BAB 35

3.2K 87 0
                                    

TIADA apa yang perlu dirisaukan oleh Faiha kerana dia hanya cuci kaki sahaja masuk ke dalam rumah barunya.

Semua hal sudah diuruskan oleh Tengku Aidan terutama sekali pakaiannya.

Entah bila suaminya mengemas pakaian mereka pun Faiha tidak tahu. Yang penting, pantas sahaja Tengku Aidan membuat kejutan ini.

Cuma, satu hal sahaja yang mengkhawatirkan Faiha iaitu makanan. Kini, rumah itu hanya didiami oleh mereka berdua sahaja. Tiada Puan Mazni untuk dibantu dalam tugasan memasak.

Semuanya Faiha sendirian.

"Termenung dekat dapur dah kenapa?" Tengku Aidan menegur isterinya yang masih kaku di ruangan dapur.

"Macam mana awak nak makan? Umi takde" Faiha memandang Tengku Aidan. Risau.

"Sayang kan ada. Masak je apa-apa" Tengku Aidan tergelak kecil.

"Saya tak reti masaklah...nanti lagi pendek nyawa Tengku tau" Faiha memeluk tubuh kecilnya.

"Nasi goreng kampung yang sayang buat tu, sedap gila kot. Masaklah lagi macam tu" Tengku Aidan mengangguk.

"Lama-lama boleh kena darah tinggi" Faiha menjeling suaminya yang ligat mengeluarkan bahan masakan.

"Yayang nak masak ke? Reti masak tak?" Faiha menghampiri Tengku Aidan.

"Retilah sikit. Eliza yang ajar dulu. Basic masakan jelah" Tengku Aidan segera memandang Faiha apabila dia sudah terlepas cakap mengenai Eliza.

Isterinya hanya mendiamkan diri.

"Sayang.." Tengku Aidan segera menghampiri Faiha dan memeluk erat tubuhnya.

"Saya tak reti masak. Macam mana awak nak makan nanti" Faiha mengumam.

"Kita masak sama-sama eh? Kalau sedap, kita makan. Kalau tak sedap kita makan luar. Hal kecil je ni, sayang" Tengku Aidan tersenyum lebar.

"Sure ke dengan keputusan yayang ni? Dah lah orang tu cerewet bila bab makan" Faiha memandang Tengku Aidan. Satu kucupan hinggap di dahinya.

"Masak sama-sama kan? Kalau tak sedap, bukan salah sayanglah. Salah kita berdua" Tengku Aidan tertawa kecil dan kembali semula untuk mengambil kuali di tempatnya.

"Sorry tau" Faiha mengeluh perlahan.

Tengku Aidan hanya tersenyum senang. Mana mungkin dia mahu marahkan Faiha hanya kerana isterinya tidak pandai memasak.

Hal itu boleh diajar perlahan-lahan.

"YA Allah, sayang....sedapnya kita masak bihun goreng" Tengku Aidan tergelak dan menolak sedikit pinggan berisi bihun goreng tu.

"Saya dah cakap tadi. Tak nak dengar. Nak masak sendiri juga"

"Kita mencuba je kan. Mana tahu sedap" Tengku Aidan meneguk air sejuk untuk melegakan deria rasanya.

Faiha menggelengkan kepalanya. Memang ada satu pinggan sahaja bihun goreng itu untuk Tengku Aidan.

"Kita makan luar jelah. Sayang pergi siap-siap dulu. Saya kemas dapur"

"Order jelah, yang. Saya malas nak keluarlah. Penat" Faiha memuncungkan bibirnya seakan-akan meminta simpati.

"Ambil phone saya dalam poket ni. Order je apa yang sayang nak" Tengku Aidan memberi isyarat mata ke seluar yang dipakai.

Pinggan dan kuali tadi sedang dibasuh oleh Tengku Aidan.

"Yayang nak apa-apa tak?" Faiha menyeluk tangannya ke dalam poket seluar Tengku Aidan.

Terlanjur Mencintainya (Completed)Where stories live. Discover now