Zhi Kai | 12

4.9K 336 24
                                    

Bunyi siren polis kuat kedengaran melalui lorong-lorong kecil dikawasan kedai. Haikal laju berlari mencari tempat bersembunyi. Bodoh! Dalam sekelip mata dia jadi buruan polis atas tuduhan cubaan membunuh Nura dan Zhi Kai.

Bukan dia yang melakukan cubaan membunuh itu! Pasti Kai yang meletakkan tuduhan padanya. Jantan cina tu memang tak nak tengok dia senang.

Dato Izhar juga sudah tidak percayakan dia lagi. Bukan itu sahaja, malah Dato Izhar setuju dengan Kai untuk membawa Nura jauh dari Malaysia agar selamat daripadanya. Ini semua idea lelaki itu! Dia diperangkap dan dijadikan kambing hitam oleh Kai! Tak guna!

••••

Kai melihat Nura yang sedang menunaikan solat subuh. Matanya merakam satu persatu gerakkan badan Nura. Tanpa sedar, dia menarik satu senyuman lembut. Entah mengapa, dia berasa tenang melihat Nura yang sedang berdiri dalam persalinan telekung. Selesai sahaja Nura menunaikan solat, Kai bergerak duduk bersila disebelah Nura yang baru sahaja selesai solat. Tanpa basa-basi, Kai melontar soalan.

"Aku nampak bibir kau bergerak-gerak masa solat. Apa yang kau baca?" Soal Kai ingin tahu. Nura memandang Kai dari hujung mata. Pelik. Tiba-tiba je nak ambil tahu.

"Kenapa nak tahu? Nak belajar ke?" Guraunya. Nura tersenyum sambil mengangkat kening. Mana tahu hidayah dah sampai sebab tengok dia solat.

"Tak. Aku curios. Bukan salah pun kalau kau bagitahu aku." Balas Kai bersahaja sambil menunduk. Jari telunjuk menguis kain sejadah. Rasa seronok pula tengok warna kain sejadah itu bertukar gelap setiap kali dia menguis kebawah. Pandangannya kembali jatuh pada wajah Nura disebelah setelah mendengar wanita itu berdehem bagi menarik perhatianya.

"Baca surah lah, contohnya al-fatihah, doa iftitah, tahiyat awal, tahiyat akhir." Terang Nura sambil jarinya turut membilang bilangan surah yang dia sebutkan.

"Lepastu, masa kau tadah tangan tu kau buat apa?" Soal Kai lagi dengan dahi sedikit berkerut. Dia bukan sengaja mahu bertanya banyak tentang agama Nura, cuma dia tertanya-tanya. Sebelum ini, dia juga pernah lihat seorang wanita cantik menadah tangan sebaik sahaja selesai solat tapi tidaklah dia mahu bertanya kerana waktu itu dia masih kecil. Dia lebih tertarik untuk bermain mainan berbanding mengambil tahu tentang agama.

"Berdoa. Meminta pada allah. Kalau kita berdoa, barulah kita dapat apa yang kita nak." Jawab Nura sambil tersenyum lebar. Doa itu senjata orang islam.

"Pasti dapat ke?" Dahi Kai semakin berkerut, ragu. Baginya agak susah untuk dia percaya. Dia bahkan seorang atheist; orang yang tidak percaya keberadaan tuhan. Inikan pula mahu percaya berkaitan hal-hal begini. Tidak mungkinlah dengan hanya menadah tangan, apa-apa yang kita mahukan akan dimakbulkan. Tapi apa salahnya jikalau dia kembali meletakkan sedikit kepercayaan? Demi Nura.

"Insyaallah akan dapat."

"Betul eh? Kalau macamtu aku nak doa jadi suami kau boleh?" Soal Kai dengan senyuman nakal. Pipi Nura membahang. Ingat lawak ke minta izin untuk doa macam tu!

"Boleh tak babyyyyyyy?" Meleret Kai menyoal sambil merapatkan wajah mereka.

Nura menolak wajah Kai agar menjauh darinya. Jantungnya sudah berdegup laju! Dengan senyumannya. Lepastu panggil pula dia dengan panggilan manja. Ya Allah! Cair betul hati dia tengok Kai. Kalah orang marathon. Silap haribulan, ada yang mati terkena panahan cinta.

"Boleh tak ni hmm?" Usik Kai lagi. Puas betul hati dia melihat pipi Nura yang semakin merona merah. Tanpa amaran, Nura menampar kuat dada Kai. Lelaki itu mendesis kesakitan. Lantas tangan kekar naik menggosok bekas tamparan Nura didadannya. Perit!

Nura tersenyum puas dengan eksperasi cemberut Kai. Itulah, usik dia lagi. Kan dah mendapat. Tangan dia ini walaupun kecil tapi laju dan berbisa tahu!

Melihat Kai yang masih mengerang sambil memegang dada membuatkan Nura tidak sedap hati. Senyuman puas diwajah meluntur apabila melihat darah mengalir keluar dari mulut Kai.

Lee Zhi Kai | CSWhere stories live. Discover now