BAB 31

3.2K 107 0
                                    

"SAYANG cantik-cantik ni nak keluar dengan diaorang ke? Pergi mana?" Tengku Aidan memberhentikan keretanya di hadapan rumah sewa lama Faiha.

"Pergi makan-makan je" Faiha menghulurkan tangannya.

"Nak ikut boleh?" Tengku Aidan masih tidak menyambut tangan Faiha.

"Tengku ni...saya pergi makan je dengan diaorang lagipun Tengku tak mandi lagi. Busuk" Faiha menutup hidungnya, padahal suaminya memang sentiasa wangi. Penampilan suaminya memang tiptop. Tak dinafikan.

"Meh datang dekat sikit, betul ke saya busuk" Tengku Aidan mendekatkan dirinya dengan Faiha.

Segera Faiha mengundurkan badannya. Nak pergi mana pun tak tahu sebab mereka masih berada di dalam kereta.

"Busuk lah...ketepi sikit" Faiha meletakkan tangannya di dada Tengku Aidan.

Tengku Aidan tersenyum sinis dan mencium di setiap inci wajah Faiha kecuali bibirnya.

"Habislah makeup saya" Faiha memuncung. Tengku Aidan mengalihkan ciumannya ke bibir Faiha.

Perlahan tangannya mengusap rahang Faiha dan dia mendalamkan ciuman kasihnya. Terus terdiam mulut becok Faiha.

"Akibat konon nak keluar tanpa izin suami" Tengku Aidan melepaskan bibir Faiha sambil tersenyum. Ada sedikit kesan lipstik milik isterinya di bibir.

Faiha segera melihat wajahnya di cermin yang dibawa bersama di dalam beg tangannya.

"Tengku!!" Faiha menjerit melepaskan geramnya. Solekan dah cantik tapi di hancurkan oleh kerakusan suami sendiri.

"Touch up lah balik. Bukan apa sangat pun. Tapi, Faiha tak pakai makeup pun dah semulajadi cantik" Tengku Aidan memeluk tubuhnya. Badannya mengiring menghadap Faiha yang sedang ralit menepek-nepek mukanya.

"Cliche lah ayat Tengku tu. Semua lelaki cakap benda sama. Konon tak makeup dah cantik. Lepas tu bagi contoh muka Kendall Jenner. Lelaki semua tak tahu ke yang Kendall Jenner tu pun ada makeup dekat muka dia tapi natural and light je"

Tengku Aidan menahan tawanya apabila melihatkan Faiha yang membebel tidak berhenti sambil ralit melihat wajahnya di pantulan cermin.

"Sayang marah saya ke, lelaki lain?"

"Dua-dua" Faiha menoleh tajam memandang suaminya.

"Tak baik tahu marah-marah. Buatnya saya accident lepas hantar sayang ni. Baru menyesal"

Faiha menepuk perlahan bibir Tengku Aidan. Terpinga-pinga Tengku Aidan apabila bibirnya ditepuk tanpa isyarat.

"Mulut tu kalau takde benda baik nak cakap, lebih baik diam je" Faiha memandang tajam Tengku Aidan. Mata suaminya dipandang tepat.

"Tahu pula risau" Tengku Aidan tersengih.

"Saya pergi dululah. Salam" Faiha menghulurkan tangannya. Segera tangan Faiha disambut oleh Tengku Aidan.

Belakang tangan isterinya dikucup dan Tengku Aidan mencium kedua belah pipi Faiha.

"Enjoy the girls' day out. Call me later"

Faiha mengangguk dan mencium belakang tangan suaminya. Pipi Tengku Aidan dikucup juga sebelum Faiha segera keluar daripada kereta.

Faiha mengisyaratkan supaya Tengku Aidan beredar tapi tiada tanda-tanda suaminya mahu beredar. Jadi, Faiha terus masuk ke dalam rumah sewa lamanya dan menutup pintu.

Dapat dilihat, kereta Tengku Aidan meluncur laju daripada kawasan perumahan tersebut.

"Bukan main lamaaa kau dalam kereta eh" Shaza mengukirkan senyuman mengusik.

Terlanjur Mencintainya (Completed)Where stories live. Discover now