Zhi Kai | 17

2.5K 272 34
                                    

Arghh.... Bibirnya mendesis kesakitan apabila rasa sakit dibelakang kepala berdenyut bertalu-talu. Kelopak mata dibuka perlahan-lahan. Kini dia sedar, dia berada didalam satu ruangan yang cukup asing. Dia mengangkat tangannya, cukup hanya untuk dia melihat wayar yang berselirat ditangannya. Dia mengeluarkan keluhan berat.

Sambil merenung kearah siling, Nura cuba kembali memproses ingatan sebelum dia tidak sedarkan diri. Rasa kecewa dan amarah bertandang dihati apabila bayangan Kai muncul dibenaknya. Tanpa sedar, air mata bergenang ditubir matanya. Ya Allah...lelaki itulah yang cuba membunuhnya. Yang menghancurkan hidupnya saat ini. Tolonglah, dia sudah mahu melihat wajah lelaki itu.

Dia sudah ditolak jatuh dari kapal dan masih selamat. Entah siapa yang menyelamatkannya, tapi bagi dia, ini bagaikan kesempatan kedua yang diberi untuk hidup. Dan di kesempatan kedua ini, dia tidak mahu lagi bertentang mata dengan lelaki itu. Dia sangat berharap bahawa Kai bukanlah orang yang menyelamatkannya.

"Nura." Sapa satu suara garau yang dia sangat kenali. Nura tidak mengalihkan pandangan. Malah dia berkeras agar tidak. Suara itu, suara Kai. Apa yang dia mahukan lagi?Merasakan tilam katilnya melenduk, Nura memejam mata. Serta-merta air mata yang bertakung mengalir dari tepi sudut matanya. Dibiarkan tidak dikesat. Biarlah lelaki itu tahu bahawa dia sedang dalam kesakitan kerana perbuatannya.

Nura tersentak apabila tangan kekar Kai pantas menjalar dibelakang tubuhnya. Mata terbeliak luas saat Kai mengeratkan pelukan mereka. Lakonan apa lagi yang lelaki ini mahu lakukan?! Rekaan cerita apa lagi yang  lelaki ini cuba karang?!

Dadanya berombak hendak marah tetapi hanya seketika sebelum rasa marah itu beransur hilang digantikan dengan kehangatan tubuh Kai. Sudahlah, dia mahu gelak. Gelakkan diri sendiri yang sentiasa bodoh dan jatuh dalam gengaman lelaki ini. Kai cuba membunuhnya tapi kenapa hatinya mudah luluh untuk membenci lelaki itu?

Nura cuba menolak dada Kai tapi apalah sangat kekuatannya yang baru sedar ini? Tubuh Kai langsung tidak bergerak. Dan lagi-lagi, hatinya masih berbelah bahagi, pelukan Kai buat dia rasa selesa. Kalau boleh, dia tidak mahu lepas pelukan ini. Dia mahu berada dalam keadaan ini selamanya tapi dia tidak mahu berada dalam pelukan lelaki yang menghancurkan kehidupan dia. Bahkan dia sempat berharap bahawa apa yang terjadi sebelum dia jatuh ke dalam laut hanyalah mimpi semata-mata.

"Are you okay?" Dia bertanya lembut. Mulutnya benar-benar berada disebelah telinga Nura. Selama mereka berkenalan, inilah sisi Kai yang paling lembut yang dia pernah lihat. Nura mengangguk perlahan. Hatinya cukup tersentuh.

"That's good. Kalau kau mati, terpaksalah aku cari perempuan lain untuk ganti kau." Mata Nura terbuntang luas. Perasaan yang berbolak balik tadi sudah sedia menyakitkan. Dan... mendengar ayat yang keluar dari mulut Kai, cukup menghancurkan hatinya yang sudah sedia retak. Benar bukan? Dia wanita bodoh yang mudah luluh dengan lelaki itu. Mungkin dia yang berharap terlalu banyak. Berharap setinggi gunung, hancur sedalam-dalan lautan.

Lembut dan mematikan. Itulah Kai. Air matanya jatuh lagi. Pelukan mereka dilepaskan Kai.

Wajah lelaki itu pucat, kantong matanya juga terlihat gelap dan bengkak bagaikan tidak tidur untuk beberapa hari. Rambut yang sentiasa kemas itu juga terlihat serabai dan hanya dikuak kebelakang. Bukan itu yang menarik perhatian Nura melainkan senyuman sinis yang terhias indah meniti bibir lelaki itu.

"Don't cry. Your crying is useless. No one can save you." Ucapnya sambil mengusap air mata Nura menggunakan ibu jari.

"My family will." Usapan jarinya terhenti. Senyuman sinis bertukar melebar. Kai mencapai telefon pintar di atas meja bersebelahan katil. Jari runcing Kai lincah mengeser skrin. Skrin telefon itu dihalakan kearah Nura sebaik sahaja dia memasang video.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 07 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Lee Zhi Kai | CSWhere stories live. Discover now