BAB 24

2.9K 98 0
                                    

FAIHA menemani Nadra menonton kartun kegemarannya di ruang tamu dan ketika ini di dapur hanya ada Tengku Aidan, Tengku Adhwa dan Eliza Eliana.

Tidak disangkakan pertemuan mereka ini disebabkan oleh Eliza merupakan saudara terdekat Faiha.

"Aid, you nak minum apa-apa tak? I boleh buatkan" Eliza beramah mesra kerana sedari tadi dua adik beradik itu hanya memerhatikan gerak gerinya.

"Sebab Faiha sepupu kau, kau tahu pasal pernikahan aku dengan dia?" Tengku Aidan menyoalnya. Sebab tidak pernah sekali pun dia memberitahu Eliza akan keputusannya mengahwini perempuan lain.

Mana tidaknya, Eliza sudah menyekat nombornya dah tidak menjawab telefon walaupun Tengku Aidan menggunakan nombor telefon yang berbeza. Eliza seakan-akan menghilangkan diri tanpa tanda.

Sampailah majlis pernikahannya yang tidak disangka-sangka, Eliza menelefonnya semula selepas tiga tahun.

"Deera jemput I memanglah I tahu"

"Tapi, kau masih tak bagi aku kahwin dengan dia dulu. Mind to explain? Takkan lah kau nak bagi malu Faiha kalau aku ikut cakap kau dulu kan" Tengku Aidan mencerlung tajam memandang wanita yang pernah dicintainya dulu.

"I cuba nasib je" Eliza duduk bersebelahan Tengku Aidan di kerusi tinggi itu. Manakala, Tengku Adhwa hanya menjadi pendengar setia yang membara amarahnya.

Tidak dapat Tengku Adhwa beredar daripada situ kerana dihalang oleh abangnya. Tapi, ada betul juga, tidak manis tinggalkan Tengku Aidan dan Eliza bersendirian.

"Ikut nasib kau jugalah pergi Switzerland, untuk aku layan kau? What did you say? Our last date?" Tengku Aidan ketawa sinis.

"Salah I ke? You agreed with my idea"

"I agreed because I don't want you to keep sticking your nose in my life ever again"

"I don't. I just want us to be friends again. Takkan tak boleh?" Eliza menyentuh bahu Tengku Aidan lembut.

"Jangan pegang akulah. We're not in Amsterdam and I have a wife now"

"Bukan I buat apa pun. I pun sayang Deera macam adik sendiri. I takkan rampas you daripada dialah. Unless, you still have feelings for me, Aid?" Eliza tersenyum penuh makna.

"Takde maknanya lah, kau tak nampak ke tadi along dengan Deera? Tak nak berenggang along dengan dia tau" Tengku Adhwa menyampuk.

"Well, that's good then. I don't have a problem with that. Tapi, sakit jugalah because you used to pamper me with those hugs and kisses"

"Apa ni, along?" Tengku Adhwa terkejut dengan kenyataan daripada Eliza.

"I swear you don't have to say that here. That's the past. We leave it behind" Tengku Aidan meraup kasar mukanya. Sedar akan kejahilannya dahulu, dengan usia yang muda sudah pun hidup berdikari seorang diri di negara lain.

"Opss, just say it" Eliza ketawa kecil.

"You ni, risau sangatlah Aid. Bukan salah I yang you kenalkan kita kononnya kawan lama. You should be honest with her in the first place"

"Aku baru nak sayang dia, El. What if she left me after knew we were together in Switzerland, a day after our marriage? I'm very sure that will break her into pieces, small pieces. Kau pun tau, Faiha macam mana kan?"

Langkah Faiha terhenti apabila mendengar bait bicara suaminya di dapur. Kaki cuba melangkah lebih dekat untuk mengetahui gerangan yang berbual bersama Tengku Aidan.

Terlanjur Mencintainya (Completed)Where stories live. Discover now