Zhi Kai | 05

6.9K 471 76
                                    

Nura mengetuk pintu pejabat berwarna hitam itu sebelum masuk. Sempat dia melirik kearah plat pintu berwarna gold dengan ukiran nama seseorang. 'Aron D' Amelios, Chief Executive Officer.'

Sebaik sahaja pintu dibuka, Nura menapak masuk ke dalam. Pandangan matanya tepat jatuh kepada seorang lelaki kemas berpakaian hitam sedang duduk di meja pejabat. Anak mata lelaki itu tepat merenung kearahnya.

Nura menunduk memberi salam. Anak mata mereka bertembung. Fail yang dibawa dipegang kemas. Entah mengapa, dia merasakan kehadiran aura gelap lelaki itu menyelubungi dirinya. Dan itu, membuatkan dadanya sedikit terasa sesak. Auranya terasa familiar. Sama seperti aura seseorang yang dia kenal.

"Have a sit miss." Pelawa lelaki itu. Tanpa banyak bicara, Nura mengambil tempat duduk berhadapan dengan lelaki itu. Fail yang dibawa diletakkan diatas meja lalu ditolak rapat kearah lelaki itu.

"Ini fail resume saya. Tuan boleh baca dulu." Lelaki itu hanya memandang kosong fail tersebut sebelum mengukir senyuman tipis.

"No need. I have hired you as my employee. Welcome to Damelios Hotel, Nura Adelia. I'm Aron D'Amelios, president of the D'Amelios group. As you know, awak bakal bekerja sebagai personal assistant saya, tetapi baru-baru ini syarikat saya di itali  mengalami beberapa masalah. Jadi, saya mengambil seseorang untuk mengantikan posisi saya sebagai ceo Damelios Hotel. You will serve him for a while. Before that, please sign this contract first." Aron mengambil sebuah fail berwarna hitam di dalam laci lalu menghulurkan fail itu pada Nura. Lantas, Nura menyambut fail tersebut.

Fail itu dibuka, isi kontrak dibaca dengan penuh fokus. Dahi licin milik Nura berkerut hebat apabila membaca isi syarat yang pertama. Gaji dibayar RM 10,000 sebulan. Biar betul? Ke salah taip? Mana ada orang hired personal assistant dengan bayaran semahal RM 10,000 sebulan! Ini bagai bulan jatuh ke riba! Ahakkss baik dia diam-diamkan saja. Makan besarlah dia lepas ni. Dia meneruskan membaca syarat-syarat yang lain.

"Are you done?" Serentak, Nura terus melarikan anak mata kearah lelaki yang bergelar Aron. Dia menggeleng. Dia masih belum siap membaca. Dia bukan pembaca yang lambat, cuma dia berhati-hati. Dia tak mahu terlepas pandang. Zaman sekarang, banyak kes penipuan kontrak. Dia tidak mahu menjadi salah satu mangsa penipuan.

"If you have any questions, you can ask the people behind you, Nura. I have work to do." Ujar Aron sebelum bangun dari tempat duduknya.

Setelah itu, Nura berpaling ke belakang untuk melihat orang yang dikatakan oleh Aron. Tidak sempat dia memusing seluruh kepalanya, anak matanya sudah bertembung dengan anak mata Kai yang berada tepat di sisi wajahnya. Wajah mereka rapat sehingga dapat merasa hembusan nafas satu sama lain.

Nura sedikit tersentak, terkejut. Dari mana mamat ni masuk? Dia tak perasan pun! Tiba-tiba saja muncul tepi dia.

"Do you want to ask me anything, baby?" Soal Kai bersama senyuman tipis. Wajah Nura dipandang penuh minat, anak mata wanita itu jelas terlihat terkejut dengan kehadirannya. Reaksi Nura benar-benar mencuit hatinya. Ini yang dia makin geram ni. Nak saja dia baham Nura sekarang ini. Alang-alang dia sudah dahaga kasih sayang wanita itu, jadi apa salahnya.

Kai menegakkan batang tubuhnya. Dia mengerakkan kepalanya kearah pintu, memberi isyarat untuk lelaki itu keluar dari biliknya.

Aron yang faham dengan isyarat Kai lantas mengalihkan perhatianya pada Nura.

"Kai, he is the person who will replace my position for a while. If you have anything just tell him. He will help you, Nura." Sempat Aron menitipkan pesan sebelum bergerak keluar dari bilik itu.

Nura pula hanya mengangguk faham dan terus menunduk. Dia tak mahu mengangkat kepala dia. Dia tak mahu bertentang mata dengan Kai. Dia masih lagi rasa sedikit trauma atas kejadian semalam. Lebih-lebih lagi hanya dia dan Kai saja berada di dalam bilik ini. Macam-macam perkara yang boleh terjadi.

Lee Zhi Kai | CSWhere stories live. Discover now