BAB 1

8.3K 171 2
                                    

     "KAU biar betul ni?! Apahal tak kejut aku bangun awal-awal!"

Faiha Nadeera hanya menjungkitkan bahunya seraya senyuman sinis ditunjukkan. Mulutnya setia mengunyah sarapan pagi 'bujang'. Hanya bermodalkan sebuku roti dan telur hancur.

Rania sudah menggelengkan kepalanya sahaja tatkala melihat Shaza yang sudah kehulur- kehilir entah mencari apa pun dia tidak pasti.

"Itulah kau, aku dah cakap semalam jangan leka nau tengok drama korea kau tu. Kan dah kelam kabut pagi-pagi. Subuh entah ke mana, kerja pun entah ke mana" bebel Rania yang sedari tadi hanya memerhatikan Shaza bersiap sambil menghirup teh 'o' panasnya.

"Sorrylah babe, aku tak buat lagi dah lepas ni. Malam ni, lepas solat Isyak aku terus tidur" Shaza mengangkat tangan kanannya serupa ikrar.

Faiha dan Rania kedua - duanya hanya memutarkan dua pasang mata mereka ke atas. Entah keberapa kali 'ikrar' itu dibuat oleh Shaza.

Haram jadah, tak boleh pakai.

"Dah lah kau, cepat sikit makan. Aku ni menumpang kau, tolonglah cepat sikit demi aku yang dah bangun awal Subuh ni" Faiha menuangkan teh 'o' panas ke dalam cawan yang berada di hadapan Shaza.

Membebel pun tetap Faiha menghidangkan sarapan untuk rakan serumahnya a.k.a bestieq nya itu.

"Padanlah muka kau, siapa suruh tak kejut aku awal. Kalau aku lambat, korang pun lambat juga" Shaza ketawa kecil. Senang betul hati dia bila tengok muka cemberut Faiha.

Ye, hanya Shaza sahaja yang ada kereta untuk berulang-alik daripada tempat praktikal mereka. Faiha? Ada lesen memandu tapi hanya tahu renew sahajalah.

Gerun untuk membawa kereta di jalan raya, menyebabkan Faiha hanya frame lesen memandu yang diambil 3 tahun lepas.

Bukannya tak dipaksa membawa kereta oleh papanya, tetapi Faiha lebih sanggup menangis tanpa henti di tempat duduk pemandu daripada memegang stereng kereta.

🌻🌻🌻

     "NOK, aku gerak dulu. Terima kasih sebab hantar aku hari-hari"

Itulah kata-kata yang dilontarkan oleh Faiha setiap kali dihantar atau diambil oleh Shaza.

Hanya Faiha yang praktikal di tempat yang berlainan. Manakala, Rania dan Shaza praktikal di satu tempat yang sama. Bukan mereka tidak pernah meminta untuk berada di suatu organisasi yang sama, tetapi tempat mereka praktikal hanya dibuka untuk dua pelajar praktikal sahaja.

Oleh sebab itu, tawaran Faiha untuk praktikal di sana telah pun ditolak. 

Nak ke tak nak, Faiha perlu mencari di tempat lain dan disinilah dia melakukan latihan praktikal berseorangan.

Faiha memandang ke langit bangunan pencakar langit yang tersergam indah dihadapannya.

Hanya tersergam indah di luaran. Dalaman dia fuhhhh, tak terkata peritnya.

'Baru 3 minggu babe aku dekat sini. Ada berbaki lagi 5 bulan 1 minggu' detik hati Faiha. Keluhan perlahan dilepaskan sebelum lanyard diambil di dalam beg tangannya.

Faiha hanya mempamerkan senyuman ketika kaki melangkah masuk The Que's Holding.

Lanyard di letakkan di atas tempat pengesan dan secara automatik, penghadang dibuka membenarkan Faiha melaluinya ke pintu lif.

Begitu canggih sistem untuk syarikat ni. Pengesan itu juga diambil untuk kedatangan.

Cakap pasal kedatangan...

"Apasal macam sunyi sangat hari ni?" Faiha mengerutkan dahinya ketika melihat keadaan tidak bersesak seperti hari sebelumnya.

Jam tangan Ballon Bleu De Cartier di tangan kanannya dijeling sekilas. Hadiah pemberian daripada papa dan mama sempena hari jadinya tahun lepas. 

Terlanjur Mencintainya (Completed)Where stories live. Discover now