BAB 16

3K 107 3
                                    

SAMPAI sahaja di rumah, kakinya laju melangkah ke biliknya. Tengku Adhwa hanya beritahu yang dia dah buat Faiha menangis.

Bila ditanya lebih, adiknya tidak menjawab. Katanya, itu hal rumah tangga abangnya. Pandai-pandai Tengku Aidan mencari puncanya.

Beg pakaian diletakkan di sudut bilik bersama buah tangan untuk keluarga. Baju jaketnya dibuka dan diletakkan pada sofa.

Tengku Aidan mengorak langkah ke arah katilnya, dalam samar kegelapan Tengku Aidan dapat melihat Faiha sedang lena tidur disitu.

Secara perlahan, Tengku Aidan berbaring disebelah Faiha. Di dekatkan mukanya untuk menatap wajah tenang isterinya.

"Aku dah balik ni. Sorry buat kau tunggu" Tengku Aidan berbisik di telinga Faiha. Isterinya masih tidur lena. Penat bekerja agaknya.

Tengku Aidan mengukirkan senyuman dan merangkul erat tubuh Faiha. Dia selalu teringatkan Faiha ketika di Switzerland. Tak tahulah kenapa. Rasa bersalah dia ke?

Faiha merasakan tubuhnya digoncang kuat. Tersentak dia untuk bangun. Matanya dikecilkan untuk melihat gerangan yang mengacau mimpi indahnya.

Mimpi indah dalam mimpi indah ke ni? Kenapa dia nampak Tengku Aidan dihadapannya sekarang? Sudah siap bersongkok lagi.

"Bangunlah, tak nak Subuh ke?" Tengku Aidan menyoal isterinya yang merenung sampai tembus belakang kepalanya.

"Bila Tengku balik?" Faiha tersentak dengan kenyataan yang sekarang ni.

"Baru berapa jam lepas" baru Tengku Aidan perasan gaya baru rambut Faiha.

'Cantik' detik hati Tengku Aidan.

"Tengku solatlah. Saya...tak boleh" Faiha berkata perlahan. Tengku Aidan hanya mengangguk, lalu dia mendirikan solat.

Sejujurnya dia tidak boleh tidur selepas pulang ke rumah tadi. Entah memikirkan isterinya atau hal yang jadi di Switzerland. Dia buntu.

"Tengku pergi kerja juga ke hari ni?" Soal Faiha setelah melihat Tengku Aidan menggantungkan sejadahnya.

"Yes. Why?"

"Saja tanya. Saya nak tolong Umi buat sarapan" Faiha segera membersihkan mukanya dan berus gigi terlebih dahulu.

"Kau okay tak?" Tengku Aidan berpeluk tubuh di tepi pintu bilik air sambil melihat Faiha menggosok giginya. Tak selesa Faiha dibuatnya.

Walhal Tengku Aidan hanya beriak sahaja.

"Okay jelah" Faiha mengumam lalu meludahkan sisa ubat gigi ke dalam sinki. Tengku Aidan masih tidak berganjak daripada tempat dia berdiri.

Faiha segera menyelesaikan pembasuhan mukanya sebelum tuala muka diambil. Tengku Aidan datang menghampiri dan merampas tuala muka tersebut daripada tangan Faiha.

"Eh?"

Faiha terdiam apabila Tengku Aidan mengelap mukanya yang basah.

"Saya boleh buat sendirilah. Tengku ni kenapa?" Faiha hanya menadahkan sahaja mukanya. Nak lari pun tak boleh sebab belakang kepalanya dipegang oleh Tengku Aidan.

"Nak lap muka kau kering-kering lah" Tengku Aidan bersahaja.

"Dah dah, dah kering. Saya nak tolong Umi ni" Faiha menepis tangan Tengku Aidan dan segera membawa diri selepas tudung disarungkan.

"Buang tebiat agaknya" Faiha menggeleng kepala menuruni tangga.

"Siapa buang tebiat?" Terkejut Faiha apabila disergah sebegitu.

"Along lah. Mimpi apa entah dia tu. Dah lah, balik tak bagitau" gumam Faiha. Tengku Adhwa tersenyum.

"Adik ke yang ambil dia semalam?" Faiha melangkah masuk ke dapur. Tengku Adhwa mengangguk.

Terlanjur Mencintainya (Completed)Where stories live. Discover now