha merenung anak gadisnya, tak sangka dia. Cepat masa berlalu, rasanya baru semalam dia lahirkan puteri tunggal ini. Alih-alih sudah dirisik orang.

Tangannya naik mengenggam kedua belah tangan Nura. Sekiranya Nura terima, ini bakal jadi berita gembira untuk keluarga mereka.

"Mama tahu perkara ni terlalu cepat tapi mama harap sangat Nura terima dengan hati terbuka." Nura sudah tersenyum senget. Rasanya dia dah agak apa yang bakal dikatakan oleh mamanya sebentar lagi.

"Apa tu mama? Kalau Nura rasa Nura boleh terima, Nura akan cuba terima." Tangan kecilnya mengusap tangan Datin Nuliha.

Jantungnya pula tak usah ditanya! Sedari tadi lagi berdegup kencang. Macam baru lepas kena kejar anjing. Dia gugup! Bagaimana kalau apa yang bakal dikatakan nanti adalah perkara yang bermain dimindanya sekarang? Oh tuhan! Dia tak sanggup. Dia masih muda lagi.

"Anak lelaki Tan Sri Hisham, kawan papa nak masuk merisik Nura. Kami semua setuju. Lagipun diakan kawan Nura masa kecil, jadi mama rasa baik Nura terima sahaja risikan dia. Dia pun datang dari keluarga yang baik." Lembut sahaja Datin Nuliha memujuk Nura.

Mata Nura sedikit terbeliak. Dia dah agak! Sejak tahun akhir lepas lagi, banyak lelaki yang ingin merisiknya. Lagi-lagi lelaki itu, masuk kali ini, sudah tiga kali anak Tan Sri Hisham tu merisik dia. Rimas tau tak. Bencikkk!

Heh! Mamat tu mama dia kata baik? Mamat yang jadi ketua gangster dekat sekolah baik? Mamat yang pernah buang buku latihan dia semata-mata nak tengok dia kena marah dengan Sir dia kata baik? Banyak cikadak dia. Memang taklah dia nak terima risikan mamat tak cukup akal tu! Silap haribulan bila dia kahwin dengan mamat tu berjangkit pula tak cukup akal dekat anak-anak dia. Rosak keturunan.

Nura menarik nafas dalam. Otak kecilnya diperah hebat, cuba mencari jawapan agar hati mamanya yang berharap itu tidak hancur berkecai.

"Mama...Nura bukan tak nak terima. Nura masih muda. Baru je habis belajar. At least bagi Nura kenal dunia dulu. Sampai masa Nura sendiri yang akan bawa lelaki untuk berkenalan dengan papa dan mama. Buat masa sekarang, Nura tak sanggup lagi. Nura nak enjoy kehidupan Nura. Please mama, Nura tak nak." Dia merenung anak mata datin Nuliha dengan penuh harapan agar mamanya faham akan kehendak dia.

Lee Zhi Kai | CSWhere stories live. Discover now