Zhi Kai | 16

3.8K 269 35
                                    

Udara dipersisiran laut disedut segar ke dalam peparu. Dia membuang pandangannya jauh di lautan biru yang terbentang luas di hadapan permandangannya.

"Kau okay?" Soal Fina yang baru sahaja tiba disitu.

"Okay, kenapa tanya?" Nura tarik senyum yang sedikit kelat. Dari semalam, otaknya tidak mampu berfikir dengan tenang. Hati pun rasa tak sedap semacam. Macam ada petanda buruk yang akan berlaku!

"Aku tengok kau macam tak happy je, sebab tu aku tanya kau okay ke tak? Kalau kau ada masalah, share lah dengan aku. Kita kan kawan baik. Jangan simpan beban kau sorang-sorang." Pesan Fina sambil meraih tangan Nura.

"Aku okay, cuma penat sikit. Ahhh aku nak baring!!" Dia mengeliat sakan sebelum berjalan masuk ke dalam bilik. Lantas, badan dihempas kasar di atas tikam empuk itu.

Fina ambil tempat disebelah Nura. Dia juga turut membaringkan tubuh di atas katil itu.

"Kenapa kita sampai awal sangat dekat kapal ni?" Soal Nura sambil memejam mata. Dia baru sahaja ingin meneroka bumi Monaco ini tetapi lekas sahaja ditentang oleh Fina dengan alasan takut tertinggal kapal. Cis! Tak logik betul! Cakap sahajalah malas. Dia boleh pergi sendiri.

"Alah, bukan awal mana pun. Lagi dua jam kapal ni nak berlayar apa salahnya. Sambil tunggu kapal gerak, sambil tu rehat. Malam ni ada makan malam untuk raikan kapal ni. Mesti banyak jumpa orang. Kena sosialize! Malas aku nok! Penat. Sekarang aku nak simpan tenaga untuk malam nanti." Tubuhnya menukar posisi mengiring menghadap Nura. Dari air wajah wanita itu, dia sudah tahu bahawa Nura tidak mahu ambil tahu dan masih merajuk dengannya.

"Semalam kau keluar dengan Adrik tak bagitahu aku pun." Sambung Fina lagi. Serta-merta, Nura membuka matanya. Dia merenung tepat Fina disebelah.

"Macam mana kau tahu?" Soal Nura tegas. Dia mengecilkan mata pada Fina.

Fina tersengih. "Macam mana lagi kalau bukan group WhatsApp."

"Bagi aku tengok siapa admin group tu. Nak je aku lanyak muka dia guna batu lesung opah. Geram betul! Langsung tak hormat privasi orang!" Ujar Nura tidak puas hati. Ini bukan sekali dua, tapi sudah berkali-kali hal peribadinya menjadi bualan di group itu.

"Eleh, kalau aku bagitahu bukan kau kenal pun." Dia membalas jawapan Fina dengan jelingan tajam. Biasalah, dunia dia tak sebesar Fina.

"Kau ada apa-apa hubungan ke dengan Adrik?" Soal Fina lagi.

"Tak de. Kitaorang kawan jelah. Dia ada business dekat Malaysia, alang-alang tu datang rumah aku terus." Jawab Nura malas. Kelopak mata kembali ditutup.

"Ye ke...bukan dulu kau pernah cakap dekat aku ke yang Adrik tu menepati citarasa kau?" Fina sudah tersengih busuk.

"Tepat citarasa je. Bukan suka."

"Ouh ya?" Kening menjungkit keatas. Sengihan makin melebar.

Nura buang muka malas. Kalau dia bantah sekalipun Fina bukan percaya. Lantaklah! Baik dia keluar dari bilik ni, jalan-jalan tengok apa yang menarik atas kapal mewah ini. Bantal disebelah dicapai lalu dicampak tepat kearah wajah Fina sebelum bangun beredar dari bilik itu. Baik dia lari cepat sebelum Fina membebel!

••••••

Kai berdiri tegak ditengah hurungan orang ramai yang sedar menjerit menyorak pada sukan ganas yang sedang ditonton oleh mereka. Boxing. Mata tidak lepas melihat dua orang petinju yang sedang membalas serangan pada satu sama lain diatas gelanggang.

Sekitar kawasan gelanggang tinju sudah berwarna merah dan coklat kesan dari tumpahan darah dari kedua petinju. Kedua-dua badan petinju itu penuhi dengan luka parah.

Lee Zhi Kai | CSWhere stories live. Discover now