Zhi Kai | 14

3.4K 295 16
                                    

Jari lincah memutar cawan air yang dibeli. Sesekali, pandangannya jatuh pada Kai dihadapan. Lelaki itu ralik membaca document di iPad. Langsung tidak hiraukan dia. Wap air yang terhasil dari ais yang berada di dalam cawan juga sudah membasahi permukaan meja.

Mata yang terasa kantuk itu ditahan sebaik mungkin. Tidak mahulah dia terlena di airport Kuala Lumpur ini. Sudahlah tempat awam. Nanti ada yang cop dia minah tidur merata. Kemungkinan paling teruk, dia bakal diculik oleh Kai lagi. Huh, tak nak- tak nak.

Ini semua salah Kai. Kalau bukan sebab dia kalah beradu mulut semalam, dia mesti sudah tidur lena.

"Nura." Kejut Kai lembut. Nura berpisat-pisat bangun dari lenanya. Sedap betul tidur dalam kereta mahal. Sampai tak sedar sudah sampai di rumah mereka. Dia terlalu penat menangis tadi, puas Kai memujuknya alih-alih dia tertidur sendiri. Tapi best juga, dapat dia lihat wajah cuak Kai apabila dia mengugut lelaki itu untuk terjun dari keretanya! Ahakss! Rasakan. Siapa suruh bergurau kasar dengannya.

Beg tangan diatas peha diambil sebelum dia menolak Kai dari pintu kereta. Baju dress itu dikemaskan sebelum dia merenung tajam kearah Kai. Wajahnya juga turut dimasamkan. Hehehe. Tadi Kai kenakan dia, sekarang giliran dia pula kenakan Kai.

"Tak sweet langsung! Dalam novel, male lead siap keliling kota lagi bila female lead tertidur dalam kereta." Cemuh Nura sambil memandang Kai atas bawah. Rasakan! Ego lelakimu mesti sedang terguncang.

"I would do that if I was stupid. Unfortunately, I was born genius. Tak kan aku nak bagi isteri aku tidur duduk dalam kereta lama-lama? Tak selesa. Boleh sakit badan. Am i right, my wife?" Balas Kai berbau perlian. Sengaja sahaja dia menekan perkataan isteri dan my wife itu.

Nura mengukir senyuman tipis. Melihat wajah Kai yang sedang tersenyum sinis membuatkan dia merasa sebal. Wajah lelaki itu seolah-olah sedang mengatakan dia sudah kalah beradu mulut.

"Can you shut your mouth?" Pinta Nura tidak puas hati. Tangan ni rasa berdenyut-denyut je nak sepak orang.

"I can't. Sebagai seorang manusia yang merdeka, aku ada hak untuk bersuara." Nura memukul cermin pintu kereta belakang sambil memandang tepat kearah Kai. Ya! Dia sengaja lakukan itu. Biar Kai rasa sakit hati macam dia rasakan sekarang ini.

"Scratching my car doesn't make me shut up my mouth unless you kiss it. That's my opinion." Cadang Kai. Senyuman nakal jelas terpancar dibibirnya. Setakat calar sikit, bukan dia kesah pun. Tinggal tukar kereta lain or beli kereta baru. Duit banyak, buat apa simpan. Betul tak?

"And my opinion! Lebih baik saya pergi tidur sekarang daripada layan awak." Bahu Kai dirempuh kasar. Dapat dia dengar nafas Nura memburu menahan amarah. Alolo, baru kacau sikit dah nak marah.

"Dah kalah tu jangan nangis!" Laung Kai pada Nura yang sedang menarik tombol pintu. Bunyi hempasan kuat pintu utama rumah itu cukup memberi jawapan balasan pada Kai. Kai tarik senyuman sinis. Sejak kehadiran Nura dirumah ini, rumah ini tidak pernah terasa sunyi seperti sebelumnya. Lepas pulangkan Nura pada ahli keluarganya, dia berjanji dia akan kembali mengambil Nura untuk mengisi kekosongan rumah ini.

Lee Zhi Kai | CSWhere stories live. Discover now