BAB 17

3.1K 110 1
                                    

FAIHA tersenyum ketika mendapat mesej daripada sepupunya. Sudah lama tak dengar khabar berita budak senget ni. Gambar-gambar masakan di hantar.

Memang tak sah kalau tak hantar, saja nak tunjuk kepakaran dialah tu. Faiha tahu sepupunya itu baru sahaja balik daripada bercuti. Selalu sangat bercuti ke luar negara sampaikan resume yang dihantar secara suka-suka diterima.

Jadinya, memang menetap bertahunlah di luar negara. Baru-baru ini sahaja dia pulang semula ke tanah air disebabkan ingin mengejar jejaka idaman katanya.

Faiha tersenyum gembira tengok gambar-gambar yang dihantar kepadanya. Bukan main seronok bercuti dekat Geneva, Switzerland. 'Best nya kalau dapat pergi sana. Tapi, berangan jelah'

Mark menolak sedikit kerusi Faiha.

"Buat kerja kau cepat sikit boleh tak? Aku dah lapar ni" Faiha mendengus. Dari tadi dia menunggu Mark menyelesaikan kerjanya yang tertangguh. Jasmine turut menunggunya sambil bermain permainan di telefon pintarnya.

"Makan gaji buta ke?" Faiha ditegur. Segera telefon pintarnya ditutup. Setahunya, dia tak buat salah pun sebab memang waktu lunch sekarang ni. Hanya mereka bertiga disitu.

"Mana ad....Tengku buat apa dekat sini?" Terbuntang biji mata Faiha melihatkan Tengku Aidan dihadapannya sekarang. Hanya berpakaian kasual.

"Nak ajak kau makanlah. Bila nak pergi ni? Lama dah aku tunggu dekat bawah tau" Tengku Aidan berpeluk tubuh, perutnya pun meminta untuk diisi.

Faiha melihat ke arah Jasmine dan Mark. Sedih muka mereka apabila Tengku Aidan mengajak Faiha untuk lunch bersama.

"Saya pergi dengan diaorang lah...kan saya dah cakap tadi. Nasi kandar, lupa ke?" Faiha berbisik ke arah Tengku Aidan.

"Aku taulah, sebab tu aku nak ikut"

"Lambat lagi ke kerja kau nak siap ni? Takkan wife aku nak makan pun kena tunggu kau?" Tengku Aidan menoleh kearah Mark. Berderau darah dia apabila bosnya sudah menegur.

"Dah...dah settle. Jom makan" terus sahaja Mark berdiri bersama Jasmine yang sudah menahan gelak apabila kelam kabut Mark mengemas mejanya.

"Saya tak kisah pun lah tunggu Mark. Saya tunggu Tengku berhari-hari, takde masalah pun" Faiha melangkah mengekori rakan sepejabatnya ke pintu lif. Tinggalkan Tengku Aidan keseorangan.

Tengku Aidan menarik nafas panjang dan mengekori Faiha daripada belakang. Faiha berbual dengan dua rakannya itu, sesekali tergelak kecil dibuatnya.

Dah serupa bodyguard pula dirinya ini. Hanya membisu dikala mereka bertiga bergurau senda. Dilihat mereka berjalan keluar bangunan The Ques Holding, mereka sedang menunggu lampu pejalan kaki berubah menjadi hijau.

"Nak pergi mana ni?" Tengku Aidan menarik Faiha berdiri sebaris dengannya.

"Makanlah, Tengku. Sana tu" Faiha memuncungkan mulutnya ke arah satu kedai mamak di seberang jalan.

"Asal tak naik kereta? Panaslah" Tengku Aidan membawa tangannya ke atas kepala Faiha bagi menghalang sinaran matahari pada isterinya.

Dada bidang Tengku Aidan di tepuk perlahan. "Membazir petrol je, lebih baik jalan kaki. Boleh mengurangkan asap kenderaan"

Tengku Aidan berdiam diri kerana ada betulnya kata-kata Faiha itu. Lampu merah pejalan kaki bertukar kepada hijau, Faiha mengorak langkah melintasi zebra itu bersama Tengku Aidan yang memberi sedikit teduhan menggunakan tangannya.

'Tak penat ke tangan dia macam tu je'

Mereka berempat membuat pesanan nasi kandar dan mengambil tempat duduk.

Terlanjur Mencintainya (Completed)Where stories live. Discover now