Zhi Kai | 09

6.8K 455 75
                                    

Nura mengeluh. Tubuhnya disandarkan pada pintu besar itu. Perlahan-lahan dia melorotkan tubuh lalu duduk sambil memeluk kedua belah kaki diatas lantai. Macam tu je dia kena halau! Dahlah dia berniat baik nak tolong. Geram sungguh! Nak je dia sagat luka Kai pakai berus besi cuci kuali lepasni. Biar dia rasakan.

Keadaan sekeliling rumah itu dilihat, kawasan rumah ini sangat luas. Jika dibandingkan dengan rumahnya, rumah ini empat kali lipat lebih besar dari rumahnya. Dia juga dapat lihat satu tasik besar yang berada dihadapan rumah ini. Bukan kaleng-kaleng ada tasik dalam kawasan rumah. Ditengah tasik itu, ada satu pondok kecil yang dibina. Pondok itu cantik, terlihat seperti pondok yang dia selalu tengok dalam drama China. Tidak pernah dia sangka rumah sebegini mewah berada di Malaysia.

Sedang ralik dia memerhatikan kawasan rumah itu, bunyi enjin kereta yang baru sahaja masuk ke perkarangan rumah mencuri perhatianya. Kereta mewah itu tepat berhenti dihadapan Nura.

Nura terus berdiri sebaik sahaja seorang lelaki keluar dari kereta menghampirinya.

"Ni Hao." Sapa lelaki berbangsa cina itu bersama senyuman manis. Pakej dengan lesung pipit yang elok melekuk dikedua belah pipi.

Nura membalas senyuman lelaki itu.

"Ni Hao." Balas Nura sedikit kekok. Dia tidak tahu sama ada sebutan dia benar atau tidak. Malulah kalau salah. Sudahlah ini pertama kali orang Chinese menegurnya.

Senyuman Nura perlahan jatuh apabila kening lelaki dihadapannya ini berkerut. Ah sudah. Dia salah sebut ke?

"Are you nervous? Who are you? You don't look like a person from here." Soal lelaki itu. Gadis dihadapannya ini dilihat atas bawah. Siapa gadis ini? Pekerja baru Tuan mereka ke? Kenapa Tuan Kai tak bagitahu apa-apa pada dia tentang pengambilan pekerja baru.

"No, I'm not nervous. My name is Nura Adelia, Mr. Lee Zhi Kai's personal assistant. What do you mean by not looking like a person here? Of course I'm from here, Malaysia." Ujar Nura bersama gelak tawa halus.

"But this is not Malaysia. This is China. Shanghai, China. My name is Gong Zhou. Chief secretary of Zhen Group." Mendengar sahaja jawapan dari lelaki itu, Nura terus menekup mulutnya. Terkejut! Dia berada di China sekarang? Bila masa pula dia ke China? Otaknya semakin dipenuhi dengan soalan.

"Sorry miss, but is Zhi Kai here?" Soal Zhou pada Nura, wajah Nura yang masih terkejut itu dihiraukan. Dia datang sini kerana ada urusan dengan Kai. Bukan untuk kesah tentang gadis ini.

Nura mengangguk kepala.

"Can you show me where he is? This mansion was too big to find him." Pinta Zhou membuatkan Nura menggaru kepala tidak gatal. Dia sendiri saja kena halau keluar. Ini pula mahu minta tolong dia tunjukkan arah. Dia pun pertama kali menjejakkan kaki disini.

"I don't know where he is. He just—" bunyi pintu dibuka dari dalam membuatkan mereka berdua serentak menoleh kearah pintu.

Senyuman yang baru sahaja terukir oleh Zhou terus mati apabila melihat pandangan tajam Kai. Wajah tuannya itu, sangat menggerunkan. Tanpa berkata apa-apa, Kai sekali lagi menarik tangan Nura masuk kedalam rumah menunju ke tingkat tingkat 2.

"Take all the things I ask you to do." Sempat Kai menitipkan arahan sebelum menghilang dibalik tingkat tangga. Zhou mengangguk, langkahnya kembali tercipta kearah kereta. Barang-barang yang dia bawa tadi diambil. Laju sahaja dia mengekori gerakan kaki Kai.

Kai melepaskan tangan Nura sebaik sahaja mereka tiba dibilik utama tingkat dua itu.

"Later, Zhou will give you some clothes. Wear it. We're going out tonight." Selesai sahaja berkata, Kai terus keluar dari bilik tersebut meninggalkan Nura keseorangan yang masih dalam keadaan blur. Tadi halau sangat. Sekarang dah panggil.

Lee Zhi Kai | CSWhere stories live. Discover now