Zhi Kai | 06

8.4K 520 122
                                    

Pakaianya ditilik. Wuuu nampak elegant. Terasa vibes vibes old money walaupun dia poor money. Nura berposing dihadapan cermin. Sudah namanya perempuan, mana boleh tinggal tabiat posing lawa lawa depan cermin.

Sesudah sahaja berpuas hati dengan penampilannya, dia menuju kearah pintu untuk keluar dari bilik itu. Pasti Kai sudah lama menunggunya. Yelah, boleh tahan lama juga dia berangan depan cermin tadi.

Tombol pintu ditarik. Baru sahaja dia melangkah keluar, wajahnya sudah mencium dada Kai yang sedang berdiri tegak dihadapan pintu. Automatik, kakinya bergerak kebelakang mencipta jarak dengan Kai.

Nura menjerit kecil apabila dia mahu terjatuh akibat tersilap langkah. Mata dipejam rapat. Perlahan-lahan Nura kembali mencelik mata apabila merasa tubuhnya disambut.

Buka sahaja mata, wajah Kai sudah memenuhi pandangannya. Terasa satu tangan kekar melilit disekitar pinggangnya. Kai melakar senyum sinis. Batang tubuhnya kembali berdiri tegak dari membongkok. Pelukan pada pinggang ramping Nura masih tidak dilepaskan malah ditarik rapat ke tubuhnya. Dapat dia rasa lekuk tubuh wanita itu menyentuh seluruh tubuhnya.

Kepalanya ditunduk kebawah melihat Nura yang masih termenung kearahnya. Gadis itu kecil sahaja. Meskipun sudah memakai heels, tinggi wanita itu masih separas dadanya sahaja.

"Kau tak terbiasa pakai high heels lagi?" Soal Kai. Memang tadi dia ada mengarahkan jurujualnya untuk menukar kasut yang diberikan kepada Nura sebentar tadi. Dia lebih suka melihat Nura memakai heels yang tinggi mencecah 5 cm. Taste dia, suka pada wanita yang memakai heels tinggi.

Nura tidak menjawab. Matanya masih terpaku pada wajah Kai. Perlahan lahan pipinya putihnya bertukar merah. Keadaan mereka terlalu rapat sehinggakan dia dapat rasa otot-otot ditubuh Kai. Keras dan tegap! Tambahan, lelaki itu hanya memakai baju kemeja putih sahaja. Blazernya entah pergi kemana.

Tangan Kai nakal mengusap pinggang ramping Nura. Makin membuak buak perasaan malu hadir dalam dirinya.

"Don't look at me with those eyes. You seduce me." Ujar Kai dengan nada berbisik. Cukup hanya mereka berdua sahaja yang dengar. Tangan kirinya naik mengusap pipi Nura yang kemerahan sebelum perlahan-lahan beralih mengusap bibir pink wanita itu.

Sejujurnya, dia sudah ketagih untuk terus menyentuh Nura. Setiap kali dia melihat Nura, nafsu kelakiannya membuak-buak tanpa dipacu. Tidak seperti wanita lain, hanya Nura sahaja yang mampu membuatkan dia bereaksi begitu. Terlepas dari kawalan.

Tanpa berlengah, Kai mencantumkan bibir mereka. Bibir bawah Nura digigit lembut bagi membuka sedikit ruang sebelum dia mendalamkan lagi tautan bibir mereka.

Kai melepaskan tautan bibir. Dadanya berombak laju. Nafasnya juga tidak teratur tetapi laju saja mengawalnya. Nafsunya semakin meninggi. Tambahan pula Nura lansung tidak melawannya. Dia perlu berhenti sebelum dia hilang kawalan sepenuhnya.

Wajah Kai berubah ketat. Dia perlu sedarkan diri dari nafsu. Meskipun dia boleh sahaja untuk menyentuh Nura secara batin tapi dia tidak mahu merosakkan wanita itu. Dia tidak mahu Nura mengandungkan anaknya secara tidak sah.

Nura masih terkaku memandang kosong wajah ketat Kai. Bahana, rasa malu yang menyerang diri, otaknya langsung tidak dapat mencerna situasi dengan baik. Bahkan tergoda dengan usapan hangat lelaki itu.

Tanpa sebarang amaran, Kai mencempung tubuh Nura. Reflek Nura memeluk leher Kai. Wajah Kai ditenung dari sisi. Menawan. Dengan jawline yang tajam, hidung yang mancung dan mata yang penuh dengan pandangan yang tersirat. Satu saja yang dia boleh katakan saat ini, dia lupa cara untuk membenci lelaki ini. Tatapan tajam dan redup penuh menggoda milik Kai benar-benar membuatkan dia jatuh tersungkur untuk seketika.

Lee Zhi Kai | CSWhere stories live. Discover now