BAB 3

3.2K 114 0
                                    

     "MUKA kau memang takde insurans malu eh? Main minta je air budak tu. Kalau kau tak boleh bayar insurans malu, meh sini aku bayarkan"

"Aku haus ar" Tengku Adhwa bersahaja menjawabnya.

"Pergi beli sendirilah. Ambil orang lain punya buat apa" Tengku Aidan berkerut mendengarkan jawapan tak semenggah daripada adiknya.

"Kau nak emo apahal? Marah ke aku usik Deera?" Tengku Adhwa tersenyum mengusik.

Malas mahu melayan Tengku Adhwa, Tengku Aidan segera memasuki bilik pejabatnya. Punggungnya dihempaskan ke atas sofa kulit yang berada di tengah-tengah ruang pejabatnya.

Aplikasi Food Panda dilihat sekilas sebelum membuat pesanan Spanish Latte di Zus Coffee.

🌻🌻🌻

     "NADEERA, Kak Habibah panggil kau dekat depan lif"

Seorang pekerja menegurnya ketika dilihat Faiha leka akan membuat salinan di mesin fotostat.

"Hah?"

"Kak Habibah panggil kau. Pergilah"

Kertas yang sudah dibuat salinan disusun di atas meja kecil bersebelahan mesin tersebut. Faiha mengorak langkah ke pintu lif dan tersenyum melihat Kak Habibah.

"Kenapa kak?" Soal Faiha keliru.

"Ni hah, ambil lah" Kak Habibah tersenyum manis.

"Saya takde order dekat akak pun?" Faiha hanya merenung akan beg kertas Zus Coffee di tangan Kak Habibah.

"Ambil lah, tangan akak lenguh ni. Tak kesian ke" Kak Habibah memuncung memandang Faiha. Dengan segera, beg kertas bertukar tangan.

"Minumlah eh. Bye" Kak Habibah meninggalkan Faiha yang terpinga-pinga sendirian. Siapa pula yang order?

"Tapi...rezeki jangan ditolak" Faiha tergelak kecil. Ni, kalau orang letak racun pun kau minum je kan Faiha Nadeera oiii.

Antara sebab paling seronok kerja di The Ques Holding adalah waktu baliknya. Memang semua on time keluar pejabat. Pukul 6 petang masing-masing sudah beransur pulang.

Hanya Faiha sahaja yang menunggu di kafe luar The Ques Holding. Itulah rutin hariannya kerana Rania dan Shaza pulang daripada pejabat mereka pada pukul 6:30 petang.

Kalau nasib menyebelahi Faiha, awallah mereka sampai. Kalau tidak, pukul 7 malam baru terpancul kereta milik Shaza.

🌻🌻🌻

"Assalamualaikum, along dah balik" Tengku Aidan membuka kasut kerja miliknya dan berjalan memasuki ruang tamu.

Matanya meliar disegenap penjuru mencari kelibat Umi atau Baba.

"Anak Umi dah balik" Puan Mazni segera merapati anak sulongnya. Dicium sekilas dua belah pipi anak bujangnya dan ciuman dibalas juga oleh Tengku Aidan.

Memang dari sejak kecil, Tengku Aidan dimanjakan oleh Uminya. Kalau tak peluk, tak cium anak terunanya satu hari, memang tak sah.

"Ciumlah anak Umi tu puas-puas. Kita balik, takde siapa sambut" Tengku Adhwa memuncung mengalahkan itik pulang petang.

"Alahai anak manja Umi ni" Puan Mazni memicit pipi milik Tengku Adhwa seraya memeluk dan mencium kedua belah pipinya.

Sebagai seorang ibu, tidak pernah sekali pun Puan Mazni memilih kasih sayang. Apa yang Tengku Aidan dapat, Tengku Adhwa pasti dapat juga.

"Umi, Umi, nak tau tak? Kitaorang jumpa Deera tadi" Tengku Adhwa memulakan cerita. Bersinar-sinar sepasang mata milik Puan Mazni.

"Along pun jumpa ke?" Puan Mazni tersenyum gembira. Tengku Adhwa mengangguk laju.

Nasib tak tercabut je kepala dia.

"Macam mana? Cantik tak anak Umi tu?"

"Lah Umi ni, bila masa kiteorang ada adik perempuan? Entah apa-apa je" Tengku Aidan memeluk tubuhnya.

"Comel lah Umi, pandaiiii Umi pilih untuk along" Tengku Adhwa mengusik. Tergelak Puan Mazni dibuatnya.

"Dah lah Umi, along nak pergi solat Asar. Layankan budak ni, memang masuk neraka along tau. Sebab melambat-lambatkan solat" Tengku Aidan melangkah ke tangga dan menuju ke biliknya.

"Eleh...malu tapi mahu" suara kuat Tengku Adhwa didengari oleh Tengku Aidan tapi dibiarkan sahaja.

Malas dia nak layan perangai budak-budak Tengku Adhwa.

Seusai menunaikan solat Isyak, pintu bilik Tengku Aidan diketuk. Dia menoleh dan tersenyum melihat Uminya melangkah masuk.

"Dah boleh cari makmum untuk along tak?" Puan Mazni duduk di birai katil Tengku Aidan.

"Umi, can we stop talking about this? I'm sorry tapi along tak nak" Tengku Aidan memusingkan sepenuh badannya menghadap Puan Mazni.

"Kenapa tak nak? Along dah ada calon sendiri ke?" Puan Mazni sayu bertanya.

Hanya anggukan diterima oleh Puan Mazni.

"Lama tau along tunggu Eliza tu. Sampai bila nak terus menunggu? Tak penat ke hati along menunggu untuk yang tak pasti?" Puan Mazni mengusap kepala anak terunanya.

"Along sendiri pun tak tau mana dia pergi kan? Atau along masih ada contact Eliza?"

Sepi.

Puan Mazni faham, diam Tengku Aidan bermakna tiada. Jika anak sulongnya masih berhubung dengan Eliza, sudah tentu  Tengku Aidan akan mengiyakan tanpa berdolak dalih.

"Umi kena faham along, along cuma tak nak memperjudikan kehidupan along dengan pilihan hati Umi"

"Yang akan hidup dengan dia, along. Jadi seorang suami tu, berat tanggungjawabnya. Along yang kena didik isteri sendiri. Tapi, kalau dah tak sayang, tiada kasih antara kami, macam mana along nak jalankan tanggungjawab tu?"

"Kesian anak dara orang kan?" Tengku Aidan meraih simpati ketika melihat Puan Mazni terdiam seketika.

"Habis tu, kalau kahwin dengan Eliza tu ringanlah tanggungjawab kamu? Macam tu? Sebab ada kasih dan sayang antara along dengan Eliza?"

Ha sudah ..

"Bukan macam tu umi...."

"Sekurang-kurangnya along boleh didik anak perempuan Umi tu, jadi seorang yang taat pada suami. Dengar kata" Puan Mazni menepuk perlahan pipi Tengku Aidan.

"Eliza tu? Belum jadi isteri along lagi dah cabut lari, ikut suka dia je buat perangai. Lagi berat tanggungjawab along kalau jadi suami dia tu. Sebab dia tak dengar kata"

Anak perempuan Umi. Eliza pun tidak pernah digelarkan sebegitu rupa oleh Puan Mazni.

"Tapi, along boleh belai-belai dia bagi dengar kata" Tengku Aidan tersenyum.

"Habis tu, anak perempuan Umi tu tak boleh belai? Sebab takde kasih dan sayang? Macam tu?"

'Apalah Umi ni tak habis-habis kasih dan sayang' detik hati Tengku Aidan.

"Hah, diam tu tengah mengutuk Umi ke" Puan Mazni menepuk kuat lengan anak sulongnya. Cepat-cepat Tengku Aidan menggosok lengannya.

Jangan dibuat main dengan tepukan maut daripada Umi. Seperti terkena The Buddhist Palm macam dalam movie Kungfu Hustle.

"Bercinta selepas nikah lebih indah. Cinta yang suci. Macam Umi dengan Baba. Tengok, dekat mana kami sekarang? Bahagia je" Umi tersenyum.

"Zaman dah berubah Umi, mana ada lagi cinta selepas nikah" Tengku Aidan mengeluh kerana dia sudah tahu, tiada apa boleh mengubah kehendak Umi.

"Buat solat istikarah. Minta Allah petunjuk, betul tak keputusan Umi dengan Baba untuk along. Kiteorang takkan pernah buat keputusan melulu untuk along dengan adik. Mana ada ibu bapa nak yang buruk untuk anak-anak"

Puan Mazni mencium sekilas dahi Tengku Aidan. Semoga hati anak sulongnya terbuka untuk menerima Nadeera.

Terlanjur Mencintainya (Completed)Where stories live. Discover now