BAB 14

2.9K 108 5
                                    

"PAKSHU nak sosej"

Sejak bila Nadra boleh terima orang baru dengan senang entah. Sekarang ni, bukan main lagi duduk atas pangkuan Tengku Aidan.

"Awak dah besar kan? Ambil lah sendiri" Faiha kecil besar sahaja tengok Nadra.

"Kerusi awak pun ada tu, duduk sanalah"

"Suka hati Nad lah" Nadra menjawab.

Belum lagi Faiha nak meletus, usapan di kepalanya menyejukkan hati yang membara.

"Dengan Nadra pun nak cari gaduh ke?" Tengku Aidan mengusap pipi Faiha. Dia tahu isterinya tidak berpuas hati. Macam anjing dengan kucing kalau Nadra dan Faiha berjumpa.

Dia sudah perhatikan mereka sejak semalam.

"Saya cakap jelah" Faiha menyambung suapan mi goreng yang tergendala.

"Nadra cayang, datang dekat abah sini. Pakshu awak nak makanlah" Khairi memanggil anaknya. Kesian pula dia tengok Tengku Aidan yang tak makan lagi.

Mana tak, kedua-dua tangannya sibuk menyuap Nadra dan menenangkan si isteri dengan usapan di bahu Faiha.

"Tapi, nak pakshu yang suapkan"

"Nadra Salsabila" tegas Khairi memanggil anaknya. Terus sahaja Nadra meminta Tengku Aidan untuk turun. Lemah sahaja dia menapak ke arah abahnya.

Tertawa mereka melihat karenah Nadra itu. Ada-ada sahaja.

Faiha senyum kemenangan. Tanpa disedarinya, Tengku Aidan nampak akan senyuman itu.

Memang mereka berdua tak boleh dekat.

Seusai sahaja sarapan pagi, Faiha menawarkan diri untuk mengemas kerana dia tidak memasak tadi. Farha pun dia tidak bagi untuk membantu sebab Farha sudah berpenat lelah untuk majlis pernikahan semalam.

Tengku Aidan berpeluk tubuh dan menyandarkan badannya di kitchen island. Tubuh badan belakang isterinya ditenung.

Faiha sedar akan kewujudan Tengku Aidan kerana wangiannya yang menenangkan. Tapi, dia tidak berkata apa. Tiada apa yang nak dibualkan.

"Sepanjang aku takde, kau duduk rumah Umi boleh?" Setelah berfikir panjang, Tengku Aidan memulakan bicara.

"Kenapa? Tak boleh duduk sini ke?"

"Tak. Bukan apa, senang kau nak pergi kerja nanti. Adik boleh jadi driver kau" sudah terbiasa dengan panggilan adik untuk Tengku Adhwa, diabaikan sahaja.

"Shaza boleh pickup saya juga" Faiha mengelap tangannya setelah selesai membasuh pinggan kotor.

"Muka aku mana nak letak? Kau dah jadi isteri aku kan"

"Ohh...okaylah" Faiha menjawab perlahan. Sudah terbiasa Shaza yang menghantar dan mengambilnya pulang.

"Saya nak pergi kemas barang-barang saya sekejap" Faiha berlalu pergi apabila tiada soalan lain daripada suaminya.

Sejurus masuk ke dalam biliknya, luggage di bawa keluar daripada tempatnya. Pintu almari dibuka. Beberapa helai baju dan seluar diambil. Segala kelengkapan yang diperlukan di bawa masuk ke dalam satu pouch bag yang bersaiz sedang.

Dilihat semula barang yang kemungkinan tertinggal.

"Lajunya kemas" Tengku Aidan duduk di birai katil.

"Saya tahu barang apa yang perlu dibawa and...kena cepat kemas sebab barang Tengku tak kemas lagi dekat rumah sana kan?" Faiha menutup zip luggage miliknya.

"Saya dah siap kemas"

"Sekejap lagilah kita gerak" Tengku Aidan membaringkan tubuh badannya atas katil. Faiha mengangguk. Dapat juga dia membuka hadiah daripada keluarganya semalam.

Terlanjur Mencintainya (Completed)Where stories live. Discover now