Zhi Kai | 04

7.8K 525 135
                                    

Nura memandang bosan sosok tubuh Haikal bersama Dato Izhar yang mesra berbual sambil menuju ke pintu utama. Mata menjengil keatas. Muak dia tengok lakonan Haikal sedari tadi. Bercakap bukan main lagi macam lelaki melayu terakhir. Lembut je, soft spoken. Tak menjerit-jerit macam dekat dalam kelab haritu. Semua ini poyo. Dusta belaka.

Sampai sahaja dihadapan muka pintu, langkah kaki mereka terhenti. Dato Izhar menarik dedaun pintu untuk dibuka luas.

"Kalau ada apa-apa, Haikal call je uncle. Lagisatu, Haikal selalu-selalu lah datang sini. Ambil hati orang tu." Nura disebelah dikerling sekilas sebelum tersenyum tipis pada Haikal. Nura mengenggam penumbuknya. Geram juga dia dengan perangai kuat mengusik bapanya ini. Lesing kang baru tahu. Humphh! Tangannya naik memeluk tubuh. Pandangan pula diarah kearah bertentangan. Bencik!

Haikal mengangguk sambil tersenyum manis. Anak matanya melirik kearah Nura

"Uncle, saya nak cakap berdua dengan Nura boleh?" Nura menggeleng kepala perlahan pada bapanya. Memberi isyarat supaya tidak membenarkan Haikal berduaan dengannya. Tolonglah jangan. Kalau boleh halau jelah jantan ni balik terus, dah alang-alang dekat depan pintu ni. Apa salahnya tutup je dan biarkan dia balik. Dah lewat ni, tak elok anak teruna balik lewat malam. Eh, teruna lagi ke?

"Boleh, apa salahnya? Tapi jangan lama sangat. Dah malam ni. Tak elok kalau anak uncle bersembang dengan lelaki walaupun dekat rumah uncle sendiri." Balas Dato Izhar, bahu tegap Haikal ditepuk sebelum berlalu dari situ. Sempat dia melihat reaksi Nura yang sedang menjengilkan mata kepadanya sebelum kembali menoleh kearah bertentangan dengan Haikal.

Sebaik sahaja kelibat Dato Izhar menghilangkan disebalik ruangan lain, Haikal berdehem menghilangkan rasa janggal diantara mereka.

"Kenapa kau tak pandang aku? Ke takut tergoda dengan wajah aku yang makin hensem ni?" Soal Haikal dengan satu senyuman nakal.

Nura membalas dengan gelakkan halus. Sinis. Makin hensem? Dia tengok muka Haikal ni macam tak de beza pun dengan blobfish. Ha, korang jangan seacrh pula blobfish tu macam mana. Kang mimpi ngeri tak memasal pula.

"Kenapa you gelak Nura? You nampak I ada buat lawak ke?" Kerutan dahi Haikal makin jelas terlihat.

Nura memandang kearah Haikal. Dia menapak selangkah mendekati Haikal.

"Terus terang, Haikal. Awak nak apa dengan saya sebenarnya ni?" Wajah serius dipasang. Dia dah tak larat mahu bertekak dengan sesiapa. Malam ini, banyak betul kejadian yang berlaku. Dia lelah. Dia mahu rehat. Telinga ni pun macam dah dengar tilam katil memanggilnya untuk beradu.

Haikal membalas pandangan Nura. Kedua belah tangan dimasukkan kedalam poket.

"Aku nak kau terima risikan aku." Datar Haikal berkata.

"Why me Haikal? Apa yang awak nak sebenarnya? Tak cukup ke perempuan dekat club puaskan nafsu kuda awak tu?" Pandangan mata Nura bertukar tajam.

Haikal tergelak sinis. Jadi, Nura dah tahulah yang dia selalu puaskan nafsu dekat kelab malam? Dan orang yang mahu mengambil gambarnya secara diam-diam pada minggu lepas pastinya Nura Adelia. Kata-kata wanita itu menyakinkan lagi tuduhannya.

Buktinya, pada malam itu. Entah macam mana semua rakaman CCTV hilang. Lenyap begitu sahaja. Satu-satunya bukti yang tinggal hanyalah pengecaman wajah dari saksi pengawal yang menjaga pintu masuk kedalam ruangan VVIP.

Katanya pengawal itu, wanita yang menganggu acaranya bertubuh kecil dan pendek. Mempunyai mata yang bulat dan tajam. Siapa lagi kalau bukan gadis kecil dihadapannya ini? Pendek dan sentiasa memandangnya dengan pandangan yang tajam.

"No reason. Aku cuma nak kau jadi perempuan milik aku. Kau cantik. Pandai. Sesuai untuk dijadikan isteri. Why not? Kau pilihan yang tepat."

Lee Zhi Kai | CSWhere stories live. Discover now