BAB 2

25 3 1
                                    

Tangan aku menari di atas buku berwarna biru itu. Menatapnya sejak tadi tidak henti. Nak bukak tak erk?

Ish! Tak boleh Hanni! Orang punya tu!

Dari luaran memang sudah tertulis diary, membuat aku makin tertarik hendak melihat isi dalamnya. Walaupun tiada faedah, tapi ada keinginan yang mengalir dalam darah aku suruh buka saja buku ni.

Jahat lah kau Hanni!

Mata aku kecik besar saja memandangnya. Boleh ke tak boleh? Tak boleh tak boleh!

Respect people's privacy, Hanni. remember that!

Okay, aku rasa lebih baik aku membuat sesuatu yang lebih faedah sekarang ni daripada aku duduk lama sambil tengok saja buku, nanti syaitan lagi lah bisik suruh aku buka.

Aku bangun dari duduk dan segera kaki melangkah ayu menuju ke bilik air. Hendak ambil wuduk.

Selesai saja, aku bergerak pula ke tempat telekung aku tersidai dan segera memakainya dengan kemas. Lihat ke cermin sebentar. Aku selitkan rambut yang terkeluar dan memastikan tidak longgar.

Di atas rak ada satu Al-Quran berwarna hijau pemberian arwah ibuku. Tersenyum ketika Al-Quran itu sudah sampai di tangan. Sejuk hati melihat ini, aku duduk di atas sejadah yang sudah dibuka dan perlahan membuka kulit Al-Quran itu.

"Bismillahirrahmanirrahim."

Sambil membaca ayat suci itu sambil itu juga perlahan takungan air mataku jatuh hingga membasahi sedikit satu muka surat Al-Quran.

Kenapa? Sungguh ketika setiap kali aku melakukan ibadat ada wajah ibu yang tersenyum berlalu di mindaku. Ya Allah rindunya ibu.

Dulu ibu lah yang selalu menemaniku solat mahupun mengaji bersama. Walau dah bertahun ibu meninggalkan aku dan seluruh dunia ini namun dirinya akan selalu diingatkan di hatiku.

Kadang rasa hendak putus asa akan takdirnya hidup tapi setiap kali ayat ibu selalu terlintas di kedengaranku. "Allah uji kita sebab dia tahu kita kuat, dia sayang kita semua Hanni."

Air mataku mengalir lagi.

Ya Allah kuatkan aku ya Allah.

Tak pernah henti aku menghadiahkan Al-Fatihah untuk ibu selalu. Di setiap doa pasti terselit doa untuknya.

Walaupun perasaan sedih memelukku sekarang ini namun tetap rasa tenang kerana aku tahu aku tak bersendirian. Allah ada dengan aku. Allah sentiasa bersama aku.

Suatu hari nanti aku akan menyusul juga ibu. Entah bagaimana caranya tapi pasti terjadi. Itu janji Allah. Dia akan mengambil kembali apa haknya.

Fikiran dan hatiku sedang damai dengan setiap ayat suci yang terdengar dari mulutku. Setiap ayat yang aku sebut ada maksud yang Allah ingin sampaikan pada hambanya.

----

"Kafe lah." Aku menjawab seperti biasa. Kalau tak sempat breakfast kat rumah kita breakfast kat luar.

"Chun." Kamelia mula memusingkan stereng kereta ke arah jalan ke kafe yang selalu kami pergi. Tempat favourite aku tu.

"Okay, sini dah boleh parking." Aku menunjuk ke arah tempat letak kereta yang kosong. Maklumlah Kamelia masih belum fasih dalam memandu.

Kami segera keluar dari perut kereta dan kaki ambil langkah ke kafe yang selalu kami pergi. Kamelia di sebelah memaut lengan seperti biasa, hobinya.

Kalau aku kata seribu kali aku tak suka sentuh-sentuh bukan dia dengar. Aku pun dah biasa dengan pautannya.

Love From Mr. PerfectWhere stories live. Discover now