Zhi Kai | 10

7K 434 64
                                    

Tapak tangan naik kasar mencengkam baju dibahagian dada. Kai termengah-mengah berlari kearah pintu masuk kecemasan hospital miliknya. Dadanya terasa sakit, ibarat baru sahaja menelan lahar panas. Tekaknya juga sudah terasa perit kerana batuk tidak henti.

Sebaik sahaja memasuki ruangan kecemasan, Kai merebahkan tubuhnya diatas lantai. Kesedarannya mula menghilangkan. Jururawat-jururawat yang berada disitu bergegas mendapatkan Kai yang sudah terbaring lelah diatas lantai.

"Lìjí dǎ diànhuà gěi xiū yīshēng! ( Panggil doktor Xiu sekarang!)" Arah seorang jururawat bernama Ling Yi apabila melihat keadaan Kai. Jururawat wanita yang sedikit lebih muda itu mengangguk sebelum bergegas lari mendapatkan doktor. Nadi lelaki itu diperiksa. Lemah.

Ling Yi itu kembali mengetuai jururawat yang lain untuk mengangkat tubuh Kai keatas katil.

"How is the patient?" Tegur seorang doktor yang baru sahaja tiba, lengkap berpakaian seperti doktor bedah. Mungkin lepas bedah pesakit.

Ling Yi bergerak ke tepi, memberi ruang kepada doktor itu untuk merawat pesakit. Dia tidak menjawab soalan tersebut. Mata naik memerhatikan doktor lelaki itu. Mengapa dia rasa doktor lelaki itu adalah bukan doktor yang sentiasa merawat majikan mereka?

Sorot mata lelaki itu terlihat lain dari doktor Xiu. Nada bicara mereka juga lain. Siapa doktor yang sedang merawat tuan muda mereka sekarang?

"Prepare the operating room. His condition is bad." Arah doktor itu kepada Ling Yi. Wanita itu mengangguk sebelum bergegas dari situ. Untuk masa sekarang, siapa pun doktor itu tidak penting. Yang penting tuan muda mereka selamat.

"You, find an anesthesiologist and tell them to come here." Jururawat wanita muda itu mengangguk lalu bergegas pergi dari situ.

Doktor lelaki itu mencengkam rahang Kai. Terbit satu senyuman sinis disebalik topeng muka. Dia mengalihkan wajah Kai ke kiri dan ke kanan. Wajah lelaki dihadapannya ini pucat. Seperti hampir mati.

"I didn't know someone like you could fall in love, Kai. How much do you love him that you put your life in danger? Agak-agak apa yang akan jadi kalau perempuan tu dibunuh?" Sinis lelaki itu berbicara sendirian.

Selimut diatas katil ditarik menutupi seluruh tubuh Kai. Kunci roda kaki katil dibuka. Dia menolak katil Kai keluar dari ruangan kecemasan ke bahagian yang lain.

"I'll take care of you, Kai. If god allows it." Gumamnya.

                                •••••

Nura menapak masuk ke dalam biliknya. Punggung dihempas dibirai katil. Apa yang perlu dia buat sekarang? Sekarang Kai tiada, perlukah dia merancang untuk larikan diri. Tapi macam mana kalau Kai berang dan menyebarkan aibnya? Ahh...dia buntu.

Bunyi ketukan pintu menyapa pendengarannya. Nura lantas bergerak kearah pintu, tombol dipulas. Terlihat seorang wanita menunduk hormat kepadanya. Wanita itu tersenyum.

"Cik Nura, saya Aisya. Salah seorang pembantu rumah ini. Saya yang akan layan Cik Nura. Kalau Cik Nura ada apa-apa masalah, Cik Nura boleh panggil saya." Wanita itu menperkenalkan diri. Segaris senyuman meniti dibibir Aisya.

"Saya nak balik." Senyuman dibibir Aisya memudar sebaik sahaja mendengar permintaan Nura.

"Maaf Cik Nura, itu diluar kawalan saya." Nura menghela nafas kecil. Sudah dia duga, jawapan yang bakal keluar dari mulut pembantu rumah itu mesti akan menghampakannya.

"Kai pergi mana?" Soal Nura lagi. Sengaja mahu berbasa-basi. Walaupun jawapan yang dia dapat sedikit menghampakan, sekurangnya ketakutan dihatinya sedikit menghilang bila ada seseorang yang sama warganegara dengannya. Tidaklah dia perlu berbahasa English setiap masa. Dan dia juga boleh korek cara untuk larikan diri dari sini.

Lee Zhi Kai | CSWhere stories live. Discover now