BAB 27

3K 106 0
                                    

SUASANA malam itu sungguh meriah. Pelbagai cerita keluar terutama sekali daripada mulut Eliza.

Rupanya selama 3 tahun dia menghilangkan diri daripada Tengku Aidan, Eliza telah mendapat tawaran untuk bekerja di salah sebuah syarikat besar di Itali. Memang impiannya sejak dari dulu untuk bekerja di luar negara.

Tidak sangka pula ia membuahkan hasil kerana Eliza yang suka melemparkan resume ke mana-mana sahaja apabila dia melancong ke luar negara.

Disebabkan itu juga, dia tidak meneruskan pertunangannya bersama Tengku Aidan. Dia tahu, Tengku Aidan pasti tidak akan mengizinkannya untuk bekerja di sana kerana Tengku Aidan memang sudah terikat dengan The Ques Holding.

Oleh itu, Eliza sanggup melepaskan cinta hatinya untuk mengejar impian yang sudah lama terpendam.

Tengku Aidan hanya memerhatikan Eliza yang bercerita mengenai hidupnya dan menggantikan 'jejaka idaman' sebagai dirinya di dalam penceritaan tersebut.

Tiada sebab lagi untuk dia membenci wanita yang pernah bertakhta di hatinya dahulu.

"Kesian boyfriend kamu tu. Sepatutnya Eliza bagitahu jelah dia. Dia nak terima ke tak, terpulang" Encik Abdullah menyampuk.

"Ex boyfriend lah. Dia dah bahagia dah sekarang. Eliza tumpang bahagialah, at least ada juga wanita lain yang boleh jaga dia, sayang dia" Eliza tersenyum memandang Tengku Aidan.

"Kau ada contact dia lagi ke? Mana tahu dia bahagia?" Tengku Adhwa bersahaja menyoalnya.

"Ada, tapi dia tak layan I dah. I ada jumpa dia, I happy tengok dia dengan wife dia sekarang"

"Cemburu lah tu" Tengku Adhwa mencebik.

"Adalah sikit. But, that's my choice right? I don't regret it at all"

Faiha bermain dengan jari Tengku Aidan. Bukan Faiha tidak tahu, suaminya ralit memandang Eliza yang bercerita. Tak terlepas langsung memandangnya.

"Kau kata, balik Malaysia sebab nak kejar jejaka idaman kau tu? Dia lah tu eh?" Faiha menggagahkan dirinya untuk bertanya walaupun dia sudah tahu.

"Yup, tapi aku ubah fikiran sekarang. Malas lah nak jadi perampas" Eliza tertawa kecil.

"Bukan perampas, tu penyondol" Tengku Adhwa berkata.

"Terima kasih, El" Puan Mazni yang duduk disebelah Eliza mengusap lembut rambut panjangnya.

"Small matter, Umi" Eliza berbisik perlahan.

"Nanti jumpalah tu pengganti jejaka idaman tu. Jauh Eliza berjalan sampai Itali, takkan lah tak jumpa langsung kan" Puan Hasnah berseloroh.

"Mama doakan lah eh"

"Kamu tu sentiasa dalam doa mama. Dah macam anak sendiri tau tak" Puan Hasnah tersenyum senang.

"Aku doakan kau jumpa orang baru yang lagi baik daripada dia" Faiha mengangguk.

Tengku Aidan memandang ke arah isterinya. 'Aku tak cukup baik ke?'

Kata-kata itu hanya mampu terluah di dalam hatinya.

"Mestilah yang lagi baik. Takkan aku nak downgrade aku punya taste" Eliza tertawa disebabkan terlihat wajah Tengku Aidan yang tidak berpuas hati itu.

"Betul juga tu" Faiha tersenyum senang.

"Saya naik bilik dulu eh? Nak tidurlah" Faiha menepuk bahu Tengku Aidan yang sedang asyik berborak dengan kaum lelaki semua. Puan Besar Nadra sudah lama melelapkan matanya. Gembira sangat dah dapat hadiah banyak.

"Okay, good night and sweet dream" Tengku Aidan mengucup lembut pipi Faiha. Isterinya melangkah pergi ke tangga. Hanya mata Tengku Aidan yang menghantar isterinya sehingga hilang daripada pandangan.

"Tahulah sayang isteri tu, sudah-sudah lah tu memandangnya. Sampai nak terteleng kepala tu" Tengku Adib tertawa sakan bersama Encik Abdullah.

"Mana taknya, tak dapat nak melekat je dengan Deera sebab kita semua paksa dia duduk sekali ni hah" giliran Khairi pula mengusik.

"Bukan isteri orang lain, isteri sendiri kan" Tengku Aidan mengusap belakang tengkuknya.

"Aidan sayang sangat dengan Deera ke tu?" Encik Abdullah mengukirkan senyuman.

"Mestilah sayang, pa. Cinta hati Aidan tu" Tengku Aidan tersengih.

"Cis....dulu bukan main merayu dekat Umi tak nak kahwin. Sekarang dia lah paling angau. Adik tengok Deera tu, chill je dengan along" Tengku Adhwa memasukkan marshmallow ke dalam mulutnya.

"Cinta selepas nikah tu lagi indah. Cinta suci. Kau apa tahu" Tengku Aidan tersenyum sinis.

"Seronoklah Umi kalau dengar along cakap macam tu. Pilihan Umi memang terbaik" Tengku Adib mengangguk setuju.

"Kau ada buat family planning ke? Deera tu tak habis-habis mengusap perut Farha tadi. Macam teringin je" Khairi memandang Tengku Aidan yang sudah terpinga-pinga.

"Takdelah. Belum rezeki kiteorang lagi" Tengku Aidan meraup rambutnya ke belakang. Sejujurnya, tidak pernah dia terfikir untuk ada zuriat buat masa terdekat. Tengku Aidan belum puas lagi bermanja dan memanjakan Faiha.

"Insya'Allah, ada lah tu nanti" Encik Abdullah berkata dengan tenang.

"Cepat-cepat sikit, aku nak anak fruit ramai-ramai. Ke nak aku ajar tips lagi?" Tengku Adhwa mengusap perlahan peha Tengku Aidan bersama bisikan untuk ayat terakhirnya.

"Kau ingat isteri aku kilang baby ke? Nak ramai, pergi kahwin, buat anak sendiri" Tengku Aidan membidas adiknya. Memang sedap mulut dia sahaja.

"Backup Deera nampak?" Tengku Adhwa tertawa kecil.
"Memanglah, isteri aku kan. Otak kau hilang ke? Jatuh? Macam mana boleh jadi Naib Pengerusi pun aku tak tahu"

"Aku berkelayakan. Dekat pejabat aku ada simpan satu otak lain dalam peti besi. Setiap kali bekerja aku tukar otak" Tengku Adhwa memerli abangnya.

"Baguslah tu perangai menjawab cakap aku?"

Tengku Adhwa memeluk tubuhnya apabila Tengku Aidan bercakap tegas dengannya.

"Bukan senang nak jaga dua ketul ni. Kalau tak bertekak, memang tak sah" Tengku Adib menggelengkan kepalanya melihat karenah anak-anak lelakinya.

Usia dah matang tapi belum tentu pemikirannya. Seorang senang mendidih darahnya, seorang lagi perangai kebudak-budakkan. Memang tidak serasi.

"Ingat Khairi, kalau anak nombor dua tu lelaki, didik dia daripada kecik elok-elok. Kalau tak, jadi macam dua orang ni hah. Ada technical issues" Tengku Adib tergelak.

"Sampai hati Baba cakap macam tu. Dah lah, along nak masuk tidur" Tengku Aidan sudah bangun daripada duduknya.

"Berjauh hatilah tu kononnya. Padahal nak melekat dengan isteri sendiri. Kuno lah taktik kau" Tengku Adhwa memutarkan bebola matanya ke atas. Tengku Aidan menepuk belakang kepala adiknya.

Puas hati.

"Aduhhh" Tengku Adhwa menggosok belakang kepalanya. Berdenyut.

"Padan muka, orang tengah angau jangan diusik. Padah jawabnya" Encik Abdullah meminum air kopi panasnya. Jam sudah menunjukkan pukul 12:25 pagi dan mereka masih berbual. Jarang dapat berbual pelbagai topik itu.

Tengku Aidan melangkah ke aras atas dan menuju ke bilik tidur Faiha.

Isterinya sudah lena tidur, baju tidur sudah siap dikenakan pada tubuh badannya. Tengku Aidan membersihkan dirinya terlebih dahulu dan kemudian, mengambil alih tempat bersebelahan dengan Faiha.

Badan tegapnya yang tidak berbaju dan hanya dikenakan seluar pendek itu memeluk erat tubuh kecil Faiha yang lena diulit mimpi.

"Aku sayang kau" ayat itu dibisikkan ke telinga Faiha. Tersenyum sendirian Tengku Aidan apabila dia meluahkan perasaannya ketika itu.

Terlanjur Mencintainya (Completed)Where stories live. Discover now