BAB 5

13 3 1
                                    

Segera aku meletakkan novel itu di tepi meja katil. Telefon yang tenggelam dalam selimut tebal aku capai. Berdering telefon itu tanda ada yang menelefon.

Terpancar nama yang aku simpan di situ.

my lovely sister

Jari dengan cepat menekan tombol hijau. Terukir senyum terjujaku. Ya Allah, rindunya kat dia...

"Assalamualaikum adikku tersayang." Penuh lembut suara aku keluar untuk orang diseberang telefon.

"Waalaikumussalam kakakku tercinta." Juwita pula bersuara

Juwita Zafeera. Perempuan kedua yang aku sayang setelah arwah ibuku. Adik yang amat aku sayangi di dunia, dia akan sentiasa menjadi tempat istimewa di hatiku. Dialah Juwita.

Mesti kami lahir dari rahim berbeza namun ikatan kekeluargaan kami sentiasa hidup di jiwa. Juwita ialah adik aku yang berbeza ibu. Ibunya lain tak bukan ialah aunty Lisa.

Aku dibesarkan tanpa panggilan seorang 'ayah'. Bukannya ayah tiada di bumi tapi ayah tak pernah munculkan diri. Ayah menjauh dan terlalu jauh hingga tiada langsung insan ayah di hatiku. Dia hilang di situ dan tidak akan ditemui.

Aku adalah salah seorang manusia yang keluarganya tidak seperti orang biasa walau aku rasa keluargaku cukup lengkap kerana kehadiran seorang 'ibu'. Ketika diriku masih mentah dengan dunia, masih menangis kerana gula-gula dan masih gelak gembira.

Allah bagi ujian untuk aku, ujian tentang keluarga. Ayah curang dengan ibu setelah beberapa tahun kelahiran aku. Ayah keluar lewat malam, ayah tidak memberi perhatian dan ayah sibuk dengan kerjanya. Namun itu semua hanya alasan belaka!

Perasaan ayah hilang pada aku dan ibu bagai kami bukan satu keluarga. Ayah kahwin lain, itupun ibu tahu bukan dari mulut ayah sendiri. Dan hari itu, hari bersejarah bagi aku. Lafaz cerai yang membuat silaturahim antara aku dan ayah terputus.

Sejak hari itu, insan ibu menjadi peneman di setiap kakiku memanjang, menambah umur. Ibu menjadi ibubapa aku di setiap memori yang aku ada. Ibu membimbing aku, membesarkan aku, menjaga aku, dan menyayangiku.

Hanya ibu...

Sedangkan ayah... dirinya langsung tak bersemuka dengan aku. Meninggalkan tanggungjawabnya dan meninggalkan dua orang perempuan yang tak bersalah. Ayah tidak pernah menjejak kaki ke rumah kami.

Semakin lama, semakin menginjak dewasa, ayah dah mati bagi aku. Bagi hatiku. Bagiku sosok ayah tidak pernah wujud. Dan sesungguhnya orang yang aku benci itu ialah orang yang ku gelar ayah. Ayah kandung aku sendiri.

Setiap babak penting dalam kisah hidupku, tiada kemunculan watak seorang ayah. Tiada panggilannya dan tiada sosoknya.

Hanya ibu yang sentiasa memenuhi setiap kekurangan dalam hidupku. Yang membuat aku tersenyum dan sentiasa mengajarku ke jalan Allah. Aku tahu membenci seorang ayah itu tak patut tapi itu cukup untuk balasannya. Dibenci oleh darah daging sendiri.

Alhamdulillah, saat masuk sekolah aku dapat mengenal gadis yang berkongsi darah dengan aku. Adikku. Sebenci manapun aku pada ayah tetapi tidak pernah aku memandang Juwita musuh. Aku sayang sangat pada dia dan aku bangga menjadi kakaknya. Juwita baik dengan aku dan dia memahami aku. Dia tahu hubungan antara aku dan ayah tidak baik namun kami membesar sama-sama tanpa ada kebencian antara satu sama lain.

Walau tidak pernah di rumah yang sama tapi cukup untuk kami menjadi adik beradik yang sangat dekat seperti umumnya. Dan Juwita salah satu orang yang menjadi kebahagiaan aku...

Close the story!

"Macam mana kat sana? Semuanya okay?" Aku tanya Juwita.

"Alhamdulillah semuanya okay kak. Akak macam mana? Dah ada boyfriend?" Aku dapat rasa dia tengah senyum nakal sekarang.

Love From Mr. PerfectWhere stories live. Discover now