BAB 15

3.1K 106 0
                                    

"Jaga diri Faiha, pergi kerja dengan adik. Jangan gatal-gatal nak call kawan kau tu. Apa-apa jadi, adik akan report dekat aku. Kau tahu kan dia kaki report" pesan Tengku Aidan lagi sekali.

"Aku kena pergi dah ni. Bye" Tengku Aidan senyum, saja terlihatkan lesung pipitnya kerana dia tahu Faiha suka.

Mata berair Faiha diseka, laju sahaja bibirnya mencium dahi Faiha sebelum melangkah pergi.

Deheman Tengku Adhwa mematikan lamunannya.

"Adik, can I ask you about a thing or two?" Faiha menoleh keluar tingkap. Tengku Adhwa yang masih memandu pulang itu memandang Faiha sekilas.

"Tanya jelah"

Faiha mengelap air matanya dan mengeluh perlahan.

"Betul ke, Tengku Aidan pergi Switzerland untuk kerja?"

"Betullah, memang ada dalam jadual kerja dia. Wah..awal lagi dah berprasangka dengan suami sendiri ni" Tengku Adhwa cuba mengubah keadaan yang agak janggal ini.

Bukan apa, pertanyaan Faiha Nadeera sedikit sebanyak merisaukan Tengku Adhwa. Ada apa-apa yang Faiha tahu ke mengenai kekasih lama Tengku Aidan? Sebab selepas menghantar Tengku Aidan, Faiha tidak berhenti menangis. Buntu Tengku Adhwa dibuatnya.

Nak memujuk pun, dia tak reti.

"Siapa El?" Faiha mengambil kad yang disimpan di dalam beg tangannya. Jangan dibuat main dengan si bongsu. Semua resit disimpan sebagai bukti.

Tengku Adhwa mengambil kad yang dihulurkan oleh Faiha. Sah, tulisan tangan Tengku Aidan.

"Mana Deera jumpa ni?" Tengku Adhwa bertanya perlahan.

"Dalam hadiah yang Tengku bagi" sayu sahaja suara Faiha ketika itu.

"Along bagi hadiah? Hadiah apa? Hadiah hari jadi tu ke?"

Faiha mengangguk. Tengku Adhwa menggenggam stereng keretanya dengan ketat. Abang sulongnya memang bodoh tak sorok. Dah buat hal, lepas tu angkat kaki.

Yang nak menjawabnya Tengku Adhwa.

"El tu ex girlfriend along. Jangan risaulah pasal minah tu, dia dah lama tinggalkan along"

"Dia tinggalkan Tengku Aidan? Bukan Tengku Aidan yang tinggalkan dia?" Faiha menoleh ke arah Tengku Adhwa.

"Haah, dia yang tinggalkan along"

"Jadi, Tengku Aidan masih ada hati lah dekat El ni? Berapa lama diaorang putus?" Faiha tidak berhenti menyoal adik iparnya.

Tengku Adhwa menggaru kepalanya yang tidak gatal. 'Kau balik, memang kau kena dengan aku tau, along. Bodoh lah'

"Bertahun dah...."

"Bertahun tapi masih ada terletak hadiah tu dalam kereta Tengku Aidan. Faham" Faiha memasukkan semula kad ucapan itu ke dalam beg tangannya dan memeluk tubuh.

"Hantar saya pergi rumah kawan-kawan saya. Saya nak duduk sana sekejap. Nanti balik saya naik Grab"

"Eh tak boleh!" Tengku Adhwa menggelengkan kepalanya. Faiha nak mengadu ke tu?

"Tengku suami saya ke? Takkan" sinis sahaja soalan itu keluar daripada mulut Faiha. Tiada lagi panggilan 'adik' di bibir Faiha.

'Matilah aku kalau Deera dengan along bergabung. Degil pun degil"

Memuncung Tengku Adhwa menghantar Faiha ke rumah sewa lamanya. Baru hari Ahad, memang rakan-rakannya itu tidak pergi ke mana pun.

"Call adik lah kalau nak balik. Adik dah pegang amanah along ni, suruh jaga Deera" Tengku Adhwa memandang Faiha yang sudah berura-ura mahu keluar keretanya.

Terlanjur Mencintainya (Completed)Where stories live. Discover now