BAB 22

3K 97 0
                                    

FAIHA tersedar dari lenanya apabila pergerakannya terbatas. Tengku Aidan yang tidak berbaju itu tidur lena di atas dada Faiha. Tersenyum sendirian Faiha apabila teringat kembali peristiwa semalam.

"Tengku...saya nak bangunlah" Faiha berbisik di telinga suaminya.

"Bangun jelah" Tengku Aidan mengumamkan kata-kata itu.

"Tengku atas saya ni, macam mana saya nak gerak" Faiha menepuk belakang suaminya perlahan.

Tengku Aidan membuka matanya sedikit dan memberikan ciuman pada pipi Faiha.

"Nak pergi mana ni?" Tengku Aidan berbaring disebelah Faiha.

"Mandi lah. Kejap lagi masuk subuh dah" Faiha berkata perlahan. Malu sebenarnya. Lagi-lagi ternampakkan senyuman nakal Tengku Aidan walaupun matanya tertutup rapat.

"Pergilah, nanti kejut aku. Banyak tenaga dah pakai semalam, penat"

Bantal tidur Faiha dipukul ke atas badan Tengku Aidan. Tertawa besar Tengku Aidan dibuatnya. Matanya saja dipejamkan, risau tidak dapat mengawal diri jika melihat Faiha tanpa seutas benang pada pagi subuh ini.

Faiha mengutip pakaian di lantai bilik dan segera masuk ke dalam bilik air. Walaupun celahannya terasa agak janggal, tapi diabaikan.

Selesai Faiha membersihkan diri dan siap bertelekung, Tengku Aidan yang masih lena digoncangkan.

"Bangun, Tengku" Faiha melapik tangannya bersama telekung. Malas mahu mengambil wuduk untuk kali kedua.

"Sekejap lagilah"

"Sekarang, Tengku" Faiha menggoncangkan tubuh Tengku Aidan tanpa henti. Perlahan-lahan Tengku Aidan duduk di atas katil.

Isterinya dipandang atas bawah.

"Nak pegang sikit boleh?" Tengku Aidan mengukirkan senyuman.
"Tak" keras sahaja jawapan daripada Faiha.

Sedikit-sedikit dia mengundurkan diri.

"Sikit je" Tengku Aidan menghampiri Faiha yang sudah berada di hujung katil. Faiha segera menutup mukanya dan memeluk erat lututnya.

"Pergilah, saya tak nak ambil wuduk lagi sekali" Faiha bercakap sedikit kuat.

"Kedekut" kepala Faiha yang dilitupi telekung dicium. Langkah Tengku Aidan di bawa ke bilik air. Setelah memastikan tiada kewujudan suaminya, Faiha menarik nafas lega.

Dua sejadah dibentangkan.

Faiha mengambil senaskah Al-Quran dan dibacanya sendirian sambil menunggu Tengku Aidan.

SELEPAS membaca doa untuk kesejahteraan rumah tangga mereka, Tengku Aidan memusingkan badannya menghadap Faiha sepenuhnya.

"Sudah-sudah lah tu senyum macam tu" Faiha menyentuh lesung pipit di kedua-dua belah pipi Tengku Aidan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sudah-sudah lah tu senyum macam tu" Faiha menyentuh lesung pipit di kedua-dua belah pipi Tengku Aidan

"Tak boleh soroklah" Tengku Aidan mengusap kepala Faiha.

Terlanjur Mencintainya (Completed)Where stories live. Discover now