BAB 10

19 3 5
                                    

Entahlah... Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Niat ingin mencari ilmu tetapi malah bala yang menimpa. Jikalau kebencian itu terbit dalam hati pastilah mempunyai alasan tersendiri. Walaupun itu kerana rasa dengki ataupun dendam yang terbuku di hati.

Zarul secara tiba-tiba serang Kameel dengan aksi yang ganas. Tentulah tidak masuk akal. Sudahlah di tempat khalayak ramai, langsung tak dapat nak kawal emosi.

Sekarang Zarul ke Kameel yang macam 'budak tadika'?

"Disebabkan budak tadika tu aku sampai kena halau! Kau dengar tak?!" Ayat itu masih terngiang-ngiang dalam ingatan. Jerkahan Zarul yang sedang dalam api emosi.

Akibat kes itu, semuanya menjadi kecoh hingga tersebar di kampus. Dua hari setelah kejadian, masih banyak mulut yang membicara tentang hal itu, masih banyak persoalan yang terkeluar dari mereka dan tentunya aku dan Kamelia menjadi mangsa. Namun kami berdua menghadapi dengan sabar.

Kelibat dua orang sepupu itupun tidak terlihat. Entah menghilang pergi mana pun aku tidak tahu. Mungkin semuanya memerlukan sedikit masa.

Playboy and goodboy.

"Hanni? Jauh termenung." Afya datang menegur. Aku hanya memberi senyuman singkat.

"Okey tak?" Sambungnya lagi. Sofa di sebelah didudukinya sambil meletakkan dua cawan kopi di atas meja depan kami.

"Alhamdulillah, macam biasalah." Tangan diulur untuk mengambil salah satu cawan itu. Afya masih menatapku seolah tak puas hati.

"Asal?" Aku soal pula sebelum menghirup air kopi panas itu.

"Kenapa kat kampus kita kecoh pasal kes Zarul? Sebenarnya apa terjadi?" Bersungguh-sungguh soalannya. Aku menghela nafas berat seketika. Bukan kali pertama mahupun kedua.

"Asal tanya aku?" Soalan dibalas soalan.

"Diaorang cakap kau kat tempat kejadian." Aduh! Siapalah yang sebarkan ni? Bukannya aku dah beri amaran pada Kamelia, bahkan dia sendiri pun tiada niat langsung untuk menyebarkan hal itu.

"Okey, apa yang kau dengar dari diaorang?" Mungkin hanya ini kunci untuk menjelaskan dengan betul. Terlanjak perahu boleh diundur, terlajak kata? Oleh itu aku harus berhati-hati.

"Nak senang cerita, aku nak tahu je. Siapa budak tadika tu? Dia budak betul-betul ke apa?" Afya mula memandang aku serius. Kedudukannya betul menghadap ke arahku.

Jari dimainkan seketika sebelum aku ambil nafas baru. Kepala ligat mencari susunan ayat.

"Dia ada penyakit mental di mana penyakit dia tu..." Otak aku tiba-tiba saja blur.

"Tingkahlaku dia mahupun cara pemikiran dia macam kanak-kanak. Yes, he thinks and feels like a child but his body doesn't. Dia still membesar macam orang normal tapi jiwa dia masih sama saat dia kecil." Terangku dengan maklumat yang cukup. Memang ini sahaja yang aku tahu tentang penyakit Kameel.

Wajah diraup seketika hingga di atas kepala. Aku berpandangan lama dengan Afya ketika dia masih belum bersuara. Keningnya berkerut tanda dia belum faham.

Just like me before.

"Jadi sebab itulah geng dia panggil dia budak tadika." Afya menganggukkan kepala sambil mengambil cawan hingga sampai di hujung bibir. Matanya masih memandang lurus seperti orang bengong.

"Lepas tu, asal dia kena buli?" Soalnya sambil garu kepala. Mungkin masih tidak faham point nya apa.

"People nowadays...everyone should be perfect right?" Aku gelak kecil selepas itu. Fakta yang memang tak boleh dinafikan walaupun itu terkeluar dari mulut manusia.

Love From Mr. PerfectWhere stories live. Discover now