Zhi Kai | 11

6.1K 401 26
                                    

Mata Nura membulat besar apabila sedar dengan kehadiran Zhou. Kai melepaskan tautan bibir mereka. Dahinya berkerut marah. Tangan Nura ditarik untuk duduk. Kai bangun berdiri menghalangi tubuh Nura. Ahh, gadis itu pasti malu besar dan bakal menbencinya lagi.

"Fuck off. Kau tak reti nak ketuk pintu dulu sebelum masuk? Nak aku ajar satu persatu macam budak tadika?" Sembur Kai pada Zhou.

Zhou tarik senyum sinis. Wajah Kai memerah, benar-benar menunjukkan dia sedang marah. Marah kerana gadis itu.

"Are you saying she's just a toy? Why do you have to be mad, Kai? Why are you protecting her?" Datar suara Zhou menyoal. Kepala disengetkan ketepi, seolah-olah sedang mengintai Nura yang berada dibelakang Kai.

Kai mengetap rahang. Dia tersepit dari dua arah. Dia mahu menipu Zhou, dalam masa yang sama dia juga mahu menjaga hati Nura. Jika Zhou memberitahu semua kata-kata pada Nura. Hubungan dia dengan gadis itu pasti akan hancur.

"Ouh, ya ya. I'm wrong. Hahahaha. She just a toy. That means she's just your slut, right? Your....lovely slut." Ujar Zhou sinis. Kalau benar Kai ada hubungan istimewa dengan Nura, ayatnya tadi sudah cukup untuk runtuhkan hubungan mereka.

"Ini ubat kau. Nurse bagi. Take care of yourself, Kai. Bulan depan kau akan berkahwin. Kurang-kurangkan lah, bermain dengan perempuan simpanan kau tu." Bekas ubat diletakkan diatas meja. Kai mengenggam penumbuknya. Tubuh badan Zhou yang menghilang disebalik pintu dipandang tajam. Zhou! Sengaja ingin mencabarnya.

Dia berbalik tubuh. Wajah Nura yang sedang menunduk itu dilihat dengan sedikit rasa serba salah. Dia melabuhkan punggung disebelah Nura. Tangan gadis itu dicapai.

"Nura...aku—" Nura menepis kasar tangan Kai, membuatkan lelaki itu menjarakkan kedudukan mereka. Wajah dipalingkan dari Kai. Dia tidak mahu Kai melihat wajahnya yang sedang menangis. Hatinya bagai ditusuk seribu pisau.

Bodohnya dia hampir tenggelam dalam perasaan. Kai hanya mengangapnya mainan pakai buang. Dan itu, muktamad. Kenapa hatinya terasa sakit? Seperti dia dikhianati.

Sejak awal lagi, Kai hanya mengangapnya tempat pelempiasan nafsu.

Nura bangun dari duduknya. Kaki melangkah laju mahu keluar dari bilik itu.

"Nura kau nak pergi mana?" Tangan Nura ditarik dari belakang. Entah bila masa lelaki itu mendekati diri dia. Dia pun tidak perasan.

Nura tidak menjawab. Dia menarik tangannya agar terlepas dari genggaman Kai. Kepalanya sedikit pun tidak berpaling menghadap Kai. Air mata yang jatuh berjujuran dikesat lengan baju.

Dia tidak mahu Kai melihatnya dalam keadaan begini. Nampak lemah, senang ditindih. Lagilah lelaki itu suka mempermainkan dia.

Kai menarik pergelangan tangan Nura sebelah lagi supaya tubuh wanita itu menghadapnya. Wajah Nura masih menghadap ketepi. Kai mendengus halus, kesal. Dah tak sudi pandang muka dia dah ke?

Tangan kekar Kai naik memeluk pinggang Nura. Ditarik pinggang wanita itu merapat ke tubuhnya. Kai mengusap pipi Nura sebelum ditolak secara paksa untuk melihat kearah wajahnya.

Kai tersentak. Matanya sedikit membesar melihat air mata Nura yang jatuh berguguran. Perasaan serba salah mula mengetuk pintu hatinya.

"Puas? Puas seksa saya? Suka tengok saya yang macam ni? Lemah tak berdaya. Seronok pijak maruah saya?" Soal Nura bersama air matanya. Dia menatap mata Kai dalam. Dia mahu jawapan yang jujur dari lelaki itu. Betulkah, dia ini hanya mainan bagi Kai?

Jeda.

Halkumnya naik bergerak turun. Air mata Nura dikesat menggunakan ibu jari. Dia menutup rapat matanya sebelum melagakan dahi bersihnya dengan dahi Nura.

Lee Zhi Kai | CSWhere stories live. Discover now