Zhi Kai | 02

6.7K 506 57
                                    

"Baju apa kau pakai ni Nura?" Soal Fina tidak percaya sambil melihat Nura atas bawah. Nura berpakaian seluar slack hitam, blaus kuning labuh paras atas lutut dan bertudung shawl hitam. Tak kena langsung. Dia ingat nak pergi mall ke? Mana ada orang pakai baju blaus muslimah dengan shawl pergi kelab malam. Sia-sia sahaja menuntut ilmu selama 7 tahun di negara orang, perkara remeh macam ni pun tak boleh fikir.

Nura mengerutkan dahi. Dia melihat semula pakaiannya. Apa? Okey apa dia pakai macam ni, mengikuti trend hijabis Malaysia yang terkini kot. Yang paling penting menutup aurat.

"Apa? Okeylah ni. Cantik apa. Nampak ayu je." Ujar Nura penuh yakin, cermin di tempat duduk penumpang dibuka. Dia membelek-belek pakaiannya. Cantik. Macam wanita melayu terakhir walaupun bukan berbaju kurung. Lagipun malam ni, buat apa dia nak melawa sangat. Bukan ada orang tengok pun. Malamkan gelap. Simple-simple sudah.

Fina mengaru kepala yang tidak gatal. Macam mana ye nak terangkan pada orang yang over confident macam ni?

"Kau sedar tak kita nak pergi kelab malam? Mana ada orang pakai shawl dengan baju labuh pergi kelab malam. Kalau ada sekalipun, kaulah orang tu." Bebel Fina. Haih. Dah macam mak-mak marah anak. Stress tau ada kawan yang sengaja malas nak pakai otak.

Nura lantas menoleh kearah Fina. Ingat dia sorang je ke boleh membebel? Dia pun boleh lah.

"Babe, kau rasa aku pernah jejak kelab malam ke macam kau? Aku mana tahu nak pakai apa jadi aku pakai jelah apa yang ada. Lagipun kalau tak pakai shawl, aku nak pakai apa? Tak kan nak biar aurat aku terdedah semata-mata mamat tak guna tu." Dengus Nura geram apabila memikirkan Haikal. Kalau bukan sebab mamat tak guna tu, dia tak perlu susah-susah masuk tempat haram macam tu. Dia ni budak baik tau!

Fina mengerling sekilas Nura sebelum menggeleng kepala. Malas dia mahu bertekak dengan Nura. Bukan boleh menang pun. Buat kering air liur je.

Beg kertas serdahana besar yang tersangkut elok dibelakang kerusi pemandu dicapai lalu diberikan kepada Nura. Nasib baiklah dia memang ada bekalkan baju hoodie didalam keretanya sebagai pakaian basahan jika sesuatu terjadi pada pakaianya. Bolehlah dia bagi si Nura ni pakai.

"Pakai hoodie hitam ni. Tak delah menjolok mata sangat macam baju kuning kau. Nak pergi menyusup pakai baju kuning, apa punya pemikiranlah kau ni. Hairan aku tau. Macam manalah aku boleh berkawan dengan kau."

Mulut Nura memuncung."Eleh, dia yang approach nak jadi kawan kita dulu." Gumamnya sendiri. Terasa hati tau! Tetapi terdengar hawa-hawa ditelinga Fina.

"Apa kau cakap?" Fina sudah membulatkan mata, garang. Walaupun dia tak dengar mana tadi tapi dia tahu mulut muncung Nura sedang mengata dia.

"Aku cakap terima kasih Fina ku sayang." Cepat Nura membalas dengan senyuman melebar. Fina ni bukan boleh bawa main sangat. Kalau dia marah, marah betul. Boleh tercetus perang dunia ketiga nanti.

"Sama-sama babe." Balas Fina dengan senyuman sebelum kembali mengalihkan pandangan kehadapan. Tengok, ni fun fact pasal fina, senang bertukar mood dari marah ke happy.

"Cermin kereta ni tinted gelap tak? Aku nak tukar baju ni." Soal Nura tanpa memandang kearah Fina. Isi beg kertas itu dibawa keluar, sedia untuk menukar bajunya.

"Of course gelap. Cepat sikit. Kita dah lambat ni." Nura disebelah dikerling sekilas sebelum anak matanya jatuh pada jam tangan. Selesai sahaja menukar baju, mereka berdua terus bergerak menuju ke kelab malam.

•••••••••••

Anak mata Nura ralit memandang setiap ruang kelab malam itu. Gelap tetapi diterangi dengan lampu disco. Lagu dj pula kuat berdentum memenuhi setiap ruangan. Boleh dia rasa lantai itu bergetar mengikut beat lagu. Seram. Tak cerita lagi pasal pakaian dan aktiviti haram manusia di dalam kelab itu, semuanya terasa bagaikan culture shock baginya.

Lee Zhi Kai | CSWhere stories live. Discover now