BAB 26

3.1K 95 1
                                    

"ELIZA serentak ye datang dengan yang lain?" Puan Hasnah tersenyum manis.

"Haah, mama. Kebetulan je" Eliza mengambil tempat di sebelah Faiha.

"Cantiknya kau malam ni. Nampak berseri" Eliza tersenyum ke arah Faiha.
"Kau pun cantik juga" Faiha cuba mengawal riak wajahnya.

"Tengku, saya dah sediakan baju dekat dalam bilik" Faiha mengalihkan pandangannya ke arah Tengku Aidan.

"Dekat mana? Tunjukkan" Tengku Aidan tersenyum.
"Tergantunglah, Tengku masuk bilik nanti nampaklah"

"Kan suami dah suruh tunjuk, pergilah Deera" Encik Abdullah menegur anaknya. Memuncung Faiha dibuatnya.

Faiha segera bangun daripada sofa dan menuju ke tingkat atas. Tengku Aidan hanya mengekori langkah Faiha.

"Itu, tergantung" Faiha hanya tunjuk di depan pintu biliknya sahaja, pakaian yang sudah disediakan.

"Tahu" Tengku Aidan menolak perlahan badan Faiha supaya memasuki biliknya.

"Habis tu?"

"Saja nak peluk, Faiha. Aku rindu" Tengku Aidan merangkul erat tubuh Faiha. Dagunya direhatkan di atas bahu isterinya.

"Pergi mandi dululah, nanti lambat"

"Faiha...takpelah" Tengku Aidan meleraikan pelukannya dan tuala mandi dicapai. Satu keluhan terbit di bibirnya yang dapat didengari dengan jelas oleh Faiha.

Pintu bilik air yang ditutupi rapat itu dipandang. Punggungnya duduk di birai katil bersama kemeja yang warna sedondon dengan dress Faiha.

Selang beberapa minit, Tengku Aidan keluar daripada bilik air dan mencapai seluarnya untuk dipakai.

Faiha mendekati ketika Tengku Aidan seperti mencari-cari pakaiannya yang tergantung tadi.

Faiha memusingkan badan suaminya menghadap, dan menyarungkan baju kemeja di badan sasa milik Tengku Aidan.

Dapat dilihat dengan jelas urat lengannya yang kelihatan zahir di pandangan Faiha. Lalu, Faiha membutangkan kemeja Tengku Aidan dengan kemas.

"Ingatkan dah tak kisah" Tengku Aidan mengelus lembut pipi Faiha.

"Tengku tu suami saya. Kenapa pula saya tak kisah" Faiha menepuk dada Tengku Aidan yang lengkap berpakaian kemas ketika ini.

"Nampak macam dah tak kisah" suara Tengku Aidan seperti berjauh hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nampak macam dah tak kisah" suara Tengku Aidan seperti berjauh hati.

"Selagi Tengku tak buang saya, selagi tulah saya akan kisah pasal pakai, makan Tengku"

"Bila masa aku cakap nak buang kau?" Tengku Aidan memegang kedua belah pipi Faiha.

"Saya cakap jelah" Faiha menolak perlahan tangan Tengku Aidan di pipinya.

Tengku Aidan melabuhkan kucupannya di setiap inci muka Faiha ketika itu.

"Jangan cakap benda bukan-bukan" Tengku Aidan berbisik apabila jarak muka mereka begitu dekat. Faiha hanya diam tanpa berbicara.

Terlanjur Mencintainya (Completed)Where stories live. Discover now