Zhi Kai | 15

3.3K 268 21
                                    

"Mama, mana Kai?" Soal Nura apabila mendapat bahawa Kai tiada di meja makan. Sekarang waktu makan pagi, tak kan lah mama dia tak ajak Kai makan sekali?

"Kai tak ada, dia kan dah pergi airport pukul 2 pagi tadi. Tak kan Nura tak tahu? Nura kan P.A dia?...ke...makan gaji buta ni?" Datin Nuliha mengecilkan mata memandang anak daranya. Mee goreng dicedok masuk ke dalam pinggan.

Nura membalas dengan sengihan. Dia lupa. Eh? Pernah ke dia buat kerja sebagai P.A semenjak dia jadi P.A Kai?

"Papa pula mana? Biasanya dah tercangak dekat meja makan pagi-pagi macam ni."

"Orang tua tu dah pergi kerja. Ada meeting awal pagi ni. Tak sempat nak merasa mee goreng mama. Meeting dia kan lagi penting dari masakan mama." Jawab Datin Nuliha, dari air muka yang keruh, sudah pasti wanita itu merajuk dengan suaminya.

Nura tarik senyum kecil. Dah tua-tua pun masih merajuk. Agak-agak nanti kalau dia dah kahwin, dah tua, rumah tangganya akan jadi seperti papa dan mama dia jugak tak? Manis je.

"Nura, masih ingat dengan perjanjian kita?" Soal mama secara tiba-tiba.

"Perjanjian apa ni? Bila masa pula Nura ada buat perjanjian dengan mama?" Balas Nura berpura-pura tidak tahu. Perjanjian bawa balik calon dalam masa sebulan tu ke? Ahh...tamatlah riwayat dia. Kenapa mama dia tak perjanjian tu!

Datin Nuliha merenung tajam Nura dihadapan. Anaknya ini, hanya Ada dua muslihat sahaja. Sama ada betul-betul lupa atau saja buat-buat lupa.

"Ahh, tak kan dah lupa. Kalah mamalah macam tu. Mama yang tua ni pun ingat. Tak kan lah Nura yang muda ni lupa? Alah, perjanjian nak bawa bakal menantu mama dalam masa sebulan tu. Sekarang dah habis 3 minggu. Ada lagi masa seminggu je. Bila Nura nak bawa balik." Datin Nuliha mengangkat kening sambil tersenyum manis pada Nura. Ini amaran.

Nura tersenyum manjs sambil meramas tangan dibawah meja. Habis berpeluh!

"Tapi Haikal kan dah jadi buruan polis, tak kan lah mama nak kahwinkan dia dengan Nura juga? Dah lah dia yang langgar Nura dengan Kai. Kalau mama kahwin kan Nura dengan dia, reputasi mama mesti hancur sebab bermenantukan buruan polis. Betul tak mama?" Kedua belah tangan mama dicapai."Apa kata kita batalkan perjanjian tu?"

Kedua belah tangan ditarik lepas dari genggaman Nura. Dia menjeling puteri bongsunya."Banyak cantik muka."

"Cantiklah ikut muka mama." Puji Nura lagi. Harap-haraplah mama termakan dengan pujian manisnya.

"Janji tetap janji Nura. Jangan berjanji kalau tak mampu tepati. Walaupun Haikal dah out from my menantu list. Mama masih ada banyak kawan yang ada anak bujang." Ujar Datin Nuliha membuatkan senyuman manis Nura mati.

Dia tidak mahu berkahwin dengan lelaki yang dia tidak cintai. Siapa sahaja mahu membina rumah tangga yang dipasak tiang tanpa cinta? Pupuk cinta selepas kahwin? Bagaimana kalau yang dipupuk itu hanya nafsu semata-mata kerana sudah halal?

"Mama, can we not talk about this. Just for one day, Nura baru balik China. Badan dan fikiran masih penat. Esok kita bincang, boleh?" Pinta Nura lembut. Tangan tua itu kembali diraih bersama Satu senyuman kecil. Sebenarnya, ini hanya helahnya. Esok hari sabtu. Papa dia cuti. Papa mesti akan berada dipihaknya. Lagipun, esok dia akan ke Monaco bersama Fina! Macam miracle! Dapat juga dia larikan diri dari soalan maut mama.

"Ha yelah-yelah." Putus Datin Nuliha, beralah dengan anak bongsunya. Mee goreng kembali disuapkan masuk kedalam mulut.

Nura melihat air wajah Datin Nuliha sekilas. Takut jika wanita itu memasang wajah kecewa. Dia tarik senyum tipis apabila mendapat air wajah wanita itu tidak mempamerkan kekecewaan.

Lee Zhi Kai | CSWhere stories live. Discover now