BAB 16

20 2 4
                                    

Gugup? Gementar? Entahlah tapi yang aku tahu pandangan itu buat aku tak mahu membalas mata juga.

"Hmm... Awak okey?" What kind of stupid question is that, Hanni? Dah terus terang wajah dia dipenuhi luka, kau tanya lagi soalan tu.

"Kameel okey... Okey selalu..." Hatiku mula lega apabila dia mengukir senyuman lebar. Terus hilang riak wajahnya yang suram sambil memandang tajam ke arahku tadi.

Mungkin dia tak suka kut aku ada kat sini.

"Hmm... Saya pergi dulu." Aku pantas meminta diri apabila tiada langsung yang ingin membuka mulut antara kami. Kekok. Tapi kenapa?

Tapi semuanya berhenti saat hujung baju aku ditarik. Ditarik dengan lembut namun cukup untuk buat aku perasan akan tindakan kecil itu. Terus aku pusingkan kepala menghadapnya yang sedikit bawah dariku.

Telan air liur aku apabila mata tajam itu terbit lagi. Sungguhpun aku belum pernah melihat Kameel begini? Lain dari sebelumnya. Panahan mata itu benar-benar tercucuk di mata sekaligus hatiku.

"Kenapa?" Tak sela- sela aku bertanya.

"Kejap dulu," pintanya. Sekali lagi dan lagi! Is this Kameel or is there an alien disguised as him?

Nada suaranya saja sudah buat aku meremang. Bunyi ceria itu hilang, diganti dengan betul-betul suara anak jantan. Garau dan agak macho.

Tolong! Ini benar-benar bukan Kameel.

Kali terakhir aku jumpa dia empat hari lepas. Itupun aku terlalu sibuk dan dia masa itu pun sedang lena tidur. Kini saat aku datang semula, dia sudah berubah. Berubah yang memang aku tak sangkakan.

Inikah maksud Aidyn yang Kameel memang pendiam?

Aku jadi serba salah lalu tak berganjak dari kedudukan sekarang. Sedikit menjauh dari katil miliknya. Dan aku tak berani angkat kepala kerana aku tahu mata itu masih memandang aku dengan lain sekali.

"Hanni ada datang ke hari tu?" Okey, okey. Aku masih bersyukur panggilan nama dia masih kekal.

"Ha,ah tapi masa tu awak tengah tidur." Perlahan saja aku menjawab.

"Hanni kenapa?" Kini, aku mendongak kepala sambil terjongket sebelah kening. Aku kenapa?

"Hanni takut dengan Kameel ke?" Aku semakin pelik? Takut? Hmm... Tak, cuma terkejut akan perubahan awak ni.

"Tak, kenapa saya kena takut?" Walhal tadi aku sedang kelihatan takut tapi bukanlah takut kepada harimau yang dimaksudkan.

"Hanni tak pandang pun mata Kameel, Hanni tak senyum pun pada Kameel. Kameel ada buat salah ke?" Wajahnya sudah kelihatan hendak menangis. Mungkin betul katanya, aku memang berkelakuan begitu tapi bukan itu alasannya.

"Eh, tak. Saya... Saya..." Aku tergagap-gagap seketika. Tiada jawapan dapat ditemukan dalam otak sekarang ini.

"Kameel, awak marahkan saya?" Soalan tadi ditukar soalan aku.

Kameel pantas menunjukkan reaksi aneh lalu laju dia menggeleng. Menunjukkan memang dia tak pernah terfikir akan penyata itu.

"Takkan Kameel nak marah Hanni? Kameel... Kameel sakit tekak lah," ujarnya sambil menggosok bahagia lehernya.

Oh... Jadi sebab itukah suaranya berubah lalu kenapa dia pandang macam nak makan aku saja?

"Kameel pun tak beli lagi cermin mata Kameel. Terpaksalah pakai benda tu." Dia menunjuk ke arah matanya. Jelas riak mukanya kelihatan serabut.

Contact lens kah? Patutlah garang semacam aje memandang aku. Rupanya belum selesa memakainya.

Aku gelak kecik selepas itu. Comel pula! Ingatkan Kameel Elhasiq berubah rupanya masih sama. Syukurlah, aku masih ingin melihat Kameel yang comel ini.

Love From Mr. PerfectWhere stories live. Discover now